Pagi itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan
YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha
di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan
anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah
mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti
sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu
pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.
