Di sini penulis ingin
menerangkan dalam Perlembagaan PAS Bab Kedua, Fasal Tiga, sasar PAS adalah
Islam, di mana tujuannya seperti dalam Fasal Lima adalah untuk memperjuangkan
masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya di dalamnya nilai-nilai hidup
Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; sedangkan dalam DAP, matlamat
perjuangannya adalah mewujudkan masyarakat Demokratik Sosialis di Malaysia.
Bertunjangkan kepada Dasar dan Tujuannya ini, PAS telah berusaha membezakan dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -
Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang ada, iaitu aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah, seperti dijelaskan dalam tulisan ini "Hanya PAS, bukan UMNO perjuangkan Islam".
Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur maksiat, terutama judi dan penjualan arak. Antara janji-janji pemimpin PAS dalam ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak.
Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah seperti berikut;
Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud seperti yang ingin di dirikan oleh PAS.
Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.
Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.Apa yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi dan politik.
Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam.
Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan bukan aspek keadilan sosial. Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi, spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, biarpun ditentang hebat oleh PAS.
Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik DAP.Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat mazhab.
Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan golongan khawarij.Ini belum termasuk aspek pelaksanaan dasar-dasar ini lagi. Sesuatu yang dipersetujui oleh DAP-PKR-PAS dalam Polisi Bersama Pakatan Pembangkang (PR), belum tentu akan dilaksanakan. Malah, ia juga boleh disabotaj melalui pelbagai kaedah.
Adakah perbezaan ideologi Pas-DAP ini sama dengan perbezaan mazhab Hanafi-Hanbali-Maliki-Syafie? Melainkan yang dipegang oleh Pas adalah hanyalah semata-mata ideologi atau Islam plastik dan bukan ajaran Islam sebenar.
Kini penolakan PAS terhadap apa yang dperjuangan selama ini dibuktikan dalam pemilihan parti baru-baru ini.Mereka PAS demi mengikut telunjuk DAP sanggup mengugurkan negara Islam dan hudud dan kini memperjuangkan kononnya negara berkebajikan.Pengikut-pengikut
setia PAS juga sanggup berpaling tadah menjatuhkan golongan ulama' mereka semuanya ini dilakukan agar mereka dapat mengimbangi DAP / mendapat muka dihadapan DAP.Tujuan utama adalah kuasa.
Pada pendapat Ee orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.
Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ?menemui? Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.
Pemimpin agama dalam PAS rata-rata meminta pembaca khutbah dan para penceramah supaya mendoakan kehancuran kepada orang-orang UMNO dan Kerajaan BN yang mereka anggap mereka itu kafir dan musuh mereka.

Oleh yang demikian Ee mencadangkan Majlis Fatwa dan Majlis Raja-Raja Melayu memberi perhatian serius terhadap gejala khurafat yang disebarkan oleh PAS ini …semoga masyarakat kita tidak dipecahbelahkan oleh ketamakan kuasa pihak berkenaan...janganlah kepentingan parti politik menyebabkan akidah rakyat terpesong..!
Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!. Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka. Pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka tercapai.
Kini mereka sanggup mengenepikan perjuangan menubuhkan negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan selama ini dan semata kerana gila nak berkuasa sanggup pula menjadi tunggangan DAP.Kini tidak ada lagi negara Islam dan hudud yang ada negara berkebajikan ala PAS.
PAS melalui pemimpinnya telah bersumpah kepada rakyat konon hendak menjadikan Malaysia negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sekian lamanya. Namun demi merialisasikan impian untuk berkuasa dan mendapat pengistirafan dari setongkolnya DAP maka semua itu terpaksa dibuang. Kini mereka berjuang untuk menubuhkan negara berkebajikan pula. Apa yang terjadi kini itu semua satu penipuan,pembohongan pemimpin2 PAS.Bukan saja rakyat dan penyokongnya"Allah pun pemimpin PAS sanggup tipu"."Pemimpin-pemimpin PAS yang berbisik kepada syaitan atau syaitan yang berbisik kepada mereka"....Fikirkanlah..
1 comment:
Syabas. Satu kajian yang berfakta.
Post a Comment