Monday, 11 June 2012

KISAH MASYARAKAT DUNIA : ADAT-ADAT PERNIKAHAN YANG PELIK....

Pernikahan dapat menjadi sebuah momen indah dan penuh kebahagiaan yang menandai penyatuan dua insan. Uniknya, pernikahan seringkali dilangsungkan dengan berbagai adat.
Bahkan tak jarang di tengah kebahagiaan tersebut, pasangan harus melewati prosesi adat yang aneh dan irasional. Ada beberapa tradisi pernikahan yang dianggap paling aneh di dunia. Di antaranya berikut ini:

5. Menculik pengantin wanita di Rom

Kebanyakan malam pengantin dihabiskan dengan cara romantis tetapi tidak dengan adat pernikahan di Rom. Pengantin lelaki diharuskan "menculik" pengantin wanitanya. Budaya ini kental pada kehidupan kaum gipsi Romawi. Bila seorang lelaki berhasil menculik seorang gadis dan menyembunyikannya selama dua-tiga hari, ia akan resmi menjadi isteri. 


4. Menikahi haiwan di India

India tak asing dengan berbagai cerita tahayul, termasuk dalam pernikahan. Suku Santhal di India percaya, jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di bahagian atas gusi terlebih dulu, itu sebuah pertanda ia akan dimakan harimau dalam waktu dekat. Kerana itu, ia harus menikah dengan seekor anjing untuk menghapus pengaruh buruk tersebut. 

Kisah ini dialami seorang anak usia sembilan tahun, Karnamoni Handsa, yang menikah dengan seekor anjing. Pernikahan ini dibuat meriah dan dihadiri 100 orang tamu. Setelah upacara pernikahan "mengusir setan" selesai si gadis dapat menikah dengan pemuda manusia.

3. "Menghitamkan" pengantin wanita di Scotland

Ada kebiasaan unik dalam adat pernikahan di Scotland. Saat pernikahan, pasangan pengantin memakan isi perut kambing dan pengantin lelakinya memakai pakaian sejenis skirt. Selanjutnya, pengantin lelaki, keluarga dan teman-teman akan menyirami pengantin wanita dengan telur mentah, air kotor, sos dan susu basi. Kebiasaan "menghitamkan pengantin wanita" merupakan ritual pernikahan yang sangat tua yang dilakukan setelah ikrar pernikahan. 

2. Pengantin wanita harus gemuk

Beza dengan standar kecantikan umumnya, di Mauritania wanita cantik adalah wanita berukuran besar. Bila seorang wanita akan menikah, mereka akan ditempatkan pada sebuah kampung yang disebut "penampungan lemak" untuk "menghilangkan" kedut dan lebih menarik. 

Ritual "Leblouh" dalam bahasa lokal mewajibkan gadis yang akan menikah menyantap segala macam makanan agar gemuk dengan cepat. Menu makanan harian terdiri dari dua kilogram daging dan lima galon susu unta tiap hari. Jika mereka memuntahkannya, petugas pengawas akan menyiksa mereka.


1. Pengantin dilarang buang hajat


Tradisi di semenanjung Kalimantan ini tak kalah aneh. Setelah ritual pernikahan yang membahagiakan, suku Tidung mewajibkan pasangan pengantin harus menunda membuang kotoran besar mahupun kecil selama 72 jam atau sekitar tiga hari tiga malam. Sehingga, pasangan pengantin akan dibatasi makan dan minum dan diawasi agar tidak ke toilet. Jika menjalani ritual ini, pasangan akan menjalani pernikahan bahagia, dianugerahi anak yang banyak dan sihat.

APABILA.....NIK AZIZ (AHLI POLITIK) vs HARUSSANI (MUFTI)....


NIK Aziz Nik Mat ialah ahli politik. Harussani Zakaria pula ialah seorang mufti.
 
Nik Aziz, dalam istilah sains politik ialah seorang political animal. Ini kerana kerjayanya, mata pencariannya ialah sebagai seorang ahli politik. 
 
Harussani pula ialah penjawat awam yang dilantik sultan sebuah negeri.
 
Tugasnya ialah berkaitan hal ehwal agama Islam. Antara tugas besarnya ialah menasihati raja atau sesiapa sahaja mengenai hukum-hakam agama Islam serta menegur jika perlu.
 
Beliau ialah ejen untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terbela.
 
Oleh itu, apabila Nik Aziz menyifatkan Harussani 'gatal mulut' kerana menegur atau menasihatinya itu bermakna, Nik Aziz menafikan peranan Harussani sebagai mufti.
 
Mufti tidak boleh hanya menutup mulut dan berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ahli-ahli politik seperti Nik Aziz yang sudah menyimpang jauh daripada landasan.
 
(Bisik-Bisik Awang Selamat, Utusan Malaysia)
 

CANTIK...POPULAR.... TAPI BERGADUH....!!!

 

Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.
Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.
“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”
“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”
Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.
“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.
Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?
-ROTIKAYA-
**Kalau dah artis.... pempuan pulak tu....kalau tak kontroversi lambat popular pulak kan..... huh!

