Saturday 21 January 2012

DALIL KENAPA HARUS TOLAK PAS.....


Mari ikuti, catatan seorang sahabat dari blognya.... http://pejuangbangsa31.blogspot.com


16 DALIL KENAPA KINI KITA HARUS TOLAK PERJUANGAN PAS

 
1.CARA PAS BUKAN CARA ISLAM

 
سُوۡرَةُ النّحل
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)

Surah An-Nahl
 
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (125) 
 


  P/S: Hikmah ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil 
 
Di dalam ayat di atas ALLAH dengan jelas memerintahkan supaya serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan HIKMAH dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

Parti PAS mengaku sebagai parti islam namun pada kenyataannya apa yang dilakukan oleh parti PAS amat bertentangan dan berbeza dengan ayat diatas.Pihak PAS yang kononnya ingin memperjuangkan hukum dan negara ISLAM sanggup mencaci,mencerca,mengutuk dan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah atas nama Islam.

2.MENGHINA ORANG ISLAM


سُوۡرَةُ الحُجرَات
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)

Surah Al-Hujraat

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) 
 
Jelasdari maksud ayat di atas,Allah melarang perbuatan mengolok - olok,cela - mencela dan gelar - mengelar dengan gelaran yang buruk - buruk.Namun kita semua tahu PAS menghalalkan semua ini ke atas sesama ISLAM...

3.DILARANG ADA DUA KETUA (KHALIFAH)
 
 Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Apabila dibai'at(diangkat) orang khalifah tandingan(sehingga terdapat du khalifah), maka bunuhlah yang terakhir." (Sahih Muslim 1819)

Nyata dan jelas, Rasullullah SAW melarang orang ramai melantik seorang khalifah(ketua) baru, sehingga terjadinya keadaan di mana terdapat dua khalifah(ketua). Dengan adanya 2 orang khalifah(ketua) ini, kedua golongan Islam akan bergaduh dan berperang, akibatnya orang Islam akan hancur.

Ternyata perbuatan pemimpin-pemimpin PAS menubuhkan parti PAS dan melantik seorang ketua untuk menentang UMNO adalah bukan cara Islam dan dilarang oleh Rasullullah SAW.

Sesuatu larangan yang dibuat oleh Rasullullah itu sudah tentu ada hikmahnya. Ternyata tindakan menubuhkan parti PAS telah memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Bersesuaian dengan dasar pecah dan perintah pihak British semasa meluluskan penubuhan parti PAS pada ketika itu. Sekiranya tiada langkah segera diambil untuk mengatasi masaalah ini, perbalahan yang kecil akan menjadi besar dan seterusnya menjadi peperangan yang tidak menguntungkan agama Islam.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS, adalah manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Islam hanya dipergunakan saja sebagai alat atau batu loncatan. Mereka bukan benar-benar ingin menubuhkan negara Islam atau mengadakan hukum Islam. Sekiranya mereka jujur, perkara ini boleh dibuat tanpa melanggar larangan hadith tersebut. Apa yang perlu mereka lakukan ialah ramai-ramai menyertai UMNO dan berdakwah kepada orang UMNO(supaya orang UMNO menjadi sama Islamnya macam mereka). Dengan itu mereka boleh menukar matlamat perjuangan UMNO ke arah yang mereka kata betul dan mereka suka. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya, mengasing diri dari jemaah dengan membentuk imej yang berlainan dengan jemaah Melayu Islam yang lain. Mereka bukan berdakwah tetapi apa yang mereka lakukan adalah berdakyah mencipta dan menjaja fitnah memburuk dan mempersenda sesama Islam.

4.SALAH GUNA MASJID
 
 
سُوۡرَةُ التّوبَة
وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مَسۡجِدً۬ا ضِرَارً۬ا وَڪُفۡرً۬ا وَتَفۡرِيقَۢا بَيۡنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَإِرۡصَادً۬ا لِّمَنۡ حَارَبَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ مِن قَبۡلُ‌ۚ وَلَيَحۡلِفُنَّ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّا ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۖ وَٱللَّهُ يَشۡہَدُ إِنَّہُمۡ لَكَـٰذِبُونَ (١٠٧)
 
Surah Al-Tawba
 
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (107)
 
Jelas dan nyata bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan orang-orang munafik. Ini sudah pun berlaku di zaman Rasulullah lagi dan di zaman kita sekarang lebih teruk lagi.

Masjid di negara kita sudah disalah gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS - kata-kata mencarut, menghina, mengutuk dan memaki dan memfitnah yang tergolong dalam perbuatan tercela juga dilakukan di masjid.

Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan puak yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Lebih buruk lagi, perbuatan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik boleh mengakibatkan orang-orang tertentu tidak dapat datang untuk beribadat di masjid dan perbuatan ini, adalah sama dengan perbuatan menghalang menyebut nama Allah dalam masjid-masjid seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 114:

سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا كَانَ لَهُمۡ أَن يَدۡخُلُوهَآ إِلَّا خَآٮِٕفِينَ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١١٤) 
 
Surah Al-Baqara
 
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (114) 
 
Rumah Allah bukan kegunaan sesiapa tetapi ia adalah tempat beribadat dan tempat menimba ilmu dan bukan tempat mempopularkan diri atau tempat memancing undi. Mereka tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid kecuali dengan rasa takut kepada Allah SWT.

Hadith Rasullullah SAW:
Bermaksud:

Sesungguhnya seorang lelaki pernah berseru-seru di dalam masjid katanya "Siapa yang memanggil unta yang merah sehingga ia hilang." Nabi SAW bersabda: "Semuga kamu tidak menemukannya. Sesungguhnya masjid-masjid ini dibangunkan dengan fungsi sebagaimana semula ia dibangunkan." (Riwayat Muslim - Al Azkar m/s 63)
 
 
Ternyata daripada hadith di atas Rasullullah SAW melarang orang berseru-seru di dalam masjid kerana mencari unta yang hilang. Bayangkanlah apakah reaksi Baginda Rasullullah SAW, sekiranya terdapat orang yang berseru-seruan di dalam masjid kerana ingin berkempen untuk memancing undi. Sudah tentu perbuatan itu tidak diizinkan kerana masjid bukanlah tempatnya. Tambahan pula, dalam kempen politik, sudah pasti wujud kata-kata yang mengutuk dan merendah-rendahkan pihak lawan. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT lebih-lebih lagi jika dilakukan di dalam masjid.

5.PAS TERLALU RAMAI ULAMA
 
Hadith Rasullullah SAW
Bermaksud:

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah tiada, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)
 
Rasullullah SAW menerangkan, dalam hadith di atas Allah menghapuskan ilmu(dan pengetahuan) agama dengan cara mewafatkan para ulama. Ini bermakna ulama di zaman ini memang sangat kurang atau memang tiada lansung.

Tetapi menurut Parti PAS mereka mempunyai ramai ulama dan ini bertentangan dengan sabda Rasullullah SAW dalam hadith di atas, kecualilah memang benar parti PAS mengangkat orang-orang bodoh jadi ulama mereka.

Patutlah bermacam-macam fatwa yang pelik, telah dan boleh dikeluarkan oleh ulama (Tok Guru) PAS.

6.MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Ibnu Umar r.a katanya: Rasullullah SAW bersabda: Siapa yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Hai kafir, maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya: Jika apa yang diucapkan itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan". (Sahih Muslim 49)


Nyata dan jelas dari maksud hadis di atas perbuatan mengkafirkan orang Islam adalah dilarang dan amat merbahaya kerana orang yang berbuat demikian boleh jadi kafir sekiranya orang yang ditujukan itu tidak kafir.

Bukankah ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli PAS?.

7.SIAPAKAH YANG MEMECAH-BELAHKAN

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Arfajah r.a. katanya, dia mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan. Maka siapa yang memecah belah persatuan umat ini. penggallah dengan pedangmu walaupun siapa dia" (Sahih Muslim1817)

Hadith di atas jelas menerangkan bahawa perbuatan memecah-belahkan kesatuan umat Islam dilarang dan hukuman melanggar larangan itu amat berat.

Kita masih ingat disuatu ketika dahulu parti PAS tidak mempunyai pengaruh di negeri-negeri lain kecuali di Kelantan. Pada masa itu orang-orang Islam hidup bersatu padu tapi sekarang apabila pengaruh PAS mula berkembang orang Islam mula berpecah belah. Perbuatan mencaci, menghina, mencarut dan mengafirkan orang Islam lainnya yang dipelupori oleh parti PAS mula berleluasa. Di masjid-masjid dan di suarau-surau sudah ada dua golongan orang Islam yang bermusuh-musuhan.

