Sunday 27 May 2012

KENAPA PAS SUKA SALAHKAN UMNO/BN....


Pemimpin pembangkang khususnya PAS gemar lebih gemar menyalahkan UMNO dan BN  dalam apa juga isu dan perkara yang mereka bangkitkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua rakyat tahu siapa mereka ini yang gemar mengembar-gemburkan satu-satu isu tetapi akhirnya tetap juga menyalahkan UMNO dan BN.
mb-sheb5
"Semua kita tahu perangai mereka ini, kejap mahu muzakarah, kejap tak mahu tapi akhirnya salahkan  UMNO dan BN.
"Dalam dunia ini mereka semuanya baik kecuali UMNO dan BN,’’ katanya kepada pemberita di Program Kayuhan Berbasikal `Fun Ride) anjuran Sekretariah Hal Ehwal Bandar dan Pemuda BN Perak dikediaman rasmi Menteri Besar Perak hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akur dengan keputusan Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang tidakbersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO.
Nik Aziz berkata beliau menarik balik kenyataan bersedia bermuzakarah dengan UMNO yang disiarkan dalam akhbar-akbar arus perdana sebelum ini.
Menurut Dr Zambry, UMNO dan BN sentiasa konsisten dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan dalam agenda perjuangannya membela nasib masa depan  rakyat.
Sehubungan dengan itu, katanya, rakyat sudah dapat menilai siapa sebenarnya pemimpin parti pembangkang ini.

17 CEDERA TERMASUK 4 PARAH DALAM KEMALANGAN ACARA DRAG...

17 Cedera Dalam Kemalangan Acara Drag

PUTRAJAYA – Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.
“Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.
Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.
Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.
Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – BERNAMA

PUNCA KES LIWAT TERTANGGUH SEHINGGA 60 KALI....



Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat. 
 
Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.

  
Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.  Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan. 

 
Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri', tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan. 

 
Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka', mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.

  
Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?


Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.

  
Namun, ini tidak berlaku.  Rayuan juga tidak berlaku.  Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam 'inner-circle'nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.

  
Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.


Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini. 

 
Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah. 

 
Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof?  Hampir tiada.  Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.   Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat 'bonus tambahan' iaitu dari segi keuntungan politik. 

 
Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.  
Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia. 

 
Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih 'tinggi' dari undang-undang, ia adalah wang! 


Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.

  
Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.  
Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.



SUMBER

KISAH MENYAYAT HATI... KEMALANGAN MAUT NGERI...!!!

551601_10151174926079572_331481044571_13396509_586719247_n-500x334

Gambar di atas adalah dari lama www.ohtidak.com
Menurut Bernama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang pada 24 Mei baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.
“Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.
“Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Majid berkata pemandu lori yang berumur 29 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang berumur 40 tahun itu, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes berkenaan dan siasatan mengenainya dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala Sofea Balqis dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk rawatan.
Berikut adalah petikan dari blog http://budakbakong.blogspot.com mengenai peristiwa itu…


3.Aku sempat meninjau lokasi kemalangan sebanyak dua kali..lagipun jalan ni lah yang aku selalu gunakan..sesungguhnya aku tak percaya kemalangan yang tragis dan amat memilukan ini boleh berlaku di jalan yang begitu lebar bahkan begitu lurus sekali!!!!sayang sekali tiada saksi kejadian yang betul2 melihat apa sebenarnya berlaku..agak mustahil arwah tidak dapat melihat kehadiaran treller yang sebegitu besar kerana jalan begitu luru sekali!!!!!puas aku termenung mencari jawapan..hingga kini sukar untuk menerima hakikat macam mana kejadian berlaku..itu aku..bagi keluarga mangsa lagi la sukar untuk mempercayainya..maka tidak hairanlah suami si mati yakni suami kepada marlisa dan ayah kepada sharmila jumadi sim telah beberapa kali pengsan tahkala menghadapi saat getir dalam hidupnya..
4.Sebaik sahaja mendapat maklumat bos aku yang tahkala ini sedang bercuti segera memberi arahan agar aku segera menyelesaikan kes ini..jadi seawal pagi aku dah bertolak ke Felda bukit tongkat dimana aku pasti dan bertekad akan menyelesaikan semua urusan hari ini juga!jadi aku tak nak buang2 masa terus ke felda bukit tongkat untuk mencari rumah waris mangsa kemalangan tersebut..puas jugakla berpusing pusing nak cari rumah mereka ni..last2 suh pakcik jaga pi tunjuk tak tau nape selama ini kami cukup biasa selok belok jalan felda bukit tongkat,namun hari ni lain..lain kerana fikiran kami melayang layang tak tenang..masih terharu dengan kejadian tersebut..
5.Sejujurnya ini antara kes yang menyayat hati yang pernah aku jumpa..aku tal kisah mengalir air mata kerana kes ini..tiada perasaan malu dikala itu kerna segalanya berlaku secara semulajadi..sebaik tiba dirumah pakcik mansor..ayah kepada 2 mangsa yang meninggal dunia ini serta kehilangan cucu kesayangan aku dan rakan setugas disambut mesra..aku faham mereka masih lagi dalam keadaan bersedih..bahkan air mata bercucuran tahkala menyambut kedatangan kami..saat ini aku tak mampu untuk berkata apa2..kami berbalas air mata kelu lidah tidak terkata hanya linangan air mata pemecah bicara..


