Tuesday 22 May 2012

DATIK SHARIFAH AINI MASUK WAD..???

Datuk Sharifah Aini Masuk Hospital?

KUALA LUMPUR – Artis veteran negara, Datuk Sharifah Aini dikhabarkan telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman di paru-parunya.
Menurut laporan yang dipetik dari OhBulan.com, difahamkan Sharifah Aini atau lebih mesra dipanggil Kak Pah itu telah dimasukkan ke hospital semalam.
Sahabat baik kepada penyanyi itu, Khalilah Datuk Mohd Talha telah memuat naik status tentang diri Kak Pah di laman sosial Facebook Fanpage milik Kak Pah.
Khalilah dalam status itu telah memberitahu kepada peminat-peminat penyanyi itu yang Kak Pah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.
Kak Pah juga memohon agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan dirinya dan kembali sembuh seperti biasa.
“Salam sejahtera keluarga FB yang sangat saya kasihi….saya Khalilah Dato’ Mohd Talha sahabat baik kepada Datuk Sharifah Aini mendapat kebenaran beliau mengguna kan account beliau untuk memberitahu anda yang Datuk Sharifah Aini kini sedang di rawat di Hospital Swasta dan di sah kan hari ini olih Doktor peribadi beliau yang paru paru beliau telah dijangkiti kuman dan pohon dia kan untuk kesejahteraan beliau….Datuk meminta saya menyampaikan salam kasih nya kepada anda semua! Wassalam.”
Doa penulis, semoga kesihatan Kak Pah kembali stabil dan terhindar dari sebarang penyakit yang memudaratkan dirinya lagi. Amin.
Oleh: NAIMAH SHAARI

GERHANA MATAHARI DI RANTAU PASIFIK

Gerhana Matahari Di Rantau Pasifik

HONG KONG – Orang ramai berkumpul di China, Jepun dan beberapa tempat lain di timur Asia semalam untuk melihat fenomena gerhana matahari cincin yang jarang berlaku.
Penduduk di sini dapat menyaksikan gerhana berkenaan buat seketika ekoran cuaca mendung.
Menjelang subuh, sekitar 3,000 orang melihat ke langit di sepanjang kawasan pelabuhan Tsim Sha Tsui di sini tetapi mereka cuma dapat melihat keajaiban alam itu selama 30 saat apabila awan mendung beredar sejurus selepas matahari terbit.
“Awan beredar dan sinaran matahari menyinari permukaan air, ia amat cantik,” kata Kurator Muzium Angkasa Lepas Hong Kong, Chan Ki-hung.
Gerhana berkenaan dapat dilihat dengan lebih jelas di beberapa bahagian lain di China, Jepun dan Filipina apabila matahari kelihatan seperti sebentuk cincin kerana dihalang oleh bayang bulan.
“Ia seperti sebentuk cincin. Gerhana itu menyebabkan saya terkenang saat-saat melamar isteri saya pada suatu masa dahulu,” kata Shigeru Seo yang menyaksikan gerhana itu bersama isterinya di Teluk Shiono, barat Jepun.
Keajaiban alam tersebut dapat dilihat di sepanjang pantai Jepun termasuk Tokyo, Nagoya dan Osaka.
Di kebanyakan kawasan di Jepun fenomena itu mencatatkan sejarah apabila gerhana matahari cincin berkenaan merupakan yang pertama dilihat oleh penduduk tempatan sejak 932 tahun dahulu.
Selain Jepun, keajaiban alam itu turut disaksikan oleh berjuta-juta penduduk di rantau Pasifik dan Amerika Syarikat (AS).
Gerhana cincin berlaku apabila bulan melintasi matahari tetapi berada terlalu jauh dari Bumi untuk ‘menenggelamkan’ keseluruhan bayang matahari.
Kedudukan tersebut menyebabkan matahari kelihatan seperti cincin berapi.
Kali terakhir gerhana matahari cincin yang juga disebut gerhana matahari anulus berlaku di sini adalah pada tahun 1958.
Penduduk di sini ini perlu menunggu hingga tahun 2320 untuk menyaksikan gerhana matahari cincin seterusnya.
Gerhana itu berlaku petang kelmarin mengikut waktu AS.
“Ia mengagumkan,” kata seorang pelajar, Marcos Dopoto di Albuquergue, New Mexico.
Imej seperti cincin itu dapat dilihat selama lima minit di beberapa kawasan di dunia. – Agensi

NIZAR HAMPIR DITAMPAR ABANG KANDUNG..???



