KUALA LUMPUR 6 Okt - Bekas anggota Umno Anina Saadudin pada Selasa memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk menggantung pendengaran membatalkan writ saman yang dipohon Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya terpanggil untuk dengan rendah hati menegur penyunting-penyunting media termasuk media arus perdana yang melaporkan berhubung TPPA. Penggunaan kalimah seperti “meterai’ dan ‘done deal’ antaranya adalah sama sekali tidak menggambarkan apa yang berlaku di Atlanta dan kenyataan oleh Menteri-Menteri Ekonomi negara TPP semalam.
PASIR MAS 6 Okt - Seorang lelaki yang juga bekas anggota polis patah tulang rusuk selain cedera di muka, apabila dipukul sekumpulan penduduk kampung ketika cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang, di sini, Jumaat lalu.
ALOR SETAR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Malaysia tidak akan memihak kepada perjanjian yang tidak mengikut Perlembagaan negara atau yang menjejaskan dasar-dasar teras kerajaan untuk manfaat rakyat.
JAKARTA, 6 Okt (Bernama) — Pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar yang dilaporkan hilang di udara sejak Jumaat lepas, ditemui dalam keadaan hancur di kawasan Bukit Pajaja, Kampung Ulu Salu, Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.
6 OKT : Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 yang digubal pada era kolonial mengikut Perlembagaan sekaligus pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom akan berdepan perbicaraan atas tuduhan menghasut.
5 OKT : Selepas serangan menggunakan isu-isu besar seperti 1MDB, derma RM2.6 bilion dan dakwaan Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak member kesan terhadap Perdana Menteri, pihak yang anti dengannya cuba mengaitkan pula beliau dengan Israel.
GEMPAR sebentar dunia WhatsApp pagi ini apabila menerima beberapa keping gambar menunjukkan kononnya sebuah pesawat UFO kelihatan berlegar-legar di ruang udara Malaysia yang dapat dilihat oleh pengguna-pengguna jalanraya dan spontan mereka snap gambar untuk diviralkan!!!
United States – Seminggu sebelum DS Najib Tun Razak berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan sudah dimulakan dengan disertakan gambar doctored kononnya DS Najib sudah berucap dan audiensnya hanya DS Rosmah dan seorang dua pegawai kerajaan sahaja. Kami di New York berasa sangat lucu dan ketawa kerana DS Najib belum pun berucap tetapi ada juga yang membuat fitnah buta kononnya DS Najib sudah berucap!. Tidak tahulah jika ada juga orang di tanah air yang mempercayainya!
YA ALLAH..... meskipun dia bukan siapa-siapa... malah bukan warganegara ini tetapi bercucuran airmataku tatkala membaca kisah sadis pengakhiran hayat seorang kanak-kanak perempuan yang tidak berdosa ini......
DI Indonesia, tersebar khabar angin mengenai kes kematian kanak-kanak akibat infeksi saluran pernafasan yang berpunca daripada asap jerebu beracun di sana.
CHESHIRE – ENGLAND. Bintang bola sepak Wayne Rooney dan isterinya mengaku menghabiskan 150,000 pund (RM1 juta) untuk dapur rumah mereka tetapi jarang menggunakan bahagian tersebut.