6.Selang 2-3 minit kemudian rombongan guru2 dari sekolah anak arwah belajar juga tiba..sekali lagi mereka menangis hiba..lantas aku biarkan mereka tenangkan diri terkebih dahulu..rasanya jika keadaan ini berterusan aku boleh memohon diri untuk balik..tak sanggup aku meneruskan tugas dalam keadaan sebegini..namun mereka menghalang niat aku..takpa mereka perlukan sokongan sebenarnya..aku dengan satu persatu cerita mereka..sedan sedu esak tangis sentiasa menjadi irama mengiringi perbualan kami…ohh ayahandaku mansor..ohh kakanda jumadi tabahkan hatimu…kuatkan semangat..hidup perlu diteruskan walau apa cara sekalipun..patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertongkat dagu patah dagu maka bertongkat kuku..namun mengalah jangan sekali!
7.Hebat sungguh dugaan bulan rejab kalian..selepas ini kalian akan menyambut ramadan dan syawal tanpa insan tersayang..
8.Aku hanya mampu berdoa…moga kalian dikuatkan semangat..simpanlah air mata kesedihan itu..nyahkan ia jauh jauh..biarlah ia berlalu pergi biarkan kesedihan itu berlalu..sesungguh kalian diantara orang2 yang terpilih untuk diuji..
Akan bersambung nanti…..sempat jugak menziarahi pusara arwah..

ISU PM BUKAN MELAYU : NIK AZIZ TAK KISAH, PEMUDA PAS MAHU MELAYU, HADI AWANG PENAKUT..!!!!

Perjuangan PAS menjelang PRU 13 yang pasti akan dijalankan pada bila-bila masa sahaja mulai sekarang, sudah hilang arah tuju. Bukan sahaja visinya untuk memperjuangkan negara Islam telah terpusing 360 darjah tetapi pendirian para pemimpin tertingginya juga saling bercanggah dan seolah-olah seperti ENAU DALAM BELUKAR.....


NIK AZIZ TIDAK KISAH SIAPA JADI PM....

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam.

Beliau berkata, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.

"Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang Arab.

"Kalau hendak bukan Melayu tidak apa asalkan Islam. Adakah negara demokrasi beri kepada orang komunis jadi pemimpin, adakah negara komunis beri orang demokrasi jadi pemimpin.

''Negara demokrasi dipimpin oleh orang amalkan demokrasi, begitu juga dengan negara komunis, maka di negara Islam, orang Islam harus menjadi pemimpin," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu), di sini hari ini.


PEMUDA PAS MAHU MELAYU JADI PM....


 Dewan Pemuda Pas mahu orang Melayu dan Islam sahaja menjadi Perdana Menteri di negara ini.


Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, ia berdasarkan situasi semasa negara ini yang penduduk Melayu beragama Islam adalah majoriti.


Malah, beliau turut bersetuju dengan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan akan menentang sebarang usaha untuk melonjakkan dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam menerajui negara ini.


"Saya senada dengan Ketua Dewan Ulama Pas. Cuma kita melihat dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab majoriti, tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam, pemimpin mestilah muslim, bangsa tidak diambil kira.


"Kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam menjadi Perdana Menteri, kita tolak. Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan, di sini hari ini.


Beliau mengulas ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.


HADI AWANG DIANGGAP PENAKUT KERANA ENGGAN SANGGAH KENYATAAN KARPAL.....



 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyanggah hasrat Karpal Singh yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Namun pada masa sama, jelas beliau, Pas akan sentiasa mematuhi Perlembagaan negara yang antara lain menyebut Islam sebagai agama rasmi serta raja berperlembagaan.



