![](http://1.bp.blogspot.com/-wHdPXD9HGsI/UxWPNlvRvKI/AAAAAAAAaGw/FLg96qgvjjI/s1600/Screen+Shot+2014-03-04+at+4.25.12+PM.jpg)
PETALING JAYA : Empat suspek warga asing termasuk tiga wanita dan seorang lelaki ditahan polis berhubung serangan ke atas dua anggota polis di Klang. Sebilah parang dan pisau rambo turut ditemui di tempat kejadian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Selasa. Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Seorang anggota polis ditikam sehingga mati dan dua warga asing ditembak mati selepas berlaku pergelutan dengan lima warga asing di Taman Sentosa, Klang, awal pagi Selasa.
![](http://signatures.mylivesignature.com/54490/246/537F588363945CC3AFD8BF69CD1584C1.png)