Pada malam jumaat yang penuh berkat, Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah dijemput untuk menemui PenciptaNya. Berita yang mengejutkan seluruh ahli PAS dan PASMA. Sebelum Subuh lagi, perkarangan rumah beliau dipenuhi ribuan ahli PAS. Ketika Solat Subuh, suasana tak ubah seperti ketika Solat Raya, orang solat melimpah hingga ke luar masjid. Ketika jam 10 pagi, pengunjung yang hadir dijangka cecah belasan ribu orang. Semua yang hadir semata-mata kerana ingin memberi penghormatan terakhir kepada seorang Tok Guru dan Mursyidul Am PAS.