Di dalam kepimpinan PAS sendiri bercanggah pendapat.... terang-terang menunjukkan bahawa mereka tidak konsisten di dalam halatuju perjuangan mereka untuk menghadapi gelombang politik tanahair.... Mereka telah ditundukkan oleh rakan-rakan sekutu mereka dalam PR dan sekaligus membenarkan bahawa kehadiran mereka dlm PR benar2 hanya MELUKUT DI TEPI GANTANG..!!!
SEDARLAH PARA PENGIKUT PAS.... SAMA ADA PAS ADA ATAU TIDAK DI DALAM PR... LANGSUNG TAK MEMBERI MAKNA APA-APA !!!!




SIAPA ARTIS TABUR JANJI PASLU DI IPOH..???



“Pekerja dijanjikan habuan lumayan seperti sebuah banglo atau kereta bernilai bawah RM100,000 jika berjaya menunjukkan prestasi cemerlang ketika bekerja,” kata Ahmad, 35, yang mendakwa ditipu seorang artis tanah air apabila tidak dibayar gaji dan imbuhan lebih RM10,000.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam pengurusan acara, Ahmad berkata, dia antara 10 mangsa pelakon lelaki berkenaan yang membintangi sebuah siri drama komedi popular di stesen televisyen tempatan.

Menurutnya, sejak bekerja dengan artis itu Disember tahun lalu, dia kerap ditipu dengan pelbagai janji palsu, namun sikap profesional terhadap kerja membuatkan dia masih bersabar walaupun gaji dijanjikan belum dibayar sehingga kini.

“Kalau diikutkan, saya bekerja dengan syarikat milik artis itu untuk menjayakan satu festival di Taiping, awal Mac lalu. Namun, beberapa hari sebelum program bermula, saya diberhentikan kerja tanpa alasan munasabah.

“Sepatutnya artis itu atau wakil syarikat berbincang dengan saya terlebih dulu dan menyelesaikan beberapa perkara dijanjikan seperti keuntungan yang hendak diagihkan, termasuk gaji melebihi RM10,000,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, program itu ternyata indah khabar daripada rupa apabila artis berkenaan yang bertindak sebagai pengarah teknikal gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Dia yang dibantu seorang lagi artis komedi popular tanah air turut mendakwa program berkenaan mendapat tajaan ratusan ribu ringgit selain sokongan dan kerjasama sebuah kementerian dengan majlis pelancaran disempurnakan wakil kerajaan negeri.

“Selain tidak membayar gaji pekerja, beberapa program dijanjikan seperti konsert membabitkan artis terkemuka tanah air juga tidak ditunaikan,” katanya.

Dia mendakwa, beberapa program lain yang diadakan sempena festival itu seperti pertandingan memancing turut berdepan masalah apabila penganjur langsung tidak menyerahkan hadiah kepada pemenang.

Lebih memburukkan keadaan, seorang rakannya yang membekalkan makanan secara katering untuk program itu turut menjadi mangsa apabila terpaksa melunaskan sendiri kos keseluruhan bernilai RM56,000.

Menurut Ahmad, dia membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak dan agensi itu akan membuat susulan dengan artis berkenaan dalam masa terdekat.

Katanya, sebelum ini Pejabat Tenaga Kerja Perak memanggil artis terbabit untuk memberi keterangan, namun difahamkan dia gagal hadir.

“Saya harap kes ini mendapat pertimbangan sewajarnya kerana saya tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain. Ada antara mereka baru merasai suasana bekerja dan sudah tentu mereka mahu merasa wang gaji daripada hasil titik peluh sendiri.

“Saya juga terkilan dengan sikap artis itu yang langsung tidak menjawab apabila dihubungi menerusi telefon bimbit. Kemudian seorang daripada kami bertemunya tapi dia buat tidak tahu, seolah-olah tiada apa berlaku,” katanya.

Dia berharap mangsa lain tampil mengemukakan bukti membabitkan penyelewengan artis itu. Selain mengemukakan masalah kepada Pejabat Tenaga Kerja Perak, dia mempertimbangkan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika perkara itu tidak diselesaikan.

“Saya tidak kisah sangat soal wang... cuma bimbang jika perkara ini tidak dipandang serius, ia akan berlaku kepada orang lain pula pada masa akan datang.

“Sepatutnya sebagai majikan serta menjaga reputasi sebagai artis, dia harus mencari jalan penyelesaian sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Maulad, 20, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka pengalaman pertama menempuhi alam pekerjaan menjadi igauan buatnya apabila tidak dibayar gaji.

“Ini kali pertama saya bekerja... apabila ditanya soal gaji, semua senyap, seolah-olah tiada apa berlaku. Saya masih memegang kunci pejabat, namun selepas membuat tinjauan di situ, semua barang dan dokumen penting milik syarikat dipindahkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro