
Tanyalah kepada wanita-wanita di luar sana, pasti ramai yang tidak akan menolak sekiranya dijodohkan dengan lelaki kaya. Namun sudah semestinya kekayaan tidak menjamin kebahagiaan jika si lelaki tidak mempunyai keimanan, ketegasan dan juga sifat kepimpinan selaku seorang suami. Pertelagahan di antara Karen Rahman dan Maria Farida kelihatan semakin memuncak, lebih-lebih apabila Karen mendakwa Maria memang terdesak mahu bersuamikan orang kaya menerusi Berita Harian semalam.
