Friday 20 January 2012

SAH..!!! ANWAR NAK PINDA SEKSYEN 377...!!!???

Akhirnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat pengakuan bahawa beliau berhasrat meminda seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang.
Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.
“Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik,” dakwanya.
“Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda… supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud untuk menghina orang,” katanya seperti dilaporkan portal pronya, Malaysiakini.
Kenyataan terbaru Anwar itu diucapkannya di hadapan tetamu tanda dalam masjlis kesyukuran di atas pembebasannya daripada tuduhan meliwat di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.
Portal itu turut melaporkan kenyataan Anwar yang menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya sebagai “jumud” digunakan untuk memfitnah seseorang.
Seksyen 337B kanun Keseksaan bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan, manakala Seksyen 377C pula bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Dalam pertuduhan ke atas Anwar baru-baru ini, beliau dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 377B, Kanun Keseksaan.
Meliwat Tempat Persendirian
Portal itu melaporkan tentang pandangan Anwar berkenaan aktiviti homoseksual di tempat awam dan persendirian.
“Umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan “perselingkuhan” (aktiviti liwat) kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.
“Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?… Bukan mengendap atau merobek privasi orang, (itu) tidak boleh,” kata Anwar.
Walaupun cuba bermain dengan kata-kata, namun terpancar juga maksud sebenar beliau bahawa aktiviti liwat di tempat persendirian adalah hak peribadi dan boleh dilakukan jika atas suka sama suka.
Pendapat ini sama seperti yang pernah diberitahu kepada Foreign Correspondence Club of Thailand, Februari 2007.
Katanya, “Bukan urusan kita untuk menyiasat kehidupan individu rakyat. Sepatutnya anda tidak boleh menyerang hak asasi individu, pukul mereka dan memaksanya untuk mengaku bahawa dia adalah seorang homoseksual”.
Malah, lebih jelas lagi kepada AFP, 11 November 2004, sejurus Mahkamah Persekutuan membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pemandu, Azizan Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai kes liwat I.
Walaupun ketiga hakim Mahkamah Persekutuan mempercayai aktiviti liwat di Tivoli Villa benar-benar berlaku di antara Anwar, Azizan dan Sukma Darmawan (adik angkat Anwar), namun mahkamah melepas dan membebaskan Anwar dan Sukma kerana dalam kejadian homoseksual itu terdapat unsur suka sama suka.
Ketika ditanya wartawan AFP berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan melepas dan membebaskannya, Anwar berkata, “Dalam pandangan umum, kalangan umat Islam dan bukan Islam yang saya tahu homoseksual tidak diterima pakai. Sudah mencukupi. Tetapi di sini soalannya adalah bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu rahsia rakyat dan pilihan individu mereka sendiri?”.
“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya memikirkan undang-undang hendaklah dipinda.
Isu itu adalah pencerobohan ruang rahsia peribadi (hak asasi individu), dan oleh itu, kita perlu mempunyai pelindung bagi memastikan undang-undang tidak melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat mereka atau nilai-nilai luar skop undang-undang”.
Wawancara Kontroversi BBC News
Anwar menjawab persoalan di atas, ekoran wawancaranya dengan BBC News Asia, 12 Jan telah menimbulkan kontroversi.
Dalam wawancara itu wartawan bertanya kepadanya dengan soalan spesifik berkenaan dengan gerakan gay di Malaysia;
Soalan wartawan, “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Rujuk minit 0:11 -0:34
Anwar menjawab, “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itukami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula
“Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan”.
Rujuk minit 0:36 -1:17
Tergelincir Akidah
Berdasarkan kenyataan Anwar di atas, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dalam Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual berkata pada pendapatnya, ucapan Ketua Umum PKR itu mempunyai dua intipati penting.
Pertama, berkenaan dengan undang-undang lapuk dan kedua, berkenaan menghukum individu yang tidak bersalah.
“Satu dia kata..undang-undang yang ada berkenaan homoseksual ini dah lapuk ataupun tidak lagi relevan pada waktu ini..apakah yang dimaksudkan di situ, maknanya kita tidak perlu menghukum orang-orang yang membuat perkara macam ni (melakukan aktiviti liwat).
“Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukum-hukum liwat itu telah pun wujud dalam Al Quran yang mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, katanya.
Menurut Harussani hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam iaitu kesemuanya bersetuju pelaku aktiviti liwat mesti dihukum dan tidak boleh dilepaskan.
“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita “, katanya.
Aspek kedua yang dibahaskan oleh Mutfi Perak adalah maksud kata-kata Anwar yang berkata menghukum individu yang tidak bersalah.
“Saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.
“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya.
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dalam ulasannya berkata berdasarkan ucapan Anwar itu jelas menunjukkan Ketua Umum PKR itu seorang yang tidak memahami undang-undang dan hukum-hakam Islam.
“Niat beliau, wallahualam..apa tujuan beliau mengungkapkan perkata-perkataan yang dilihat sebenarnya tidak relevan dengan Islam itu sendiri..kita tak tau yang tu.
“Adapun dari sudut kefahamannya..dilihat di sini, kefahamannya tentang undang-undang Islam, tentang hukum hakam Islam..saya kira, cara beliau bercakap seolah-olah menunjukkan beliau tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri”, katanya.


SUMBER



SIAPA HATA WAHARI...???



 Kenali Hata Wahari, seorang bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat kerana selalu mendatangkan masalah kepada akhbar tersebut.

Setelah dipecat, Hata Wahari mula menyimpan dendam terhadap bos lamanya lalu berpakat dengan PKR untuk menghentam Utusan dan Kerajaan.

Pada mulanya, Hata Wahari bersama Nurul Izzah cuba menerbitkan Utusan Rakyat. Namun permintaan mereka telah ditolak oleh KDN.

Seiring dan sejalan...jeng jeng jeng
Kemudian Hata Wahari menerbitkan Harian Malaysia versi online setelah gagal dengan Utusan Rakyat. Namun Harian Malaysia juga projek gagal Hata Wahari.

Kenapa MyMassa kata Harian Malaysia gagal? Kerana Harian Malaysia bukannya akhbar online tetapi lebih kepada blog peribadi Hata. Kalau pembaca tidak percaya, cuba saksikan sendiri akhbar online tersebut di http://www.harianmalaysia.my/.

Berita dalam akhbar tersebut kebanyakannya adalah diambil dari BERNAMA. Berita-berita yang diterbitkan pula 100% dicedok dari akhbar lain cuma tajuknya diubah mengikut irama propaganda pembangkang. Lebih menyedihkan, tiada gambar dalam artikel yang dikeluarkan kecuali gambar Nurul Izzah. Ini ke projek Hata Wahari yang nak menyayingi Utusan?

Bangang betul wartawan macam Hata Wahari. Memang patut kena pecat dari Utusan. Tiada kualiti langsung. Yang lawaknya, akhbar yang kononnya nak memperjuangkang keadilan ini sendiri mengamalkan budaya kronisme.

Siapa Laile Wahari dan Shawal Wahari? Bukan kroni ke.
Bila dah gagal, mulalah mencari pihak lain untuk disalahkan. Dan salah satu pihak yang disalahkan adalah blogger pro- Kerajaan.


Sebenarnya Hata Wahari cemburu dengan blogger pro Kerajaan yang berjaya menghasilkan posting yang lebih menarik dari artikelnya di Harian Malaysia. Malah ranking Alexa blogger pro Kerajaan lebih tinggi dari Harian Malaysia (Harian Malaysia di ranking 5227). Bayangkan blog boleh kalahkan portal media.

*Kalau ikut ranking terbaru Alexa, Harian Malaysia langsung tak masuk ranking. MEMALUKAN!



RAFIZI BAYAR RM200 SETIAP PESERTA DEMO 901...??!!!

SMS dari rafizi beb. Dia bagi rm200 seorang time demo 901. Itu pasal ramai yang datang. Datang sebab duit. Bukan pasal perjuangan. Bukan pasal keikhlasan. Tapi pasal duit. Ahli2 pkr seme boleh dibeli guna wang. Depa memang hampeh !!!! Depa memang jahat !!!!

G mati lah weh. Mati. Aku cakap mati. Faham tak? - Amenoworld
Wohaa!!! Memang tak sangka beb.. Kaya sungguh si Rafizi tu sampai sanggup bayar RM200 pada setiap sorang peserta demo 901 di Mahkamah hari tu..

Korang tak percaya? Tengok je lah gambar kat atas tu.., bukan gua yang bongkar, tapi blogger dorang jugak yang dedahkan..

Rugilah gua sebab pergi mahkamah hari tu tak pakai baju PKR.. Gua cuma bawak topeng Anwar je beb.. Kalau tak, bolehlah gua claim RM200 tu.. Lepas lah duit tambang teksi gua..

Lagi satu, dalam Malaysiakini hari tu kata 5000 orang ada di tapak parking mahkamah.. Kalau RM200 x 5000..., fuhhhh..., banyak tu Rafizi kena bayarr.. Mana dia cekau duit hah?

Patutlah Rafizi selamba dek je bila Shahrizat saman 100 juta..., banyak duit ropanya diaa...
SUMBER

PAS PEMBOHONG.... PERSEKUTUAN TIDAK PERNAH SALUR BANTUAN..???!!!

Pas Kelantan selalu kata, kerajaan pusat zalim.....!!!



PAS kata Kerajaan Pusat zalimi rakyat Kelantan.

PAS kata Kerajaan Pusat aniaya rakyat Kelantan.

PAS kata Kerajaan Pusat sekat pembangunan ke Kelantan. 

Habis tu duit RM73.1 juta ni duit dari siapa? Dari Kerajaan PKR Selangor atau Kerajaan DAP Penang.




Bukan itu sahaja.....





Lihat juga yang ini...



Macam tu punya fitnah pun PAS tetap tuduh UMNO kaki fitnah. Sedangkan dalam setiap kali ceramah, PAS dendangkan nada FITNAH yang sama, BN zalim terhadap rakyat Kelantan.