Friday 3 August 2012

MASJID DI PERANCIS DICEMARI KEPALA BABI

Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi

Awal tahun ini, negara digemparkan dengan penemuan beberapa kepala babi masjid di Selangor ....



Sebelum itu.... ianya juga berlaku di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru.


Berita lihat Panglima

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi. Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumhuriyyah Taman Dato’ Haron di Petaling Jaya. Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.
 Lagi gambar dan berita lihat BERITA SEMASA.

Rupa-rupanya insiden pencemaran masjid dan cabaran kepada Umat Islam itu tidak hanya berlaku di Malaysia..malah di Perancis juga... 

MONTAUBAN -  Islamofobia dilihat telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan Orang Islam di kawasan itu.

Pengeruai Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti ity yang dilakukan pada bulan Ramadhan sememangnya berunsur provokasi perkauman.

Dalam satu kenyataan, Daruk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu.

Beberapa khabir angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendan susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu.


Sementara itu konflik di antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat semakin meningkat. Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa.

Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan perkauman dan diskriminasi agama - Sinar

LINGKARAN MISTERI DI USA

Lingkaran misteri muncul di Amerika Syarikat
Corak lingkaran misteri di ladang gandum Wilbur itu dikatakan seperti telinga watak animasi Mickey Mouse

SEATLE - Penduduk di sekitar Wilbur, timur Washington gempar dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Pemilik ladang itu, Grey dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse.

'Corak sama seperti ini pernah dilihat di kawasan berhampiran pada 2008 dan 2012', menurut Cindy.

Sebelum itu, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara.

IKAN PAUS TERDAMPAR DI KUALA PENYU


TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu.
TERDAMPAR...ikan paus ditemui tersadai di pesisir pantai berhampiran Kampung Binturu, Kuala Penyu.
KUALA PENYU: Usaha beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung gagal menyelamatkan nyawa seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terperangkap dalam kawasan air cetek di muara Sungai Sitompok, dekat sini, kira-kira 200 meter dari sebuah limbungan kapal, semalam.

Penguasa Perikanan Daerah Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, paus sepanjang kira-kira 17 meter spesies Balen itu ditemui pekerja Taman Pulau Tiga yang kebetulan melalui lokasi berkenaan untuk ke Pulau Tiga, kira-kira jam 9 pagi semalam, sebelum memaklumkan kepada pihaknya.

Menurutnya, spesies paus itu dikenal pasti selepas pihaknya merujuk kepada seorang pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu.

“Kami sudah merujuk kepada pakar dan berdasarkan kriterianya, dipercayai ikan paus ini adalah spesies Balen,” katanya.

Julin berkata, paus itu mati kira-kira jam 8 malam tadi selepas pihaknya mendapati tiada sebarang reaksi daripada mamalia itu.


myMetro

GEMPAR!! JPN 'KUBURKAN' JANDA YANG MASIH HIDUP...!!!


JOHOR BAHRU: “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.

“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.


Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001 - MyMetro



AWANG ADEK SAMAN HARAKAH RM 1O JUTA...???


Datuk Dr Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan akan memfailkan saman RM10 juta kepada Harakah atas penyebaran artikel fitnah yang dilakukan keatasnya sewaktu berkhidmat di Bank Negara. Kes skandal rasuah yang dilemparkan kepada beliau telah menjatuhkan imej sebagai seorang penjawat awam dahulu dan meminta supaya permohonan maaf dibuat dan artikel terbabit di tarik balik. Jika tidak dapat berbuat demikian maka Datuk Dr Awang Adek akan menyaman entiti tersebut.

IKAN YU PAUS TERDAMPAR DI PANTAI JAWA




BANTUL, Indonesia - Seekor ikan yu paus yang terdampar kelmarin di pantai Pandan Simo Baru, Yogyakarta akhirnya mati, lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Ikan sepanjang 13 meter itu mati selepas satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada nelayan tempatan gagal untuk menariknya ke laut.
Pada minggu lalu, seekor ikan paus sperma turut terdampar di laluan cetek di pantai Pakis Jaya, Karawang, Jawa Barat.
Namun, ikan sepanjang 11 meter itu juga mati selepas sehari ia ditarik dengan beberapa buah bot ke kawasan laut dalam.
"Ia masih hidup semasa kami menemuinya pada pukul 6 petang kelmarin," kata seorang nelayan, Gambos.
Menurut seorang anggota penyelamat, ikan tersebut mati kerana kelemasan selepas ia cuba untuk kembali ke laut.
Dia berkata, anggota-anggota pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan ikan tersebut kembali ke laut dengan menggunakan sebuah bot.
Namun, katanya, bot tersebut terlalu kecil untuk menarik ikan seberat empat tan itu.
"Selain saiz yang besar, ikan itu masih muda. Panjangnya mungkin mencecah 20 meter (dalam tempoh beberapa tahun)," katanya.
Menurut Bandis yang merupakan seorang penyelaras pertubuhan Rakan-Rakan Haiwan Yogyakarta, ikan tersebut mendekati pantai kerana ia mencari makanan.
Ikan itu makan ikan-ikan dan sotong kecil, plankton, kerang-kerangan kecil dan alga.
Bandis berkata, ikan tersebut berhijrah dari perairan Australia dan melalui perairan Indonesia," kata Bandis.
Beliau menjelaskan, ikan itu berpisah daripada kumpulannya.
Menurutnya, beliau telah melihat tujuh ekor ikan yu paus yang mendekati kawasan pantai.
"Namun, ikan-ikan tersebut boleh mencari arah ke laut dalam," tambahnya.
Bandis menyatakan pihaknya telah berunding dengan penduduk tempatan tentang cara untuk menanam bangkai ikan tersebut.
Bangkai ikan itu menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan yang mahu melihat haiwan tersebut.
"Bukannya setiap hari kami melihat ikan gergasi itu," kata seorang penduduk tempatan Santoso. - Agensi

AWAS !!! PAK HABIB SEBAR AJARAN SESAT...SILA AMBIL TINDAKAN!!!!

Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.
Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.


RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.

“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan.

“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,” katanya.

Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.

“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.

Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.

Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.

Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.

“Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.

“Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik” katanya.

Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.

Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.

Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.

Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.