Semalam ada baca berita mengenai kareena kapoor yang tidak mahu memeluk islam meskipun bakal berkahwin dengan saif ali khan seorang muslim. Rujuk sini
Monday, 9 July 2012
'IMAM MAHADI' DISAHKAN MATI.... ?
Lelaki bertubuh 'gendut' yang menggelar dirinya sendiri sebagai 'IMAM MAHADI' yang melakukan serangan nekad bersama isterinya dengan menggunakan PEDANG SAMURAI sambil bertakbir dan 'merapu' kononnya mahu menggulingkan kerajaan, disahkan mati oleh pihak polis < di sini >
Malaysiakini pula melaporkan bahawa, polis mengesahkan lelaki tersebut mati akibat ditembak bahagian tangan dan ari-ari...
< di sini >
Teman jadi keliru kerana laporan awal menyebut.. lelaki itu terkena tembakan yang dilepaskan, pada tangan kanan manakala pasangannya berjilbab hitam tu di peha kiri... tak ada sebut pun pasal bahagian ari-ari...
< di sini >
Mana satu betul ni..???
Huhu... Keliru beb!!
RUMAH HANTU TERBESAR DAN PALING SERAM DI DUNIA... ADA BERANI???
Rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan
2 - 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.
Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :
AMUK DI JPM...??
Pasangan mengamuk di perkarangan JPM
Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketikan dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.
Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.
Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.
Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.
Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.
Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.
AL-FATIHAH : AZAH AZIZ TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
KUALA LUMPUR 9 Julai - Tokoh budayawan yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz, Azah Aziz hari ini meninggal dunia di sini.
Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT YANG MELIMPAH RUAH KE ATAS ROHNYA......AMEEEN.
***Tidak dapat dipastikan beliau meninggal di mana dan sebab apa... maklumat yang teman perolehi < di sini > hanya setakat itu sahaja.
FACEBOOK MINTA MAAF TERPADAM POST MENGENAI KEGANASAN DI SYRIA
Imej dari laporan Pemerhati Hak Asasi Manusia tentang penyeksaan yang Article 19 post-kan di Facebook.
Facebook telah memohon maaf selepas mereka tersilap memadam post kumpulan kebebasan bersuara berikutan penyalahgunaan hak asasi manusia di Syria.
Facebook telah memadam kemas kini status oleh Article 19, yang berkempen untuk kebebasan bersuara, kerana berkait dengan laporan terperinci Pemerhati Hak Asasi Manusia tentang penyeksaan yang didakwa berlaku di negara Arab.
Dr Agnes Callamard, pengarah eksekutif Article 19, menuduh Facebook bertindak seperti "hakim, juri dan penghukum" dalam cara ia mengeluarkan bahan daripada laman web.
Status asal yang dikeluarkan dari page Facebook Article 19 adalah seperti berikut:
"@hrw publishes a shocking report into #torture in #Syria including geo-tagged detention centreshttp://t.co/H24E2VUn ^OS".
Facebook berkata dalam satu kenyataan: "Pautan ini telah dilaporkan ke Facebook. Kami menilai laporan itu secara manual dan kerana kelantangan yang tinggi, kadang-kadang kandungan yang tidak sepatutnya dibuang telah dipadam kerana berlaku kesilapan. Kami minta maaf tentang perkara ini. Organisasi berkenaan..harus cuba post-kan pautan itu sekali lagi."
Facebook telah memadam kemas kini status oleh Article 19, yang berkempen untuk kebebasan bersuara, kerana berkait dengan laporan terperinci Pemerhati Hak Asasi Manusia tentang penyeksaan yang didakwa berlaku di negara Arab.
Dr Agnes Callamard, pengarah eksekutif Article 19, menuduh Facebook bertindak seperti "hakim, juri dan penghukum" dalam cara ia mengeluarkan bahan daripada laman web.
Status asal yang dikeluarkan dari page Facebook Article 19 adalah seperti berikut:
"@hrw publishes a shocking report into #torture in #Syria including geo-tagged detention centreshttp://t.co/H24E2VUn ^OS".
Facebook berkata dalam satu kenyataan: "Pautan ini telah dilaporkan ke Facebook. Kami menilai laporan itu secara manual dan kerana kelantangan yang tinggi, kadang-kadang kandungan yang tidak sepatutnya dibuang telah dipadam kerana berlaku kesilapan. Kami minta maaf tentang perkara ini. Organisasi berkenaan..harus cuba post-kan pautan itu sekali lagi."
THE STORE MOHON MAAF ISU CARLSBERG RAMADHAN
The Store Mohon Maaf Isu Carlsberg Ramadhan. Info Terkini Pihak The Store telah membuat satu permohonan maaf berkenaan isu Carlsberg Ramadhan menerusi laman Facebook The Store.
Terkini dan semasa, masyarakat Islam menggesa pihak pengurusan The Store tampil memohon maaf secara terbuka mengenai Isu Carlsberg Ramadhan jelas menyentuh sensitiviti orang Islam di negara ini.
CHINA ADA TAMAN KHAS UNTUK GAY.... MALAYSIA ADA....???
JIKA DITAKDIRKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA...TIDAK MUSTAHIL... TAMAN KHAS UNTUK GAY SEPERTI DI CHINA INI JUGA AKAN DIUJUDKAN DI MALAYSIA....!!!
NA'UZUBILLAH....!!!
NA'UZUBILLAH....!!!
SUMBER.... dari laman blog terkenal china tt.mop.com
BILA 14 ULAMAK SEPENDAPAT MENGATAKAN NIK AZIZ SESAT...............
BUKAN SEORANG, BUKAN JUGA 2 ORANG.... TETAPI JIKA 14 ORANG DAH SEPENDAPAT MENGATAKAN NIK AZIZ SESAT.... ADAKAH ULAMAK ITU SEMUANYA SAMSENG?? SEDANGKAN TUHAN PUN NIK AZIZ LEH KATA SAMSENG, INIKAN PULAK ULAMAK...????
UMUMNYA masyarakat Islam kesal
dengan dakwaan Mursyiduk Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, bahawa 'Allah lagi samseng'.
Dulu dia pernah menuduh Allah mencarut. Kemudian dia mencetuskan kontroversi
'undi PAS dapat pahala' dan tuduh UMNO sebagai 'barua'. Kenyataan kontroversi
Nik Aziz kali ini mendapat reaksi spontan daripada warga agama tempatan dan
Selatan Thailand.
Ikuti pandangan mereka berhubung
dakwaan Nik Aziz.
Subscribe to:
Posts (Atom)