Tuesday 18 January 2011

BERTAMBAH SAJA USIA KITA.... KITA TELAH MENGHAMPIRI ALAM BARZAKH


 ( NOTA DARI SEORANG RAKAN ) :

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat. Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemungkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.