Wednesday 11 July 2012

RM 217 JUTA PERUNTUKAN AIR BERSIH DI KELANTAN.....



BACHOK  - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM217 juta untuk membekal air bersih kepada 17,625 rumah di negeri ini dalam tempoh dua tahun bermula tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, pembekalan air bersih itu dilaksana melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) melibatkan sistem retikulasi dan alternatif yang memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

“Sehingga akhir Jun tahun ini, 11,259 rumah sudah menerima bekalan air bersih yang disediakan melalui projek itu," katanya kepada pemberita pada program sumbangan amal air bersih dan pelancaran skuad misi amal Yayasan Kasih Sayang Malaysia (YKSM) di Tangok, di sini semalam.

Hasan berkata, bakinya sebanyak 6,366 rumah akan memperoleh bekalan air bersih sebelum akhir tahun ini.
Mengenai peruntukan membekal air bersih bagi penduduk di kawasan luar bandar di seluruh negara, beliau menambah, peruntukan telah ditambah daripada RM1.95 bilion tahun lalu kepada RM2.09 bilion tahun ini.

“Pada keseluruhannya projek BALB yang membabitkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan diperluaskan termasuk ke kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli supaya mereka juga dapat menikmati bekalan air bersih," katanya. - BERNAMA

***Kerajaan tak pernah pinggirkan Kelantan walaupun Menteri Besar Kelantan sangat membenci kerajaan dan anti dengan Perdana Menteri sehingga melakukan solat hajat dan mendoakan Perdana Menteri pecah perut..!!!

TUBUH MAJLIS MEDIA SOSIAL...?




SHAH ALAM  - Sebuah majlis media sosial perlu ditubuhkan di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini.

CADANGAN PSC : PROSES PENGUNDIAN AKAN DIUBAH SUAI SEDIKIT


PUTRAJAYA  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat sedikit pengubahsuaian terhadap proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagi memastikan proses yang lebih telus berdasarkan beberapa cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, untuk PRU-13, susunan bilik mengundi agak berbeza apabila wakil parti politik ditukar kedudukannya dengan petak mengundi, bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang lebih baik mengenai pengundi dan proses pengundian.

RUMAH MEWAH SELEBRITI HOLLYWOOD { FOTO }

celebrity houses02 Incredible Celebrity Houses

celebrity houses01 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses03 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses04 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses05 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses06 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses07 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses08 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses09 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses10 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses11 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses12 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses13 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses14 Incredible Celebrity Houses



celebrity houses15 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses16 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses17 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses18 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses19 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses20 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses21 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses22 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses23 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses24 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses25 Incredible Celebrity Houses


celebrity houses26 Incredible Celebrity Houses

KREDIT TO pemikir kampong ~ tq

TIKUS RAKSASA MAKAN BAYI....!!!


Minggu ini terjadi dua tragedi mengerikan. Tikus-tikus raksasa memakan dua bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa (3) terbunuh dalam tidurnya di kawasan kumuh di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.

HEIDI KLUM SERIK BERKAHWIN...?


Heidi Klum


NAMPAKNYA selepas berpisah dengan penyanyi Seal, supermodel Heidi Klum sudah serik untuk berkahwin lagi.


Juri Project Runway itu memberitahu akhbar mingguan Bild am Sonntag, biarpun tidak menyesal dengan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi tersebut namun dia tidak pasti sama ada akan berkahwin lagi selepas ini.

CANTIKNYA TERATAI GERGASI....!!!


Pernahkah anda  meliha teratai? Teratai yang ditunjukkan ini merupakan teratai yang terbesar di dunia
Teratai ini bernama VICTORIA AMAZONICA. 
Diameter daun dariteratai ini lebih dari 3 meter dengan berat yang mencapai 31 kilogram
Teratai ini hidup mengambang di perairan sungai besar Amazon. 
Jom lihat gambar teratai di bawah ini.



















RAKAN AMUK 'IMAM MAHADI' SAH BINI ORANG....!!!


Muhdalena Ahmad yang ditembak ketika mengamuk bersama seorang lelaki di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.

Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi. “Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalena tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberi-ta di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.

Dikawal ketat polis, Muhdalena, 28, dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.

Difahamkan, wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari.

Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalena cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak.
Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.

Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.

“Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.

“Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Khalil dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

KELUARGA KEJAM CEKIK DAN BUNUH WANITA HAMIL


Hiasan


LONDON : Empat ahli keluarga didapati bersalah membunuh wanita hamil berusia 21 tahun yang mereka tuduh dikuasai roh jahat.


Selepas perbicaraan selama 12 minggu di Mahkamah di Birmingham, suami Naila Mumtaz, Mohammed Tauseef Mumtaz, 25, ibu bapanya, Zia ul-Haq dan Salma Aslam, kedua-duanya berusia 51 tahun, serta adik iparnya, Hammad Hassan, 24, didapati bersalah membunuh mangsa. 


Mohammed Tauseef mencekik isterinya yang hamil enam bulan dan memberitahu polis isterinya itu cuba mencekik dirinya sendiri dan mungkin “dirasuk” roh jahat.

Mahkamah diberitahu, dia mendakwa kematian isterinya itu seperti “membunuh diri” dan dia juga pernah “dirasuk” di mahkamah koroner di bandar itu selepas kematian isterinya itu.



Keempat-empat defendan, menafikan membunuh Naila di rumahnya di Craythorne Avanue, Handsworth Wood, Birmingham pada 8 Julai, 2009.


Peguam dari kompleks Perkhidmatan Pendakwa Raya West Midlands, Wendy Bounds berkata, “Naila Mimtaz, seorang wanita muda yang baik hati dan cantik, tinggal bersama ibu bapanya di Pakistan, bersetuju berkahwin dalam majis yang dirancang keluarga dengan defendan Mohammed Tauseef Mumtaz.

“Dia tahu, Mohammed Tauseef orang kurang upaya, tetapi dia tidak mengendahkannya kerana hatinya baik dan percaya semua yang hidup itu mempunyai nilai yang sama.”

Katanya, “Tetapi, juri hari ini mendapati suami dan keluarganya itu tidak berkongsi nilai murninya.”

Wendy berkata, Naila yang hamil enam bulan, tinggal bersama keempat-empat defendan di Birmingham apabila pada 8 Julai 2009, keluarga itu membuat panggilan kecemasan 999 untuk perkhidmatan ambulans.

“Usaha paramedik dan hospital untuk menyelamatkan Naila gagal. Mangsa dan anak dalam kandungannya meninggal dunia,” - Daily Mail


PELIK : MILIKI 220 VOLT ELEKTRIK DALAM TUBUHNYA





Seorang lelaki dari China Zhang Deke mengaku mampu mengeluarkan arus elektrik sebanyak 220 volt dari tubuhnya.Bagi membuktikan dakwaannya benar, dia membuat demontrasi kebolehannya itu.

Deke meletakkan sebanyak enam buah lampu berkuasa 13 watt berwarna putih dan merah di atas kepala serta telinganya.Kemudian dia telah mengenggam wayar lampu ditubuhnya itu dan semua lampu itu bernyala serta dia juga boleh mengawal arus elektrik dengan menunjukkan keupayaan memalap atau menerangkan lampu.



Arus elektrik yamg keluar melalui tubuhnya dalam jumlah yang sebegitu  di katakan dapat memanggang seekor ikan sehingga masak dalam tempoh dua minit.Kemampuannya itu menyebabakan dia digelar 'manusia elektrik'.

BAPA KECEWA, ANAK DIROSAKKAN PEMBANGKANG..!!!

GUNTING RAMBUT SAMBIL TUTUP MATA DAN TIDAK PERNAH LAKUKAN KESILAPAN

SEORANG tukang gunting di China, baru-baru ini menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan berkenaan kaedah unik yang digunakannya untuk menggunting rambut pelanggan di kedainya.

Dengan menutup mata, Tian Hao mendakwa telah menggunakan teknik Meditasi Zen untuk merasai aura rambut pelanggannya dan mampu memotong menggunakan gunting yang tajam tanpa mencederakan.

Baru-baru ini Tian Hao melakukan demonstrasi menggunting rambut dua orang model di salon rambut miliknya secara serentak sambil menutup mata tanpa melakukan sebarang kesilapan dan kejadian yang tidak diingini.




Tukang gunting yang memakai pakaian ala pengemis itu dikatakan tidak pernah membuat kesilapan sepanjang melakukan tugasnya sebagai seorang tukang gunting.




Sumber: xiancity.cn