Ternyata parti PAS dengan tindak-tanduknya telah memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Satu lagi contoh ialah apabila PAS menentang UMNO, dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Perbuatan mengkafirkan, memaki, menfitnah dan menghina merebak kemerata tempat. Akibat dari ini, timbul dua pihak bertentangan sampai ada pasangan suami isteri yang bercerai, adik beradik yang bergaduh dan rakan serta teman yang tidak bertegur sapa. Inilah jasa sebenar parti PAS kepada masyarakat Islam iaitu sebagai pemecah belah ummah.
 
8.MENYEMBUNYIKAN AYAT ALLAH
 
Kita dapati ramai dikalangan pemimpin parti PAS mengakui diri mereka sebagai ustaz atau ulama termasuklah ustaz yang diimport dari DAP tetapi mereka sengaja menyembunyikan ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik mereka. Sebagai contoh mereka sering melaungkan ayat 144 dari Surah An Nisaa

سُوۡرَةُ النِّسَاء
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ عَلَيۡڪُمۡ سُلۡطَـٰنً۬ا مُّبِينًا (١٤٤) 
 
 Surah An-Nisa
 
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu? (144) 
 
Dan sebahagian daripada ayat 28 Surah Ali Imran:
 
 
سُوۡرَةُ آل عِمرَان
لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ
 
 Surah Al-Imran
 
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, (28)
 
Dengan tujuan, agar pengundi akan mengundi calun dari parti PAS bila calun dari parti lawan terdiri dari bukan Islam. Mereka sengaja menyembunyikan sambungan ayat 28 surah Ali Imran :
 
                                            سُوۡرَةُ آل عِمرَان
فِى شَىۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَٮٰةً۬‌ۗ وَيُحَذِّرُڪُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُ ۥ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ (٢٨
 
Kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. (28)
 
Parti PAS juga tidak pernah memberi tahu pengundi-pengundi teantang ayat 72 Surah Al-Anfaal kecualilah ketika mereka hendak membuat pakatan dengan DAP.
 
 
سُوۡرَةُ الاٴنفَال
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِينَ ءَاوَواْ وَّنَصَرُوٓاْ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يُہَاجِرُواْ مَا لَكُم مِّن وَلَـٰيَتِہِم مِّن شَىۡءٍ حَتَّىٰ يُہَاجِرُواْ‌ۚ وَإِنِ ٱسۡتَنصَرُوكُمۡ فِى ٱلدِّينِ فَعَلَيۡڪُمُ ٱلنَّصۡرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوۡمِۭ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَہُم مِّيثَـٰقٌ۬‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬ (٧٢) 
 
Surah Al-Anfal
 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. / (72) 
 
Sebagai catatan, ayat dari Surah Al Anfaat dan sambungan ayat surah An Nisaa memberi kelonggaran untuk melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin sekiranya ada siasah atau muslihat. Dalam konteks di Malaysia, sebagai contoh, dibolekan memilih calun Wakil Rakyat dari bukan Islam asalkan Perdana Menterinya adalah orang Islam.

Apa yang jelas selama ini mereka:

~Mengkafirkan sesetengah pengundi Islam, yang mengundi calon bukan Islam.
~Mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Meskipun mereka sebagai ahli agama, tahu kewujudan ayat tersebut namun kerana kerakusan mereka dalam politik, mereka sanggup menyembunyikan ayat Allah SWT. Dan perbuatan ini adalah amat terlarang seperti yang tercatit dalam surah Al-Baqarah ayat 159:
 
 
سُوۡرَةُ البَقَرَة
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ (١٥٩) 
 
Surah Al-Baqara
 
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (159) 
 
9.CARA REVOLUSI IRAN
 
Dari segi cara, ternyata PAS menggunakan taktik yang amat merbahaya. Setelah berjaya menawan Kelantan beberapa tahun yang lau, ada penyokong PAS mendabik dada, memberitahu bahawa dalam masa beberapa tahun lagi PAS akan berjaya menawan seluruh Malaysia. Penyokong PAS itu memberitahu bahawa PAS di bawah pimpinan Nik Aziz meniru cara Revolusi Islam Iran. Untuk makluman sekelian, keyakinan saya bertambah kerana:

~Salah seorang anak Dato' Nik Aziz menuntut di Qom, Iran.
~Ramai di kalangan orang PAS tidak berani menyalahkan pegangan Syiah malah ada yang TERANG - TERANGAN MENYOKONG SYIAH.
~Saya difahamkan bahawa dalam pilihanraya sepuluh tahun lalu parti PAS mendapat bantuan biaya dari Iran.
~Semasa bertemu seorang rakyat Iran di Mekkah, beliau banyak memuji PAS dan Nik Aziz.

Saya juga difahamkan oleh penyokong PAS ini bahawa dalam Revolusi Islam Iran, Ayatollah Khomeini telah menanam perasaan benci terhadap Shah Iran dan regimnya di kalangan kanak-kanak sekolah disamping mengajar mereka dengan kalimah tertentu dar ayat Al Quran.

Maka 20 tahun kemudian, bila kanak-kanak ini telah dewasa, dengan sendirinya mereka bangun menentang Shah Iran dan berjaya menegakkan Republik Islam Iran. Akibat dari kejadian ini puluhan ribu rakyat Iran telah mati dibunuh dan ratusan ribu pula terpaksa meninggalkan Iran.

Bayangkanlah sekiranya taktik yang digunakan oleh PAS ini berjaya di Malaysia, apa yang bakal terjadi. Perlu diingatkan bahawa peratusan bangsa Melayu kurang dari 50%, sudah tentu ramai yang terbunuh dan ramai yang terpaksa meninggalkan Malaysia. Akhirnya orang Melayu tidak lagi menjadi golongan terbesar dan akan hilanglah penguasaan orang Melayu dan dengan sendirinya Islam akan lemah. Berbanding di Iran peratusan yang beragama Islam adalah hampir 100%.

Kalau diteliti betul-betul, taktik PAS ini semakin berkembang di Malaysia. Sebagai contoh, kita selalu lihat dan dengar, orang PAS menyebarkan slogan-slogan bagi menanam perasaan benci terhadap setiap pemimpin utama UMNO dan parti UMNO itu sendiri di kalangan kanak-kanak sekolah.

Demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu, perbuatan pemimpin-pemimpin parti PAS perlulah dihentikan dengan serta merta.
 
10.ISU ALLAH MENCARUT
 
Datuk Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Datuk Shahnon Ahmad mengucapkan bahawa "Allah mencarut". Bagi menguatkan hujah beliau, beliau membacakan surah Al-Masadd dan menurut beliau banyak terdapat ayat mencarut dalam Al-Quran.
 
 
سُوۡرَةُ لهب / المَسَد
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ (١) مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ (٢) سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ (٣) وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ (٤) فِى جِيدِهَا حَبۡلٌ۬ مِّن مَّسَدِۭ (٥) 
 
Surah Al-Masadd

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
 
              Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama; (1)Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. (2) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang. (3)Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. (4) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. / (5)
 
Pendapat ini nyata salah kerana:

~Dalam ayat tersebut tiada pun bukti mencarut.
~Allah tidak pernah mencarut dengan menyebut kemaluan manusia seperti yang terdapat dalam novel SHIT.
~Kalau benar pun Dr. Mahathir yang bersalah mengapa melibatkan kemaluan ibunya yang tiada kena mengena, mengapa tidak sebut saja kemaluan beliau.
~Datuk Nik Aziz berkata Al-Quran banyak mengandungi ayat-ayat yang mencarut, oleh itu bolehlah mencarut. Sebagai contoh dalam Al-Quran banyak kali Allah bersumpah dengan masa dan bulan. Mengapa Nik Aziz tak suruh orang bersumpah dengan masa dan bulan pula. Apakah beliau mahu jadi sama taraf dengan Allah SWT.
~Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari ulama-ulama dahulu yang membolehkan orang mencarut?
 
Apa yang jelas adalah hadith:

Bermaksud:

Ibnu Mas'ud r.a. Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu'min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.(Attirmidzi-Rs 2/54)

Bermaksud:

Anas r.a berkata: Rasullullah SAW bersabda: Kekejian mulut tiada menghinggapi sesuatu melainkan menjelekkannya san sifat malu itu tidak menghinggapi sesuatu melainkan membaguskannya. (Attirmidzi-Rs 2/545)

Bermaksud:

"Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibubapa sendiri. Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasullullah: Apakah mungkin seseorang itu memaki ibubapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibubapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibubapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri." (H.R.Bukhary-Muslim - 10).

Kesimpulannya - Mencarut adalah perbuatan yang keji untuk orang yang bersifat lemah atau keji budi pekertinya. Allah SWT besifat Maha Gagah lagi Maha Sempurna. Oleh itu Allah tidak sesekali mencarut tetapi apa yang dimaksudkan didalam ayat surah Al-Lahab dan banyak ayat lain Allah melaknat. Allah melaknat Abu Lahab dan orang yang memutar belitkan Al-Quran seperti ulama-ulama PAS.

                    BERSAMBUNG.........................

