Tuesday 5 June 2012

McCAIN PUJI NAJIB..


McCAIN... kiri


Senator Amerika Syarikat John McCain berkata beliau mengadakan perjumpaan “yang mengesankan" dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila melawat Malaysia minggu lepas dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang “reformis yang hebat".


"Saya mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia - seorang reformis hebat yang meningkatkan hubungan Amerika-Malaysia," tulis McCain dalam mesej tweeternya.


Senator McCain dan Senator Joseph Lieberman melawat Malaysia pada 30 Mei atas jemputan Majlis Perniagaan Malaysia bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012, yang dilancarkan Najib.


Semasa di sini, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Najib dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selain berjumpa dengan pemimpin masyarakat perniagaan dan awam dan juga wakil parti-parti pembangkang bagi membincangkan pelbagai isu.


Kedua-dua senator itu berkata mereka tertarik dengan kemajuan Malaysia terutama dalam bidang keusahawanan dan amalan perdagangan bebas.


Kami amat tertarik dengan keusahawanan, sistem harga bebas di sini dan proses ekonomi yang kami telah perhatikan dan kami amat bangga kerana berpeluang berada di sini," McCain memberi persidangan akhbar bersama dengan Lieberman. - BERNAMA


***Try tanya McCain.... berapa juta yg disumbat ke mulutnya untuk mengeluarkan pujian ni...

TIPS MENGHAFAL AL-QURAN


Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. Tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di ingati.

Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. Sebagai contoh hendak hafal surah ali-imran. Mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut, lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. Pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru.

Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. Hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. Kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. Kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. Banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. Ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. Contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

Jauhi amalan maksiat. Jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. Utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. Pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. Biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.

TENTERA SYAITAN USTAZ AZHAR...

Ustaz "bersentimen dan beremosi politik kepartian" iaitu Si Azhar Idrus mengelar UMNO dan BN adalah tentera syaitan sebab luluskan lesen arak.


Oleh yang demikian untuk lebih adil, ramai-ramai tertanya2 dan nak tanya si Azhar Idrus ni, Kerajaan PAS Kelantan juga luluskan lesen arak, adakah PAS Kelantan termasuk Nik Aziz tentera syaitan jugak..?

Ramai yang masih ingat, sewaktu PAS menjadi pembangkang di Kelantan selama 12 tahun, antara 1978 dan 1990, setiap hari pemimpin PAS mengutuk kerajaan negeri pimpinan UMNO kerana meluluskan lesen arak. Macam-macam hujah dan fatwa dikeluarkan mereka untuk menunjukkan betapa kerajaan negeri UMNO tidak Islamik kerana meluluskan lesen penjualan arak.

Akhirnya, sejak PAS memerintah dari tahun 1990, kerajaan negeri PAS melakukan perkara sama. Malah lebih teruk lagi, kerana telah menambah bilangan premis yang menjual arak di negeri yang digelarkan Serambi Mekah dan Nik Aziz sendiri mengaku luluskan 44 lesen arak.



Untuk bandar Kota Bharu sahaja – yang mereka panggil Bandar Islam – terdapat 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”. Ini termasuk yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan dan masjlis daerah.


Rasional yang diguna Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mengeluarkan lesen arak ialah “jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.” 

Maksudnya, kerajaan Kelantan mengeluarkan lesen arak untuk memudahkan orang bukan Islam dan peminum arak menikmati minuman keras.

Kata Nik Aziz lagi: “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.”

Ketika mana beberapa pemimpin PAS cuba menepis serangan psikologi dan ideologi DAP mengenai penubuhan negara Islam sebagai impian parti itu, Exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS negeri itu bersedia menambah pengeluaran lessen premis minuman arak mengikut keperluan penduduk bukan Islam.

Dengan bangga, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras.

Dia dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu dikalangan mereka, malah bersedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka.”






***Ustaz Azhar dah terlalu taksub dengan PAS.... apa yang kerajaan buat haram belaka... tetapi jika yang haram itu kena pada PAS, automatik boleh jadi halal.. Lu sudah jadi 'ustaz' tentera syaitan kepada Nik Aziz ke????

KENAPA 2 AHLI PANEL SIASATAN KHAS PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 TARIK DIRI SERTA-MERTA...???!!!!!



2 orang Ahli Panel Siasatan Khas Perhimpunan BERSIH 3.0 hari ini mengambil keputusan untuk menarik diri berkuatkuasa serta merta.

Mereka ialah:- 

1- Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.
2- Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Sebelum ini, Kerajaan telah melantik 6 Ahli Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Ia terdiri daripada:-

1-Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, Pengerusi.
2-Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,
3-Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar, Sin Chiew Liew Peng Chuan,
4-Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.
5- Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.
6- Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.
  
Adakah kedua-dua mereka tidak bersetuju dengan pandangan Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar, sebagai Pengerusi.

Sudah tentu ada sebab-sebabnya dan kita tunggu kenyataan rasmi masing-masing.

Sumber KLPos

LIPAS BERSARANG DALAM TELINGA JURUTERA KOMPUTER....!!!






Jika anda bukan seorang jurutera komputer, mungkin peluang untuk lipas itu bersarang di telinga anda adalah rendah......tetapi keasyikan anda menghadap komputer mungkin memberi peluang yang cerah kepada lipas untuk berbuat demikian......


Untuk itu mari kita saksikan ‘susah payah’ seorang pakar bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. N.Ahilasamy dari Chennai, India mengeluarkan lipas yang dah ‘bersarang’ dalam lubang telinga seorang pesakitnya yang juga jurutera perisian komputer ni.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar tahun 2008.
Agaknya macam manalah telinga mamat tu boleh jadi sampai macam ni punya teruk…terlalu lama depan komputer ka?
Pada yang rasa ada ‘sesuatu’ dalam lubang telinga anda, baik cepat-cepat pergi klinik buat pemeriksaan.
Mana tahu, bukan hanya lipas, takut-takut kutu babi pun sudah BIKIN RUMAH kat dalam telinga kita..!!!

VIDEO: Lipas Bersarang Dalam Lubang Telinga!

MISLINA YANG BERGELANDANGAN.... DAN HIDUP DALAM KUBUR....



Kerana kesempitan hidup ada masyarakat Filipina yang menjadikan kawasan kubur sebagai kediaman mereka.Mereka mengubah suai tembok bangunan dan memasang bumbung dan menjadikan kubur individu sebagai rumah mereka.


Ada juga kubur yang dijadikan tempat bersantai dan sekolah tadika tempat pembelajaran mereka.Kesempitan hidup memaksa mengenepikan perasaan takut.Pemandangan ini dapat dilihat di Utara Manila.


Keadaan ini menyebabkan keresahan penduduk Kota Manila kerana beberapa tembok kubur dipecahkan dan mereka mengeluarkan mayat serta menjual keranda untuk menyara kehidupan mereka.


Kubur itu di bongkar dan dijadikan tempat tidur mereka.Mayat-mayat pula di buang kedalam satu lubang yang terbiar.Waris si mati merasa terkejut kerana kubur keluarga mereka menjadi rumah pendatang haram dan lubang -lubang kubur tempat permainan kanak-kanak.


Pihak penguatkuasa cuba menghalau pendatang-pendatang ini tetapi tidak berjaya kerana penglibatan ahli  politik yang simpati keatas pendatang haram ini merumitkan urusan mengusir mereka.

MEREKA MENJALANI KEHIDUPAN BEGITU KERANA KESEMPITAN HIDUP....
BERBEZA DENGAN MISLINA....
SANGGUP MEREMPAT HANYA KERANA SEBUAH BUKU HOMELESS BY CHOICE...
MUNGKIN TIDAK ADA PENGLIBATAN AHLI POLITIK...TETAPI BERJAYA DIAMBIL KESEMPATAN OLEH PAS UNTUK  TURUT SAMA BERDEMO DI DATARAN MERDEKA MENYOKONG BERSIH 3.0!!!
Kenapa PAS.... kerana colinya berwarna hijau!!!!
LIHAT di sini

IKUTI KISAH SETERUSNYA KENAPA WANITA BOTAK INI SANGGUP HIDUP BERGELANDANGAN...