Mari kita dengar abang Nizar, Radhi Jamaluddin turun untuk pertahankan UMNO.






Sebenarnya Nizar ni gila kuasa. 

Kita tahu Nizar pernah tanya kawan-kawan tentang nak masuk UMNO tapi dia tahu 

lambat naik dalam UMNO. Mana tak dia tahu ... keluarga dia orang-orang UMNO. 

Ada kawan cadangkan kalau dia nak jawatan segera, dia masuk PAS yang ketika itu mahu profesyenal. 

Nizar memang belajar ENgineering tapi sebagai ahli perniagaan, dia fail. Dia kerja uruskan bangunan Dayabumi dlm subsidiari UDA, Dayaurus. 

Dia diberi projek oleh orang Melayu untuk urus bangunan PDC di Penang. Itu pun dia fail. 

Maka dia bercadang nak masuk politik untuk cari duit. 

Itu pun dia tak berjaya. Dia bernasib baik kerana dua orang lebih atas dari dia kalah. 

Naiklah dia ... MB sekejap. 

Tapi sebagai ADUN, dia hancus ... 







Tak perlu UMNO burukkan dia, dah memang buruk nama di mulut rakyat. 

sumber

DOKUMEN RASMI FITNAH RAJA NONG CHIK MAINAN PILIHANRAYA PEMBANGKANG!!


Sudahkah semua ahli keluarga Khalid Ibrahim termasuk adik-beradiknya berhenti berniaga? 

Keluarga Azmin Ali sudah berhenti berniaga? Bagaimana mampu pakai Ferrari, pakai 4wd?



Satu-satu personaliti BN terutama UMNO diserang. Tujuannya bukan saja memburukkan nama dan mencipta persepsi, tetapi memaksa UMNO bertahan.

Terkini, Raja Nong Chik, yang memberikan ancaman kepada harapan besar pakatan rakyat iaitu Nurul izzah di Lembah pantai, diserang oleh raja petra.

Tuduhan RPK:

Bahawa satu kontrak di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu pembekalan barangan latihan IKBN Bandar Penawar telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd pada Ogos 2012, satu syarikat dengan majoriti pegangan saham dimiliki oleh anak perempuan Raja Nong Chik. Persepsi dan pandangan yang cuba direka dari tuduhan ini ialah bahawa oleh kerana Raja Nong Chik dilantik sebagai Menteri Wilayah, maka ada sesuatu yang tidak kena atau dengan kata lain pemberian kontrak tidak beretika atau dipengaruhi oleh Raja Nong Chik walaupun pemberian kontrak diberi kementerian yang berlainan.

Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006.

Lihat dokumen di bawah dan email yg disiarkan blog apakecoh2.







Boleh dilihat bahawa Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006 melalui satu Surat Niat. Tetapi ia hanya dimuktamadkan pada Ogos 2010.

Adakah apa-apa yang salah di sisi undang-undang di sini?

Jelasnya tidak. Ini adalah kontrak pembekalan biasa. Pembekal-pembekal dalam industri yang dihubungi penulis bersetuju bahawa nilai RM30.8 juta untuk kontrak seperti ini ialah normal malah agak rendah nilainya jika dibandingkan dengan kontrak sepertinya. Margin kasar pada Istijuara dianggarkan dari 7 ke 15 peratus (2.1 juta ke 4.5 juta) dan margin ini harus digunakan untuk membayar pekerja, operasi, pengurusan, fi profesional kepada peguam dan lain-lain dan perbelanjaan operasi lain. Margin keuntungan jauh lebih kecil.

Adakah apa-apa yang salah di sisi etika di sini, atau penyalahgunaan kuasa Menteri oleh Raja Nong Chik?