BARANG PENINGGALAN RASULULLAH SAW...???


Nabi Muhammad SAW adalah Rasul agung dan terakhir.... baginda lahir pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah bertepatan pada 20 April 571 M.
Baginda wafat ketika berusia 63 tahun pada 12 Rabiul Awwal 11 H...

Berikut dipaparkan beberapa barang yang kononnya adalah peninggalan Rasulullah SAW....


Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui solat, selawat-selawat dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengobati kerinduan kita yang sangat dalam kepada yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan pribadi mulia panutan alam??
Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….
(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …)
Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam …

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bahagian dari baju gamis Nabi SAW )

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap mohor surat Nabi SAW)


Tapak kaki Rasulullah SAW


Dua helai rambut Rasulullah SAW


Peninggalan gigi dan rambut Nabi


Antara pedang-pedang yang pernah dimiliki Nabi


Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas


Busur Panah Nabi SAW


Baju dan barang-barang Rasulullah SAW


Antara sandal peninggalan Rasulullah SAW tercinta


Sumber:myibrah.com

BENARKAH....???

BONGKAR..!!! PENDEDAHAN M.KAYVEAS!!!



Pendedahan M Kayveas merupakan suatu kejutan buat semua rakyat jelata yang selama ini sentiasa di bendung kesedaran mereka dalam pembohongan Pakatam. Sedarlah wahai semua rakyat jelata Malaysia ! Bangkitlah dari lamunan mimpi-mimpi yang di jual oleh PAKATAM SI SAUDAGAR MIMPI !

Sebagai tambahan dan panduan buat semua, berikut disenaraikan perkara-perkara di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tentang hebat dan mahu dihapuskan terus oleh puak PAKATAM KEPALA LEMBU HITAM penganut SOSIALISMA sejak sepuluh tahun sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini.
,
1. Artikel 11.
Kesamarataan dlm agama.
Tentangan terhadap Artikel 121 (A) Hirarki mahkamah sivil & Syariah
Akta Kehakiman ( Act of Judicature ) Bidangkuasa Mahkamah Sivil
Senarai Negeri ( State's List)
Civil Law Act ( Akta Undang2 Sivil ) _ Bidangkuasa Mahkamah Sivil -Hak penjgaan
anak.
Akta Interpretasi
Kes-kes yg telah diputuskan sejak merdeka sehingga kes Lina Joy.
(yang mencabar kesahihan agama Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan)
Disilang rujuk kepada Piagam Hak-Hak Asasi Manusia dan teori terkini.

2. Contstitution Supremacy
Perlembgaan mgatasi mana-mana undg2 yg berlawanan dgn nya.
Penakrifan Artikel-artikel dlm Perlembagaan -- Kuasa-kuasa Mahkamah , eksekutif
& Legislatif

3. Teori Persekutuan oleh Dicey.
Pemisahan kuasa antara 3 organ kerajaan.

3 organ kerajaan.-- Kehakiman, eksekutif & Legislatif ( Dewan Rakyat & Dewan
Negara , Dewan Undangan Negeri )

Kehakiman ---
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara.
Ikatan duluan ( Binding Precedence )
- Kes-kes yg diputuskan oleh Privy Council.
Semakan Kehakiman ( Judicial Review)

Eksekutif
Perlantikan Ketua Eksekutif -- PM
Jawatan Timb PM ( mmg xde dlm Perlembagaan)
Memperolehi kepercayaan majoriti dlm Parlimen.

Legislatif

Pindaan Perlembagaan --- 2/3 majoriti.

Teori -- Check & Balances ( Imbang & Semak -- SELCAT )

Teori

4. Teori Raja Berpelembagaan.
Bahawa institusi beraja hanya simbol tidak ada kuasa mutlak dan perlu menerima
nasihat kabinet, menteri , Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Bahawa institusi Raja Berperlembagaan Malaysia mgkut resam Raja
Berpelembagaan Britain.

5. Artikel 8 : Hak samarata / Equality before the law.
Hak Istimewa Melayu.
Takrifan Melayu dlm Perlembagaan
Hak-hak kewarganegaraan.

6. Perjanjian Malaya 1948/ Perjanjian Malaysia 1963

7. Lapuran Suruhanjaya Reid.

8. Dan yg paling penting adalah mengenai fakta bahawa pengistiharan Darurat.
Tahun 1963 - Darurat diisytiharkan dan pengisytiharan ini tidak pernah ditarik balik
oleh Parlimen yg bersidang pada 1974.

Untuk pembacaan dan hujah-hujah bernas dan pakar rujuk :-

1. Professor Shad Faruqi - UiTM S.Alam - Fakulti Undang-undang.
2. Undang-undang Malaysia -- Tun Suffian
3. Kumpulan keputusan2 KDYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah
4. Buku-buku yg ditulis dan dikarang oleh Sultan Azlan Shah.
5. Buku teks Dicey
6. Buku teks Jurisprudence terutama buku ' LAW FOR DUMMIES'
7. Malayan Law Jurnal - MLJ
Makalah Undang2 terutama edisi2 dari tahun 1957 sehingga krisis perlembagaan
1988.

SUMBER

OKU DAP MASUK HOSPITAL...




Dikhabarkan, Pengerusi DAP Karpal Singh jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
Tetapi ianya disangkal oleh anak kedua beliau, Gobind Singh Deo.
Gobind Singh yang juga ahli Parlimen Puchong berkata sudah menjadi perkara biasa bagi bapanya yang berusia 72 tahun itu ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan kesihatan susulan, dua tiga bulan sekali....


Betul ke rawatan susulan biasa atau memang jatuh sakit.....
Hehehe... sapa yang tak kenal dengan anak beranak DAP ni yang terror pusing-pusing cakap.... 


Bukan ke dah selalu kena sumpah Karpal ni....
Atau terkejut tengok berita mengenai kehadiran Rakyat Johor yang memberi sokongan padu kepada Raja-Raja Melayu....



Hehehe.... PAS sedang menanti untuk melangkah mayatnya... jika PAS nak teruskan juga Hukum Hudud.... atau PAS sedang berkira-kira mencarikan bomoh agar lembut hati Karpal dapat mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir....

PERJANJIAN PELIK PR YANG DEKAT DI MULUT SUDAH MEMADAI..???


Apakah sebenarnya corak perjanjian antara parti politik di dalam Pakatan Rakyat Pembangkang....?

Memang lawak bila difikirkan.. perjanjian itu hanya sekadar dekat di mulut sudah memadai.. peliknya..?

Siapa bakal PM (Calon terdekat Lim Guan ENG)
Status negara islam?
Status agama islam?
Status bangsa melayu?
Nasib DEB yang memungkinkan hilang hak-hak orang melayu?

Semua ini dan banyak lagi isu tergantung tanpa apa-apa perjanjian antara Pakatan Rakyat! 
Ada!!! mereka kata ada semasa membentang buku jingga? 
Kalau sudah ada!! Kenapa PAS tidak sedap duduk!!
Mesti ada yang tidak kena yang PAS takut nak dedahkan kerana bimbang kempunan ke Putrajaya. Oleh itu memang Lawak Perjanjian Antara Pakatan Rakyat Sekadar Dekat Mulut Sudah Memadai heheheh jahanam pakatan macam ni!

DITINGGALKAN IBUBAPA HANYA KERANA BERBULU....

Si Cilik Berbulu
Anak siapakah ini..???

GUIZHOU (China) – Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.
Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.
Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.
Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.
Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.
Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.
Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.
Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.
Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.
Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. – DM

JADI BALU PADA HARI PERKAHWINAN......



PATTANI: Pengantin lelaki ditembak mati di hadapan isterinya dan lebih 100 tetamu di majlis perkahwinan di daerah Khok Pho, Pattani, semalam.

Serangan itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di rumah, di mana majlis kahwin itu diadakan, di Jalan Naket-Khok Pho, di tambun Makrut. 

Pengantin lelaki, Yutthana Juyure, 27, dan isterinya Nurasatilah Masae sedang beramah mesra dengan tetamu dan bergaya di hadapan jurugambar.

Pada satu ketika, pengantin lelaki bergerak jauh sedikit daripada isterinya untuk bertemu dengan tetamu yang sedang makan di khemah berhampiran.

Ketika kembali, dia diekori oleh seorang lelaki yang menembaknya enam kali dengan pistol 9mm pada jarak dekat. Yutthana mati di tempat kejadian.

Penyerang itu melarikan diri dengan motosikal meninggalkan pengantin perempuan dan tetamu dalam keadaan panik - Bangkok Post 

NIK AZIZ YANG 'KLUK KLEK'..!!!


FATWA PELIK NIK AZIZ....
HALAL BELAKA BUAT PAS WALAUPUN HARAM......
 AUTOMATIK JADI HARAM BILA KENA KAT UMNO WALAUPUN HALAL..... 

SOLAT 5 WAKTU DISAMAKAN DENGAN KEGANASAN???.....
NIK AZIZ NI NABI ATAU MALAIKAT.....????

DAULAT TUANKU : SULTAN SEBAK, TERHARU SOKONGAN RAKYAT...


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebak ketika menyampaikan titah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.


Sambil menitiskan air mata, Sultan Ibrahim bertitah tidak akan melupakan hari ini yang dianggap amat bersejarah.


Pertama Sekali Saya Ingin Ucapkan Ribuan Terima Kasih Dimana Tadi Saya Dengar Ikrar Taat Setia Dan Sayang Kepada Saya. Begitu Juga, Saya Sayang Rakyat Saya.

Tiada Rakyat, Tiada Raja. Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada. Lagi Satu Saya Nak Ingatkan Semua, Saya Ada Permintaan, Saya Nak Rakyat Saya Semua Bersatu, Tak Kira Kaum, Mesti Bersatu. Bersatu Kita Kuat, Bercerai Kita Runtuh. Saya Tidak Akan Lupa Hari Bersejarah Ini Sampai Bila-Bila.

Titah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri & Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.
10/06/2012 Istana Pasir Pelangi Johor

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

LIHAT VIDEO.....DI SINI