Sunday 4 December 2011

GEMPAR!!!! PEPSI, COCA-COLA DAN 7 UP DICEMARI VIRUS AIDS ..???



Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.
Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.
Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.
“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.
(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.
Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.
Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.
“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.
(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.
Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari -->> http://urbanlegends.about.com/od/fooddrink/ss/Pepsi-HIV-Blood.htm?r=facebook.
CREDIT TO <<< MYNEWSHUB >>>

PADAH MAT SABU IKTIRAF MAT INDERA.... 7 RIBU AHLI PAS MASUK UMNO..!!!


Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.
“Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu,” katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.
Katanya lagi, biarlah Mat Sabu menjelajah ke seluruh negara mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana semakin banyak beliau berceramah, semakin ramai ahli PAS akan keluar dari parti itu.
Dengan menggunakan modal lamanya beliau menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkawan dengan DAP.
Malah beliau turut membaca talqin kepada Hadi yang kononnya bila Presiden PAS itu mati, malaikat akan bertanya kepadanya kenapa berkawan dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.
“Dahulu dia kata Umno kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang kenapa mereka tak baca ayat yang sama ketika PAS berkawan dengan DAP yang merupakan kafir harbi,” katanya.
Beliau sedih kerana PAS sanggup menggugurkan slogan negara Islam kerana takut kepada DAP yang anti Islam.
“Kini PAS menggugurkan slogan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Jadi siapa yang memperjuangkan Islam selama ini kalau bukan Umno yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah,” katanya lagi.
Menurut ahli jawatankuasa Umno Pendang itu, PAS haram berkawan dengan DAP yang tidak menerima hukum hudud.
SUMBER :  Perak Today

7 RAMUAN UMNO/BN MENANG PILIHANRAYA...





Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggariskan tujuh ramuan perjuangan yang perlu diamalkan setiap anggota Umno untuk memastikan kemenangan parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

KEGILAAN KUASA YG TERLEPAS.. SEMAKIN PARAH DAN BERNANAH...!!!



Apa nak jadi dengan Nizar ni? dah buang tabiat ke? Haha... Tak pernah di buat orang pakai baju gambar sendiri? dah tu perasan orang muda geng dia pulak tu... Aduh saddisnya..


Cuba tangok slogan kat baju Nizar.. "Orang Muda Geng Kita"  Kalau nak ciplak slogan BN pun cari la ayat lain... Orang PAS ni memang ketinggalan sikit, tu pasal puak PAS tiru slogan "BN Pilihan Orang Muda".




Dan inilah padahnya bila manusia kalau hilang kuasa dan harta mahu tak gila dibuatnyer.. di twitter Nizar masih menggelarkan dirinya MB Nizar, pada hal jawatan tersebut sudah lama di ambil-alih oleh Dato' Seri Dr. Zambry.

Inikah teladan yang perlu diikuti oleh ahli puak PAS yang mengagong-agongkan Nizar sebagai Pemimpin PAS di Perak? 

Masih belum terlambat lagi... Pintu untuk ahli PAS bertaubat masih lagi terbuka!


PAS is DEAD!

TQ - POLITIK HARIAN