SARA 1 MALAYSIA


Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :


KELAYAKAN MEMOHON SKIM SARA1MALAYSIA 

1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 

2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000 

3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman 

4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank 

5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB: 
Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT); 
ASB Sejahtera; dan ASW 2020 Bandar 

6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000 

7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah 

8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada: Bumiputera – 50%; Cina – 30%; India – 15%; dan Lain-lain – 5% 

9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman 10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja DEFINISI ISI RUMAH Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut: * Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan * Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu. 

DOKUMEN DIPERLUKAN 

-Dokumen utama Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M) Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1 Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21 Borang Jualan Balik ASNB 31 Borang

Pembaharuan Buku Pelaburan BS3 Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS) 

-Dokumen Sokongan Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan Dokumen Pengesahan Pendapatan *Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan. 

*Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai. 

*BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen. 

CIRI-CIRI PINJAMAN UNTUK SKIM SARA1MALAYSIA 

-Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah. 

-Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I. 

-Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan -pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal. 


-Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:- 

1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut; 

2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan; 

3. Peserta didapati muflis; atau 

4. Peserta meninggal dunia. PERMOHONAN Pemohon yang berminat mestilah mendapatkan borang daripada bank-bank yang terlibat mulai 30 Januari 2012.

Borang-borang yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan diserahkan kepada bank untuk disahkan dan dipertimbangkan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak bank.





SUMBER

SAMAN MENYAMAN.....

1.  DATUK SERI SHARIZAT ABDUL JALIL MEMFAILKAN SAMAN RM100 JUTA TERHADAP RAFIZI DAN ZURAIDAH





SEHARI KEMUDIAN......


2.  ANWAR IBRAHIM SAMAN UTUSAN RM50 JUTA




*Kenapa Utusan yang di saman, kenapa tidak menyaman siapa yang mengeluarkan perkataan itu..???

DULU PUJI.... SEKARANG HENTAM....!!!


DULU.... Ketika baru-baru dipecat dari UMNO, Anwar menjadi buah hati pengarang jantung kepada barat. Mereka puji melangit Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau adalah yang paling berkarisma dan layak untuk mejadi Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan. 

NAMUN....ramai yang tidak tahu, dan kepada para penyokongnya mungkin mereka buat-buat tak tahu, bahawa melalui Anwar Ibrahim lah barat mula memainkan peranan dan jarumnya dengan tujuan untuk melaksanakan agenda tertentu terhadap Malaysia.

IKUTI KUPASAN SELANJUTNYA....

Yusof Haron – Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar, Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.
Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?

MENJIJIKKAN..!!! PUSAT GAY DI PENANG DISERBU 15 KALI....

Disangkakan Pusat Senaman Tapi Rupanya Rumah Gay 

Oleh TAN SIN CHOW 

GEORGE TOWN: Polis telah menyerbu sebuah pusat senaman ‘gay’ di Pulau Tikus di sini yang mana ahli-ahlinya dimestikan terlebih menunjukkan bahagian sulit mereka sebelum dibenarkan masuk. 

Dua orang lelaki yang berusia pada lewat 30-an telah ditangkap ketika sedang melakukan perbuatan sumbang apabila pihak polis menyerbu pusat senaman tersebut yang sebelum ini telahpun diserbu 15 kali oleh pihak berkuasa. 

Siasatan awal mendapati, pengusaha pusat senaman itu menjalankan perniagaannya tanpa lesen. 

Turut dirampas ialah laptop, VCD pornografi, dua botol krim pelincir, sebotol cecair pembersih mulut dan sehelai tuala dalam serbuan pada jam 4.30 petang Khamis itu. Ketua Polis George Town, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan. 

Beliau berkata, pihak polis akan membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyita premis berkenaan. 

“Ini termasuklah memotong bekalan elektrik dan air ke premis berkenaan," ujarnya lagi. 

Kata Gan lagi, pihak berkuasa telah menyerbu premis tersebut banyak kali kerana aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di situ.

SUMBER

BILA PENDAKWA FAILKAN RAYUAN.................

Peguam Anwar Kecewa Jabatan Peguam Negara Buat Rayuan..


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair menyifatkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan liwat sebagai satu penganiayaan politik.
Beliau berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Saya tidak diberitahu secara rasmi oleh pendakwa raya. Bagaimanapun, sekiranya ini benar, ia adalah tindakan paling dikesali kerana alasan penghakiman oleh hakim yang membuat keputusan terhadap perbicaraan mengatakan bukti penting telah diusik.
“Ini menjadi satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar, bukan satu kes pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.
Petang tadi, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 9 Januari lalu – sinar