Perkara pertama ialah Kontrak diberi pada 18 Julai 2006. Ini adalah 3 tahun sebelum Raja Nong Chik. Raja Nong Chik pada tahun 2006, tidak memegang mana-mana jawatan Kerajaan mahupun jawatan politik yang besar. Malah pada masa itu beliau bukan pun Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, AJK Bahagian pun tidak (beliau hanya jadi ketua Bahagian pada tahun 2008).

Walaupun kontrak akhirnya ditandatangani pada Ogos 2010, ini kerana prosedur menetapkan bahawa surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan hanya boleh dikeluarkan bila kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Dan kompleks IKBN Bandar Penawar hanya siap pada 22 Mei 2010. Sebab itulah surat tawaran dikeluarkan pada Ogos 2010, iaitu 3 bulan selepas IKBN Bandar Penawar siap.

Ada yang mempertikaikan mengapa Istijuara terus menerima Kontrak itu pada Ogos 2010 walaupun bapa pemegang saham utama nya sudah jadi Menteri?

Jawapannya kita boleh fikir sendiri ikut logik akal.

Jika Surat Niat dikeluarkan pada 2006, bermakna usaha ke arah itu harus bermula lebih awal. Maka tatkala Raja Nong Chik dilantik Menteri pada April 2009, sudah lebihkurang 5 tahun syarikat berusaha dan bekerja memenuhi kehendak kontrak.

Pendapat bahawa perlantikan seseorang sebagai menteri Kabinet bermakna keluarga dan sanak-saudara nya juga harus meninggalkan segala perniagaan mereka, adalah pendapat dan pandangan yang tidak wajar!

Bayangkan jika hari ini seseorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkualiti seperti Hassan Merican contohnya, menerima panggilan dari PM untuk menyumbang baktinya dalam Kabinet (seperti Raja Nong Chik, Idris Jala, Effendi Norwawi dan ramai lagi sejak dulu) harus mengerahkan keluarga dan sanak saudaranya meninggalkan perniagaan, maka segala usaha seumur hidup mereka mengusahakan perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak cucu mereka lebur begitu sahaja!

Kalau macam itu tak boleh lah mereka yang berpengalaman dan berbakat tetapi tidak seratus-peratus duduk dalam politik dilantik untuk menyumbang barang sepenggal-dua kepada negara! Sedangkan di USA misalnya, kebanyakan keluarga Presiden dan ahli-ahli Kabinet mereka (contohnya Mitt Romney calon Republikan yang akan menentang Obama kelak) adalah ahli perniagaan yang berjaya! Dan tidak pula ahli keluarga mereka perlu tinggalkan perniagaan yang sudah berpuluh tahun atau bergenereasi dibina!

Setelah gagal mendapati sesuatu yang salah di sisi undang-undang mahupun dari isu etika Menteri dalam isu ini, ada yang membuat kenyataan berbunyi "ah, kontrak juta-juta mesti dapat kat orang UMNO, walaupun memang benar pada tahun 2006 Raja Nong Chik bukan Menteri!"

Baca Lagi di posting asal di JOEPISANG.BLOGSPOT.COM 

Dan kini dia sudah goyang dengan Raja Nong Chik. Itu lah sebenarnya isu di sini. Kontrak, dokumen, anak-anak, hanyalah ilusi semata-mata. Yang ada hanyalah permainan kotor politik jalanan pembangkang!

TERKINI!!! ANWAR MENGAKU TAK BERSALAH!! 2 JULAI DITETAPKAN PERBICARAAN...


KUALA LUMPUR  - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai protes jalanan di antara pukul 2.30 hingga 3 petang pada 28 April lalu di Jalan Tun Perak, di sini.


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard yang menghadapi pertuduhan sama di mahkamah itu, turut mengaku tidak bersalah.


Mereka juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim mengingkari perintah mahkamah serta menghasut agar ketiga-tiga individu terbabit untuk membuka sekatan.


Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes mereka.


