Monday 23 April 2012

BLOGGER, FACEBOOKER DAN CYBERTROOPER SEPENUH MASA BERISIKO MATI CEPAT..!!!??? HUH..???


Menurut penelitian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam per hari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat.

Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum saat orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen.

Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.

Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama. Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan layar,” kata Stamatakis, seperti diambil dari Examiner.

Stamatakis menyebutkan, dari penelitian, mereka juga menemukan bahwa 48 % orang yang menghabiskan waktu 4 jam di depan komputer berturut-turut juga berpeluang mengalami kematian lebih cepat akibat faktor lain di luar jantung.

Lebih lanjut, mereka yang menghabiskan lebih dari 5 jam di depan komputer per hari, risiko mati lebih cepatnya naik secara signifikan.

Sebelumnya, diperkirakan bahwa mereka yang menghabiskan waktu terlalu banyak di depan komputer, atau juga di depan televisyen, merupakan orang yang malas bersenam dan menyebabkan munculnya penyakit. Namun, dari data yang didapat, tidak demikian.

“Orang yang bersenam secara tetap di waktu lapang mereka juga memiliki peluang untuk mati lebih cepat,” kata Stamatakis.

Peneliti meyakini bahwa penyebabnya memang adalah duduk yang terlalu lama. Posisi tersebut diketahui menyebabkan penurunan 90 % lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. 

Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber masalah.

Akan tetapi, ada penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari. “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak,” kata Stamatakis.

“Itu akan menurunkan masalah-masalah tersebut dan mungkin akan meningkatkan peluang Anda untuk hidup lebih lama.

SHAFIE AFDAL NAFI HUBUNGAN DENGAN ZAHIDA..


Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.
“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
Shafie Afdal Nafi Dakwaan Pemandu Zahida

VIDEO : PAS TIDAK IKUT SUNNAH..???


Penyokong PAS yang rajin jenguk ke sini.... jangan nk baran tak tentu pasal bila baca tajuk artikel di atas tu ye!  Tengok dan baca sampai abis dulu. Pastu korang nk komen, korang punya pasal. TETAPI.... sebagai tetamu di sini, takkan lah korang nk komen yang menyakitkan hati tuan rumah kan??? Hehehehe.....

IKUTI VIDEO BERIKUT UNTUK LEBIH JELAS...!!!


Wah! Berani betul beliau kata PAS macam tu ye. Siapakah beliau? Apa hubungkait beliau dengan PAS kat Malaysia ni?? Nama beliau adalah SHEIKH IMRAN NAZAR HOSSIEN. Beliau berketurunan Pakistan tapi lahir di Trinidad & Tobago. Pernah bersekolah tinggi (Universiti) di Pakistan dalam pelbagai displin dan bidang pengajian. Beliau adalah graduan dari Institut Aleemiyah Pakistan, Universiti Karachi, Universiti West Indies, Universiti Al Azhar dan Institut Perhubungan Luar Negara di Switzerland. Belaiu pernah bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Luar Negara di Kementerian Hal Ehwal Luar Negara Trinidad & Tobago tapi berhenti pada tahun 1985 untuk  menumpukan seluruh usahanya kepada perkembangan dakwah Islam di seluruh dunia. Info selanjutnya mengenai beliau di sini IMRAN HOSSEIN.

SUMBER  :  Jas Salleh

PENDIDIKAN PERCUMA : PAS TAK MALU MINTA RM20 DARIPADA ANAK KECIL SETIAP BULAN..!!!


NAMPAKNYA strategi Pakatan Haram mahu menipu rakyat dengan agenda memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma membawa padah kepada diri mereka sendiri. Kononnya, mahu menyerang kerajaan, tapi nampak “peluru makan tuan”…
Pakatan Haram mendesak agar rakyat diberikan pendidikan percuma, tapi mereka sendiri tidak memberikan pendidikan percuma di pusat-pusat pengajian tinggi yang bernaung di bawah parti mereka.
Sebagaimana kita tahu, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) merupakan sebuah intitusi pengajian yang bernaung di bawah PAS. Malah IPTS itu kini beroperasi sepenuhnya di Markaz PAS di Taman Melewar dan banyak mendapat bantuan dari parti itu.
Persoalannya, jika benar PAS mahu rakyat mendapat pendidikan secara percuma, mengapa perlu mengenakan yuran terhadap para mahasiswa di KUIZM?
Menurut laman rasmi IPTS milik penuh PAS itu, seorang pelajar yang mengambil kursus diploma sahaja, dia perlu membayar sebanyak RM1,500 untuk satu semester! Bayangkan berapa banyak semester yang harus dilalui oleh seorang pelajar untuk tamat kursus diploma…
Selalunya, seorang pelajar memerlukan selama enam semester untuk menamatkan kursus diploma di dalam tempoh 3 tahun. Dalam ertikata lain, untuk yuran sahaja, para pelajar perlu membayar sebanyak RM3,000. Bagaimana pula dengan kos sara hidup mereka yang tinggi di Lembah Klang?
Saya musykil, sekiranya PAS ikhlas mahukan pendidikan percuma untuk rakyat, mengapa KUIZM tidak memansuhkan saja yuran sebanyak RM1,500 setahun itu? Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan beban yang perlu dibayar para pelajar di KUIZM…
Saya juga difahamkan bahawa ramai di kalangan penuntut di universiti itu meminjam wang dari PTPTN untuk menampung kos pengajian mereka di KUIZM. Selalunya, PTPTN hanya akan meluluskan pinjaman sekiranya pelajar itu mempunyai surat tawaran dan sokongan dari IPT.
Persoalannya, mengapa IPTS milik PAS itu tidak menghalang para mahasiswanya untuk meminjam dari PTPTN? Mengapa pula di sokong? Mengapa pula PAS tidak memberikan bantuan ikhlas bagi para mahasiswa di KUIZM?
Sepatutnya, para mahasiswa KUIZM beramai-ramai berkampung dan berkhemah di depan Markaz PAS di Taman Melewar itu sebagai protes menuntut pendidikan percuma dari PAS! Sepatutnya PAS membiayai pendidikan mereka sepenuhnya. Barulah layak suruh Kerajaan BN mansuhkan PTPTN..!
Mengenai pendidikan percuma, rasanya tidak perlu kita beri contoh pendidikan yang mahal untuk memulangkan “paku buah keras” kepada PAS. Kita sebut tentang Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih dikenali sebagai PASTI.
Setahu saya, PASTI sendiri mengenakan yuran kepada murid-murid tadika itu. Sekurang-kurangnya, waris murid PASTI perlu membayar sebanyak RM20 sebulan untuk pendidikan anak mereka di pusat asuhan milik penuh PAS itu.
Takkanlah RM20 pun nak berkira? Mengapa tidak mansuhkan saja yuran bulanan itu? Sebulan RM20, setahun baru RM120. Takkanlah itu pun PAS tak mampu nak taja anak-anak kecil itu? Lagipun, kebanyakkan yang belajar di PASTI pun anak-anak orang PAS juga, kan?
Jadi, takkanlah dengan anak-anak orang PAS pun nak berkira juga? Padahal, PASTI pun mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa itu untuk “sayang Tok Guru” juga, kan? PASTI ajar untuk “sayang PAS” juga, kan? Kalau setakat RM20, takkanlah itu pun menjadi “kudis” buat PAS..?
Rasanya, kalau anak-anak PASTI itu berkhemah di depan PASTI masing-masing menuntut PAS mansuhkan yuran bulanan pendidikan mereka, bagaimana rupa riak muka para pemimpin PAS? Mungkin merah padam menahan malu.
Hanya kerana RM20, pemimpin PAS malu untuk seumur hidup kepada beberapa anak kecil!

GANGGUAN MAKHLUK HALUS PUNCA PELAJAR UPSI TERJUN BANGUNAN...???!!!



Pada 21 April 2012 lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terjun dari bangunan dan maut. Salah satu puncanya kenapa Fatimah Mina Md Juferi melakukan perbuatan itu ialah beliau dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, sehingga maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam. 

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.




sumber : di sini

TREND TERKINI PAS : BERMINAT TERHADAP BEKAS ORANG KUAT KERAJAAN UNTUK DICALONKAN DALAM PRU 13!!!


PAS Meminang Ramli Yusoff, Abdul Kadir Bertanding Dalam PRU13



PAS telah mula berkempen untuk merekrut bekas orang kuat kerajaan dengan harapan dapat meningkatkan sokongan terhadap parti Islam berkenaan dengan pilihan raya ke-13 semakin hampir.
The Malaysian Insider difahamkan, parti Islam itu sedang cuba untuk memikat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusoff termasuk bekas ahli jawatankuasa tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) untuk bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya akan datang.
Ramli telah berulangkali memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa Peguam Negara, dan Abdul Kadir telah mengumumkan keluar Umno bulan lalu selepas menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Kedua-dua pemimpin berkenaan adalah individu yang kritikal dan vokal terhadap pentadbiran kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin parti Islam telah mengesahkan mereka telah membuat “pelawaan” tidak rasmi kepada kedua-dua tokoh tersebut supaya menyertai PAS, namun Abdul Kadir dan Ramli masih lagi belum membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Mereka adalah antara nama yang telah disebut, namun masih lagi belum ada keputusan daripada kedua-dua mereka,” kata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kepada The Malaysian Insider semalam.
Ketua penyelidik PAS, Dzulkefly Ahmad berkata, penyertaan kedua-dua pemimpin itu ke dalam PAS akan memberikan banyak kelebihan kerana mereka akan membekalkan maklumat lengkap berkenaan jenayah yang telah dilakukan kerajaan BN suatu masa dulu.
“Mereka berasal daripada sistem. Ini adalah orang yang kritikal terhadap sistem, pernah menyokongnya. Mereka juga pernah melihat segala kekurangan sebelum ini, itu akan didedahkan dan digunakan bagi memusnahkan sistem sedia ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Mereka adalah contoh terbaik individu yang pernah bekerja dengan BN yang korup, yang kini tidak lagi tahan untuk terus bekerjasama dengan BN, dan mahukan kerajaan yang lebih baik,” kata pemimpin PAS itu.
Namun Dzulkefly menjelaskan, beliau tidak akan menolak kemungkinan kedua-dua pemimpin itu dilihat sebagai pemimpin lapuk idea, namun memandangkan umur dan perkhidmatan yang yang telah mereka lakukan dengan kerajaan.
“Mereka perlu dinilai daripada diri mereka sekarang, apa yang mereka katakan,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dipetik sebuah portal online semalam berkata parti Islam itu akan meletakkan Ramli sebagai calon dalam PRU akan datang.
Namun apabila dihubungi, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan Ramli masih lagi belum memberi kata putus untuk menyertai mana-mana parti politik.
“Saya ada berjumpa beliau (Ramli) beberapa hari lalu … soalan itu ditanya, namun beliau masih lagi belum membuat sebarang keputusan.
“Tunggu dan lihat, kita tunggu dan lihat,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.
Abdul Kadir mengesahkan PAS dan PKR telah “mencadangkan” agar beliau menyertai mana-mana daripada kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sebelum pilihan raya, namun berkata beliau masih lagi belum membuat “sebarang keputusan” untuk menyertai mana-mana parti politik sekarang ini.
Bekas menteri itu berkata beliau ada menyertai ceramah PAS sebagai panel, dan akan terus menyertai perhimpunan dan program PR.
“Saya ada banyak masa terluang, jadi saya boleh menghadiri ceramah-ceramah ini,” tambahnya. -The Malaysian Insider-

PARTI POLITIK MANA TAJA SISWA BERLATIH BERDEMO..???

GAMBAR HIASAN


BATU PAHAT: Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendedahkan, sebuah parti politik menaja mahasiswa untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.


Sebelum dihantar mengikuti kursus ‘demonstrasi jalanan’ itu, mahasiswa itu dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan.


Mereka yang mendedahkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi pada satu majlis pertemuan minggu lalu, berkata seorang pelajar IPTA yang digantung pengajian dan sering kelihatan pada setiap demonstrasi jalanan yang membabitkan parti politik itu, turut dihantar bersama mereka ke Indonesia.

Selain itu, mereka juga dihantar ke lapangan bagi memerhatikan bagaimana peserta demonstrasi melakukan provokasi dan menimbulkan kekacauan kepada ketenteraman awam serta pihak berkuasa selain diajar mengenai doktrin manipulasi bagi mendapat perhatian awam dan paling utama media dan NGO asing.

Difahamkan parti itu semakin giat menghantar mahasiswa untuk tujuan itu, sejak tahun lalu.

Mohd Puad berkata, dua mahasiswa itu juga berkata, mereka dijanjikan pelbagai habuan termasuk wang ringgit dan semua perbelanjaan ditanggung oleh parti politik itu.


“Mereka juga diberi jaminan akan dibela dan 'dijaga' jika dikenakan tindakan disiplin atau undang-undang daripada pihak universiti dan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Mesra Rakyat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kawasan Batu Pahat 2012, di Kampung Sungai Jambi, Rengit, dekat sini, semalam.

Mohd Puad berkata, mahasiswa itu memberitahunya, provokasi yang dilakukan amat penting bagi mendapat perhatian media asing yang kemudian akan merakamkannya sebelum menyiarkan ke seluruh dunia.

“Mahasiswa itu turut ditanamkan dengan doktrin bahawa mereka dijulang sebagai wira jika gambar demonstrasi mereka disiarkan media antarabangsa,” katanya.

Pendedahan mahasiswa ini katanya, memberi pengesahan dakwaan ada parti politik di negara ini menerima dana asing yang disalurkan NGO luar bagi menimbulkan kekacauan dalam negara.

“Jika tidak masakan mahasiswa bersetuju dengan arahan dan menerima ideologi mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan jika tidak dijanjikan kemewahan hidup selain dihantar ke luar negara untuk dilatih berdemonstrasi dengan segala perbelanjaan ditanggung,” katanya.

Difahamkan pelajar institusi pengajian tinggi ini dihantar secara berperingkat sekurang-kurangnya 10 orang setiap perjalanan dan tinggal di negara yang dipilih kira-kira dua minggu.

Ada juga di antara mereka yang pulang ini melatih pelajar lain termasuk dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE