Saturday 22 October 2011

HIMPUN ~ SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM.... AMAN, DAMAI, HENING DAN SYAHDU...


 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

 Keadaan di pintu masuk stadium... tiada FRU... suasana sgt aman......

Ketibaan Hassan Ali di sambut dengan penuh mesra.
"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah,kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Hassan Ali menyampaikan ucapannya.....
HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah, tegas beliau.
"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukanlah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."



 Team Hafiz Al-Quran pun tidak ketinggalan menghadirkan diri.....
Mufti Perak, Dato Seri Harussani Zakaria.... hadir di HIMPUN.....inilah ulamak sejati yg paling di benci oleh pembangkang....






 Ada pihak yg tidak bertanggungjawab, cuba menyebarkan risalah kristian ini kepada hadirin...
 Team PERKASA... memberikan sokongan .... meriah sekali...
 Stadium yg mula dipenuhi oleh hadirin...
Syabas golongan muda....







Platform ini sebagai platform penting bagi mempertahan akidah kita dan anak-anak kita. - Pensyarah, Yusri Mohamad 
Pemidato ke - 2 , Dr. Azhar ( pangkaji fenomena murtad di Malaysia  



Badrul Sani Baharuddin ~ himpun ini tidak berpihak kepada mana2 parti politik.

MUAMMAR GADDAFI DIBUNUH...!!!!!


Ini adalah imej yang mendakwa pemimpin Muammar Gaddafi telah dibunuh.

Bekas Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.

Imej yang ditangkap: Gambar dari telefon bimbit, menunjukkan pemimpin Muammar Gaddafi cedera, diedarkan tidak lama selepas berita penangkapan beliau didedahkan

Rakaman telefon mudah alih, dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berdarah di kepala.

Majlis Kebangsaan Peralihan rasmi Abdel Majid Mlegta berkata: 'Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepalanya. Terdapat banyak tembakan dilepaskan oleh kumpulan ini dan dia akhirnya mati. '

Beliau berkata Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala sumber lain berkata Gaddafi telah ditembak diperutnya sekurang-kurangnya sekali dengan peluru 9mm.




MAYAT GADDAFI DIKASARI......
KEJAM...

 Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi. 

Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Selain itu, Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah. – REUTERS 


Kematian Muammar Gaddafi dalam serangan anggota tentera kerajaan sementara awal hari ini menamatkan pemburuan ke atasnya selama dua bulan sejak kerajaannya tumbang pada Ogos lalu setelah ibu negara Tripoli jatuh ke tangan pemberontak.Kematiannya yang tragis itu disambut dengan sorakan kegembiraan oleh rakyat Libya, terutama pemberontak yang berusaha mengulingkannya melalui tunjuk perasaan sejak Februari lalu yang kemudian bertukar menjadi pemberontakan berdarah.



Selepas kejatuhan Tripoli, pemimpin itu cuba mempertahankan kuasanya dengan penyokong dan tentera yang setia dengannya melancarkan serangan balas dari kubu kuatnya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid.
Namun, bandar Sirte tumbang ke tangan tentera pemberontak awal bulan ini dan pertempuran sengit berterusan di bandar itu dan Bani Walid sehingga Gaddafi terbunuh di tangan musuhnya yang dibantu tentera Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) awal hari ini.


Pemberontakan di Libya bermula sejak Februari lalu setelah mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Yemen.
Ia bermula dengan tunjuk perasaan bagi mendesak diadakan reformasi sebelum bertukar menjadi pemberontakan unutk menggulingkan Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun.
Rakyat Libya menyifatkan Gaddafi sebagai seorang diktator.
Sepanjang pergolakan selama hampir lapan bulan itu, rakyat Libya melancarkan berpuluh-puluh tunjuk perasaan dan beribu-ribu nyawa terkorban apabila tentera yang setia Gaddafi melancarkan serangan ke atas pihak yang anti-rejim.
Namun, pihak anti-Gaddafi tidak mengalah sebaliknya meneruskan pemberontakan dan serangan dengan bantuan NATO, sehingga menawan satu demi satu bandar di Libya termasuk Tripoli sehingga memaksa bekas pemimpin itu melarikan diri dan bersembunyi tanpa diketahui lokasinya.
Kematiannya membawa kejatuhan seorang lagi pemimpin Arab selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat di dunia Arab.
Kematiannya membuktikan Gaddafi adalah seorang pejuang yang sanggup mati demi mempertahankan negaranya. - Agensi