Sebelum itu, dewan mahkamah dipenuhi para penyokong pemimpin parti pembangkang yang hadir untuk mengikuti prosiding tersebut. Turut hadir, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan isteri Azmin, Shamsidar Taharin. - UTUSAN

PENDEDAHAN HELEN ANG : THE STAR ADALAH GUNTING DALAM LIPATAN..


Hari ini (semalam) bermulanya perbicaraan kes saman malu RM30 juta Umno Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng yang mendakwa Umno terlibat dengan kebakaran pejabat DAP (sumber sini).
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Chan Lilian & Kim Guan Eng
Petang semalam Chan Lilian, seorang petugas pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dipanggil polis untuk memberi keterangan berkaitan tweetnya yang mengatakan penganut Kristian dianiaya.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Baguslah juga SPRM telah menerima aduan tuduhan rasuah bersabit ganjaran RM50,000 yang ditawarkan Tunku Aziz oleh Penang Institute, badan yang dipengerusi Guan Eng.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Sebaliknya akhbar itu mengambil sudut pusing 180-darjah dan bersahaja dengan tajuk beritanya, Fellowship offer still open, Penang Institute tells Tunku Aziz‘.
Bagaimana pula dengan PDRM menyiasat kes Hannah Yeoh didakwa memfitnah Lee Chee Leong, timbalan Menteri Dalam Negeri?
Berita ini juga tiada apa-apa tindakan susulan oleh The Star.
Kalau begini susahlah. Nanti seluruh jemaah menteri bakal terpalit lumpur hanya kerana seekor kerbau yang dikatakan kotor masuk kandang.
Dah lah mantan presiden MCA dan bekas menteri MCA dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan skandal PKFZ.
Betapa bobroknya MCA! Dan sekarang ini bertambah buruk imej MCA dengan seorang timbalan menterinya dilemparkan tuduhan salahlaku oleh Hannah Yeoh. Perkara rasuah, fitnah dan menghasut semua jenayah berat yang tidak harus dipandang enteng oleh The Star.
MCA Kelana Jaya membuat laporan polis terhadap Hannah
Petikan:
“Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong had denied allegations that the roadshows conducted by MCA was the party’s drive to offer citizenship and permanent residency to foreigners.
“Met by The Malay Mail at his office in Putrajaya yesterday, Lee said that such drives were intended for those who had yet to receive their citizenship.
“‘There are still many people born in this country but have yet to receive citizenship,’ he told The Malay Mail.
“DAP Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh questioned whether MCA and the Home Ministry were desperate to gain votes in the coming general election that they resorted to offering permanent residency and citizenship to foreigners by organising the roadshows.”
– Laporan The Malay Mail (20 April 2012)
Rajinnya Malay Mail berjalan jauh sampai ke Putrajaya untuk mewawancara timbalan menteri MCA itu.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star yang tidak serajin Malay Mail.
NST juga tekun memberikan liputan apabila laporan polis dibuat terhadap Adun Subang Jaya oleh cawangan MCA Kelana Jaya.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star yang tidak setekun NST.
Petikan:
“Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh was called in by the police to assist in investigations over an allegation that she had slandered the MCA.
“The DAP representative arrived at the SS17 police station here at 10.15am yesterday to give her statement. She was accompanied by Puchong member of parliament Gobind Singh Deo and co-chairman of Bersih, Datuk S. Ambiga.”
– Laporan The New Straits Times (22 April 2012)
Saya pun amat hairan kenapa Star tampak begitu lemah dari segi ‘news sense’yang dimiliki para wartawan dan pengarang-pengarangnya dalam usaha mencari berita.
Star ini sebenarnya sebuah suratkhabar ke sebilah gunting?… dalam lipatan
Sebenarnya ia mustahil untuk membaca berita kritis tentang DAP dalam The Starsebab jarang ada.
MCA Kelana Jaya mendakwa Hannah Yeoh telah membuat masukan blog, pesanan Twitter dan kenyataan akhbar yang memfitnah timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong.
Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Pengerusi cawangan Ong Chong Swen menafikan dakwaan Hannah yang membayangkan MCA telah membeli pengundi hantu. Ong juga telah mengutuk tindakan Hannah itu.
Gobind Singh Deo, peguam Hannah,memberitahu TVSelangor bahawa PDRM bertindak berat sebelah kerana memanggil anak guamnya untuk memberi keterangan hanya kerana mempersoalkan program MCA tersebut.
Media lain melaporkan Lee Chee Leong adalah “seorang pembuli” yang menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang menteri untuk membuli lawan politik.
Media pro-pembangkang turut memanjangkan spekulasi bahawa kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang. Lantaran itu, media dan orangramai menganggap tuduhan terhadap menteri MCA tersebut memang benar dan berasas.
Namun begitu Lee Chee Leong tidak ditemuramah suratkhabar milik partinya untuk menidakkkan dakwaan-dakwaan (palsu) tersebut.
Hannah telah ditemani ke balai polis oleh S. Ambiga, pengerusi jawatankuasa pemandu Bersih.
Ambiga mendakwa bahawa senarai pemilih adalah kotor dan sebanyak 3.1 juta nama pengundi barangkali tidak sahih.
Gerakan Bersih juga mendakwa rapat umum yang diadakan pada April 28 baru-baru ini disertai 300,000 orang penyokong yang mempercayai bahawa senarai pemilih berkemungkinan mengandungi lebih 3 juta nama pengundi hantu.
Sehubungan ini, MCA dilihat pada kacamata awam sebagai sebuah parti yang mendaftarkan pengundi hantu. Menteri MCA dilihat umum sebagai menyalahgunakan kuasa (yakni bersubahat dengan amalan rasuah). MCA dan menterinya dipandang jijik ekoran dakwaan yang dibuat Hannah Yeoh.
Tanggapan buruk orangramai terhadap MCA telah mendorong cawangan Kelana Jayanya untuk mengadu kepada polis demi mahu membersihkan nama menteri itu. Berita ini tidak dilaporkan oleh The Star.
Syak wasangka terhadap Lee Chee Leong dan sekaligus partinya akan terus berdegar. Kalau prasangka buruk terhadap MCA tidak mampu dikikis, pasti ia akan hilang kepercayaan bukan sahaja kaum Cina tetapi kaum-kaum lain.
Bila MCA lingkup dalam PRU kelak, saya yakin The Star akan berlumba-lumba melaporkan berita ini di muka depan.
_____________________________________________________________________________________________
Mutakhir: Guan Eng defends banning Utusan in Penang, calls it ‘party organ’ (The Malaysian Insider, 18 Mei 2012)
The Star juga ‘party organ’, tapi bukan MCA punya.
SUMBER : Helen Ang 

PCT - PERAK CYBER TROOPER ..... SEDIA GEMPUR!!!!




Siapa Sangka Akhirnya... Sekumpulan Bloggers di Perak hari ini sudahpun bertaut dan bersedia berhadapan dengan Fitnah Pembangkang Di PRU 13 sebagaimana sebelum ini kita amat cukup faham dengan serangan Pembangkang berunsur Fitnah yang jadikan Rakyat Makin Keliru dengan taburan Fitnah dan Onar bagi menghilangkan kepercayaan Rakyat terhadap Kerajaan.

Kalau dilihat memang ketara serangan yang dilakukan memang dirancang bermula dengan Punaisihat PKR yang kini memperkudi atau mencacaikan Ahli supaya percaya dan yakin apa saja yang keluar dari mulutnya, maklumnya semenjak Aljubri sebaik keluar dari tahanan terus Fokus ke Perancangan yang sedia ada atau sudah diilhamkan. 
Mungkin ramai yang tak sedar bila 6 tahun di tahanan beliau sudah boleh buat pelbagai rancangan sebagai membalas dendam malah menolak ketepi atau tidak peduli kesudahan yang bakal memjadikan hancur serta rosaknya Muhibbah di Malaysia. kelebihan Aljubri mencatur serta merancang segala bentuk kemusnahan demi dendam tanpa memikirkan Negara Bakal Hancur jika berterusan. Paling ketara rakyat sudah boleh menilai bila setiap kali perancangan aljubri tentunya tidak pedulikan kesudahannya

Bukan pelan A atau B sahaja malah hingga ke Z, dan bukan setakat itu sahaja malah audah boleh dikategorikan kesudahannya, tak boleh cara aman akan buat cara kasar... tak boleh juga lagi tidak mustahil biar sampai negara Hancur sekalipun demi Dendamnya dia peduli apa negara akan jadi apa!

Menyedari serta sedar ancaman utama bakal datang dari Orang Muda yang bakal menjadi pengundi besar mereka dicacaikan sebagai soldadu maya untuknya, paling ketara sasaran utamannya ialah pemimpin, Parti pemerintah, pemimpin serta jabatan atau kementerian perlu dilucah dan dikotorkan. Pelik kalau setiap kali aljubri berceramah jika tidak ada caci maki serta fitnah kepada pemimpin dan badan serta jabatan kerajaan. selagi boleh akan dikerah cacaian utk fitnah dan memburukan imej Kerajaan yang sedia ada

Sehubungan itu diatas kesedaran dan merasa tanggungjawab dalam perang maya yang menjadi salur utama Aljubri dan Pakatan Ronggeng maka munculah sekumpulan bloggers sekitar lewat 2008 membentuk kumpulan kecil, Alhamdulillah akhirnya bertanggal 28 April Lalu PCT dilancarkan dengan kehadiran kira-kira 220 yang hadir dari segala pelusuk negeri Perak trampil menjadi pejuang Maya secara sukarela demi memikirkan tanggung jawab terhadap pemfitnah pembangkang. Makin bertambah keahliannya dalam masa yang pendek melegakan banyak pihak tentang kewujudan Divisyen serta menyusun Saf Perang Maya oleh kumpulan yang gelarkan diri mereka PCT.(Perak Cyber Troopers)

Siapa sangka secara luar dugaan bila Konvensyen Media BN Perak pada sabtu lalu sekali lagi memberikan pengiktirafan besar terhadap PCT bila Urusetia Konvensyen PCT juga dilancarkan lagi, kali ini pelancaran oleh Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Kadir sendiri. Dengan disaksikan oleh 1241 pelayar maya pada Jam 9.49 PCT dilancarkan, 

Apapun semangat juang dan gabungan seluruh negeri Perak ternyata bakal mejadi benteng atau serangan komando cyber kepada Pakatan Ronggeng nanti. Demi perjuangan Alif Ba Ta, PCT menjanjikan tentangan dan seranga kepada Pemfitnah Pembangkang.

Tahniah Perak Cyber, BANGKITLAH... INI PERANG KITA!

OLEH - PENGERUSI PCT : SEKUPANG DUA ANAK PAK YA

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : BUKU TERBARU MENGENAI ANWAR ADA MUSUH DI LUAR NEGARA DAN DIKAWAL SEORANG PEGUAM..!!!




Sebuah buku baru yang ditulis oleh Jonathan Smith bertajuk “The “I” Files”, yang membongkar cerita sebalik tabir Datuk Seri Anwar Ibrahim, mula diperkatakan di media siber hari ini.


Antara yang menarik di dalam buku ini, Jonathan Smith berkata, antara lain....Anwar adalah Menteri tetapi tidak mungkin Perdana Menteri, dia diancam oleh lelaki ... dan oleh PAS dan dunia yang telah bermusuh dengan beliau di luar negara. Siapakah musuh Anwar di luar negara yang dimaksudkan Jonathan Smith? 
“Ketua-ketua badan risikan CIA, MI-6, dan KGB juga mahu tahu dari mana dia (Anwar) datang dan di mana kesetiaannya itu. Dengan Umno, dengan PAS, dengan Arab Saudi?”, tulis Smith dalam bahagian prologue.
Dakwanya, buku itu berkenaan Anwar Ibrahim yang ditulis berdasarkan rekod dan maklumat yang disusun selama tiga dekad oleh rangkaian perisikan Barat di Malaysia.
Buku yang terbahagi kepada empat chapter, termasuk satu bahagian prologue itu, boleh dibaca di sini.