Saturday 21 February 2015

PAMER KASUT KULIT BABI, KEDAI NEW BALANCE MINTA MAAF



KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial.

Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.


NASI LEMAK TETEK 'LARIS' DI MEDIA SOSIAL


Demi melariskan perniagaan kecil-kecilannya, seorang peniaga sanggup mencipta nama menu nasi lemak berunsur lucah. Dengan menggunakan nama 'Nasi Lemak Tetek' ianya menjadi laris dengan tiba-tiba di media sosial.  Tidak di ketahui dengan jelas di mana lokasi sebenar gerai ini, tetapi dipercayai berlaku di Malaysia. Namun, ada juga yang mendakwa gambar ini dari negara jiran.

ANWAR CUBA MERASUAH PEGAWAI PENYIASAT UNTUK PALSUKAN KETERANGAN KES LIWAT ???



Pegawai penyiasat kes liwat II, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) menolak tawaran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memalsukan keterangan berkaitan dengan kes tersebut.

LELAKI KL BIAYAI REMAJA 14 TAHUN LARI KE SYRIA SERTAI IS



KUALA LUMPUR : Remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki dalam perjalanan ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dibiayai seorang lelaki di bandaraya ini.

USTAZ DUSUKI MENGAKU REKA CERITA TAHYUL ALLAHYARHAM NIK AZIZ ???


Akhirnya Ustaz Dusuki tampil dan menceritakan sendiri kisah tahyul TG Nik Aziz tahajjud di ICU yang beliau sendiri reka dan sebarkan. Ada yang saya terima dan ada juga yang saya tidak bersetuju dengan penjelasan beliau. Tetapi yang paling mendukacitakan, beliau masih tidak mahu mengaku yang kisah tahyul itu adalah rekaannya sendiri dan cuba menyalahkan pihak yang lain.

KASUT KULIT BABI


PULAU PINANG - Seorang penguna laman Facebook minggu lalu telah memuat naik status yang mendedahkan perihal sebuah kedai di Queensbay Mall yang terang-terangan menjual kasut kulit babi kepada pelanggan beragama Islam.

BAGAIMANA KITA NAK 'LAWAN' ISU BEGINI ???


Rafizi perlu menerangkan peranan yang telah dimainkannya di Australia, sehinggakan akhbar Australia tersalah lapor dan meletakkan gambar seorang penyanyi Korea yang telah membunuh diri yang dikatakan sebagai Altantuya Shariibu. Rafizi Ramli juga perlu menceritakan berapa banyak bayaran yang telah dibuat kepada Akhbar The Age Australia yang terkenal dengan prinsip 'SIAPA BAYAR, BERITANYA DISIARKAN'.  Mengapa terlalu ketara sangat, selepas bergegas pemimpin PKR melawat Australia dan mencari Sirul Azhar, benda-benda ni pun mulai disiarkan di Australia?

3 PARAH, 13 CEDERA, BOM BUATAN SENDIRI DILETUPKAN DI KEDAI KARAOKE

PASUKAN penyelamat Thai bertungkus-lumus memadamkan kebakaran disebabkan serangan bom kereta di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, hari ini. - Foto EPA

NARATHIWAT: Sebutir bom buatan sendiri diletupkan di hadapan sebuah kedai karaoke di sini hari ini, menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

DR. HARUN DIN 'NAJIS UMNO DALAM PAS' ...???


Tulang Besi Malaysiawaves menuduh Datuk Dr Harun Din sebagai ‘najis UMNO dalam PAS’ sebagai justifikasi membantah beliau dilantik sebagai Muryidul Am PAS.


Menurut Tulang Besi, individu yang paling layak menjawat jawatan Muryidul Am PAS adalah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau ahli-ahli PAS benar-benar mengangkat Haji Hadi ke taraf ulama, maka tiada lagi calon lain yang layak menjadi Mursyidul Am kecuali Ustaz Haji Hadi Awang.


Kalau tidak, maka mereka yang konon mendokong Presiden PAS ni hanya cakap sahaja.


“Adapun Harun Din memang tak layak menjadi Mursyidul Am kerana beliau adalah sebab utama najis UMNO masuk ke dalam PAS,”katanya.

Namun, kenyataan terbaharu Tulang Besi itu kontradik dengan kenyataan sebelumnya yang turut menuduh Hadi juga pro UMNO.Dalam satu tulisan di malaysiawaves.net semalam, Tulang Besi menyiarkan satu rakaman video dengan menuduh Hadi telah membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk berkerjasama dengan UMNO.

“Dalam rakaman program dalaman PAS yang saya dedahkan, Presiden PAS sudah pun menyatakan pendirian beliau.“Bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan UMNO sekalipun membelakangkan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat i.e dalam isu persempadanan.“Ia juga menjadi sebab Hadi menyebut isu hukum syariah dalam kenyataan pertama beliau selepas Anwar dipenjara,”kata Tulang Besi.

Dalam rakaman video yang disunting, Hadi dipetik berkata;

“…Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS.

“Ini boleh kita buat. Dinamakan ta’awun – ta’awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS! Ini boleh kita kerjasama. Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50. PAS dapat 10 kerusi cukuplah!

“Ada orang PAS yang macam tu! Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! Kalau ada orang PAS macam itu!

“Ini, dengan sebab ada perbincangan.Dan di mana tahalluf ini fleksibel. Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini….