Tuesday 29 April 2014

SELANGOR : HUJAN DAN BANJIR KILAT DI SANA SINI, TAPI AIR DICATU JUA....


“Oh petang ini hujan lagi …. Lebat ….. Banjir lagi,”kata @Hamidzun yang diretweeted oleh Abang Bro mengambarkan kekecewaan anak negeri Selangor yang kecewa dengan langkah kerajaan negeri meneruskan pelan catuan air di negeri itu.

@Hamidzun mempamerkan aksi seorang lelaki bermotorsikal yang meredah hujah dengan kata-kata berbunyi,”apalah nasib..kutempuh hujan, kuredah banjir, sampai rumah, air masih dicatu..”

Abang Bro turut meretweet twitter @dzul42, @mytraffic dan @astrotraffic yang merakamkan suasana banjir di sekitar Lembah Klang.









Catuan air di Selangor akan diteruskan, kata kerajaan negeri pada Isnin, lapor Mstar.

Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun paras air empangan meningkat, catuan air terpaksa diteruskan buat ketika ini.

Beliau berkata, Kerajaan negeri Selangor dan Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas) akan membincangkan tarikh akhir catuan air tidak lama lagi.

Ahmad Yunus yang merupakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor turut menolak dakwaan bahawa air lombong berbahaya.

“Kita telah melakukan banyak ujian yang menunjukkan bahawa air tersebut selamat. Jika terdapat sebarang yang tidak selamat, kita tidak akan menyembunyikannya,” katanya pada sidang media di Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini, Ahmad Yunus pernah dikritik rakyat negeri itu kerana kenyataannya yang memperlekehkan rakyat ketika menjawab isu catuan air.




Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini dilaporkan Bernama menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah pihak yang membuat keputusan sama ada meneruskan atau menghentikan catuan air di negeri itu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam satu kenyataan berkata sehingga hari ini, pihaknya sebagai pengagih bekalan air masih belum menerima sebarang keputusan pelan catuan tersebut.

“Pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat sehingga kini masih diteruskan seperti yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan catuan harian melalui laman web Syabas www.syabas.com.my, laman sosial Facebook dan Twitter Syabas.


Anggota Parlimen DAP Klang, Charles Santiago pula mendesak kerajaan Selangor mengeluarkan laporan Jabatan Kesihatan berhubung air daripada lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air.

“Laporan itu patut memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor mynewshub.

Beliau merujuk kepada pelan kecemasan mengepam air daripada lombong terbiar bagi membekalkan air ke lori rawatan ekoran aras Sungai Selangor dalam keadaan kritikal.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini menjamin kaedah itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama dan Jabatan Kesihatan tidak mempunyai sebarang kebimbangan keselamatan berhubung langkah itu.

Santiago bagaimanapun berkata, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu.

“Terdapat kebimbangan lombong terbiar itu tahun demi tahun menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif.

“Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan,” katanya.

Petikan dari : MyMassa

No comments: