Isyarat Malaysia Srping telah pun dikeluarkan dibeberapa tempat di sekitar ibukota termasuk Wangsa Maju. Lembah Pantai. Ini bermakna rancangan jahat Anwar yang pernah diucapkan di Guardian Post Indonesia sememangnya bukan hanya kata kata bahawa Revolusi Menjatuhkan Kerajaan akan tetap berlaku.
Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR tidak pernah menafikan bahawa mereka mahukan sebuah revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat selepas PRU13. Seawal 16 September 2008 lagi,
Anwar Ibrahim sudah melakukan hasutan secara agresif agar rakyat Malaysia turun ke jalan-jalanraya dan melakukan keganasan selain memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di luar negara dengan harapan, segala bantuan untuk revolusi seperti yang berlaku di Timur Tengah, berlaku pula di Malaysia.