Surat cinta yang ditulis ketika dalam penjara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilelong pada harga tertinggi RM50,000 malam tadi.
Surat ini ditulis Ketua Umum PKR itu ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh itu dibeli oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin.
Sebelum acara lelongan dijalankan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR naik ke atas pentas dan membacakan kandungan isi surat itu untuk penonton yang hadir dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Malawati di sini.
Antara kandungan surat itu menjelaskan perasaan kasih sayang Anwar terhadap isterinya dan keluarga selain usaha meracuninya menerusi makanan disajikan di dalam penjara.
Dr Wan Azizah juga diminta mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kartunis Zunar.
Majlis tersebut bertujuan memgumpul dana PR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)