Antara fakta-fakta tentang Libya yang tidak diketahui ramai:

Gaddafi bertindak menutup bank-bank swasta dan menubuhkan bank pusat yang membiayai projek-projek bermanfaat tanpa mengenakan sebarang faedah.

Bank pusat Libya membiayai projek satelit komunikasi yang pertama di benua Afrika. 45 negara Afrika berjaya menjimatkan US$500 juta setahun dalam bentuk faedah yang perlu dibayar kepada syarikat komunikasi Eropah sebelum pelancaran satelit Afrika dalam tahun 2007.

Membina sungai buatan manusia sepanjang 4,000 kilometer merangkumi 3 paip yang menelan kos US$33 billion untuk membekalkan air minuman, pengairan pertanian, minyak dan gas kepada 70% penduduk Libya.

Petani dikecualikan daripada membayar cukai sebagai galakan supaya mereka terus menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi untuk penduduk Libya.

Perubatan dan pendidikan adalah percuma. Semua pelajar yang menyambung pengajian di universiti luar negara diberi biasiswa penuh oleh kerajaan Gaddafi.

Gaddafi zalim dan menganiaya rakyat sendiri? Jangan percaya dengan propaganda media barat!




VIDEO 21 SAAT AKHIR HIDUP GADDAFI SEBELUM D TEMBAK D KEPALA !!



Friday 21 October 2011

HIMPUN ~ SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM

Layari laman web www.himpun.org

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.
b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


SENARAI PENGANJUR BERSAMA
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
  9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN (website)
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  14. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  16. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  17. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
  18. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
  19. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
  20. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
  21. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website) 
  22. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  23. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN(website)
  24. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
  25. Gabungan Persatuan Silat
  26. Gerakan-gerakan belia
  27. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  28. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  29. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

SENARAI PENYOKONG HIMPUN
  1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website) (diarah tarik diri oleh PAS Pusat)
  2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  4. Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)
  5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)
  6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)
  7. Islam Itu Indah | (website) (facebook)
  8. BeautifulNara | (website) (facebook)
  9. Nasyeed.com | (website) (facebook)
Kepada mana-mana badan NGO, persatuan, kumpulan-kumpulan di alam maya dan sebagainya merasakan survival Islam penting di negara kita ini, serta berminat untuk bekerjasama / membantu dari sudut kewangan atau logistik / menghebahkan kepada ahli yang dinaungi sila hubungiazrilhanafi7[at]gmail.com
*Parti Islam SeMalaysia PAS dalam kenyataan pada 19 Okt 2011 membuat keputusan tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat ini.

Wednesday 19 October 2011

HIMPUNAN 1 JUTA UMAT

BARU DITERIMA :

PAS UMUMKAN TIDAK AKAN TERLIBAT HIMPUNAN INI. HARAP MAKLUM !!!BERIKUT KENYATAAN MEDIA TG HADI AWANG. PAKATAN RAKYAT AKUR DENGAN KEPUTUSAN INI & TIDAK TURUT TERLIBAT SAMA...

PAS yang mengadakan mesyuarat Lajnah Politik pada malam ini (semalam) telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti- parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang- undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana- mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihanraya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan- badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Saturday 8 October 2011

PEMBENTANGAN BAJET 2012













RINGKASAN :

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.

Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.

Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan Kerajaan memperuntukkan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahbaikan sekolah.

RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


Monday 3 October 2011

KEUPAYAAN KOMPUTER

KEBIASAANNYA, bagi Windows XP, ia menggunakan versi 32 bit manakala bagi Windows 7 atau Windows Vista berkemungkinan besar ia menggunakan versi 64 bit.
Ini penting untuk diketahui apabila kita mahu memasang perisian pemacu untuk sesebuah perkakasan atau mana-mana program aplikasi pada sesebuah komputer.
Sekiranya tersilap versi, program komputer tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik atau boleh menyebabkan komputer bermasalah.
Bagi mengetahui sama ada Windows yang digunakan adalah versi 32 bit atau 64 bit, sila dapatkan maklumat pemasangan sistem pengoperasian atau Windows yang terdapat dalam program Control Panel>System and Maintenance>System.
Ia juga boleh diperoleh menerusi program System Information yang terdapat di dalam Windows.
Namun begitu, tiada Windows versi 64 bit bagi edisi Windows 7 StarterWindows Vista Starter,Windows XP Home dan Windows XP Media Center.
Pengkomputeran 32 bit atau 64 bit merupakan cara bagaimana pemproses komputer atau Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mengendalikan data dalam sesebuah komputer.
Ia mempengaruhi saiz maksimum bagi sesebuah memori atau Random Access Memory (RAM) bagi sesebuah komputer.
Sebagai contoh, komputer 32 bit mempunyai saiz RAM yang maksimum bersamaan dengan 232 bersamaan 4GB berbanding komputer 64 bit iaitu 8GB ke atas bersamaan dengan 264.
Ia juga bergantung kepada keupayaan sistem komputer yang ada.
Begitu juga satu masa dahulu, kita menggunakan komputer 8 bit yang mempunyai had maksimum saiz RAMnya pada 28 bersamaan 256 MB.
Bila ditambah saiz RAM kepada 512 MB, komputer akan menjadi bertambah perlahan kerana komputer atau pemproses tidak berupaya untuk memproses lebihan saiz RAM tersebut.
Perbandingan komputer 32 bit dengan komputer 64 bit ini boleh diibaratkan seumpama sebuah lebuh raya yang mempunyai 32 laluan dan lebuh raya yang mempunyai 64 laluan. Manakah yang lebih baik, cepat dan berkesan?
Jadi, pengkomputeran 64 bit atau 32 bit ini adalah berasaskan kepada keupayaan pemproses atau CPU bagi sesebuah komputer.
Sekiranya menggunakan komputer 64 bit, penggunaan sistem pengoperasian, perisian-perisian pemacu dan aplikasi-aplikasi komputer pada komputer tersebut mestilah berasaskan 64 bit.
Kebanyakan aplikasi komputer yang dibangunkan berasaskan 32 bit biasanya boleh digunakan oleh komputer 64 bit tetapi aplikasi komputer 64 bit tidak boleh digunakan oleh komputer 32 bit.
Bagi aplikasi pemacu pula, ia perlu mengikut jenis komputer sama ada 32 bit atau 64 bit.
Komputer 64 bit juga tidak boleh mengoperasikan program komputer 16 bit.
Bagi mengetahui had maksimum saiz bagi sesebuah memori atau RAM ini ialah dengan melakukan formula, 2 kuasa dengan bit pengkomputerannya.
Sebagai contoh, bagi komputer 8 bit, 28 bersamaan dengan 256 MB saiz RAM-nya dan komputer 32 bit pula, 232 bersamaan dengan 4.3 ribu juta atau bilion atau 4GB saiz RAM-nya.
Ini kerana komputer hanya boleh membaca dua nombor sahaja iaitu 0 dan 1 bagi mewakili bit-bit tersebut.
Kelebihan pengkomputeran 64 bit ini adalah keupayaan pemproses atau CPU dapat digunakan dengan optimum yang mungkin dan komputer berupaya mendapatkan saiz memori RAM yang besar.
Ini dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan komputer dalam memproses arahan-arahan yang diberikan terutama aplikasi-aplikasi multimedia dan keselamatan.
Masalahnya ialah masih terdapat kekurangan aplikasi-aplikasi komputer yang ditulis untuk pengkomputeran 64 bit buat masa kini.
Namun demikian, ia akan terus berkembang untuk masa akan datang.