Tuesday 28 May 2013

PONTIANAK TIDAK BERTUAN MENCAKAR BUMBUNG RUMAH PENDUDUK....???

Sebelum ni, citer 'orang minyak' ganggu ketenteraman penduduk hebok diperkatakan di FELCRA Changkat Lada, Kg. Gajah, Perak.... Terkini pontianak pulak 'berterbangan' di Kampung Sungai Ular, Kulim, Kedah..... 
KULIM – Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan ‘gangguan’ suara mengilai ‘perempuan’ meminta tolong.

HARIS, TAMRIN DI TAHAN SEMULA.....

Haris Ibrahim
PETALING JAYA  : Aktivis, Haris Ibrahim dan Ahli PAS, Tamrin Ghaffar telah ditahan semula selepas empat hari dibebaskan oleh majistret.
Ahli Parlimen Puchong yang juga seorang peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Haris - pemimpin Asal Bukan Umno (ABU) mengesahkan mereka telah ditahan semula pada pukul 7 malam.

TRAJEDI MENYAMBUT HARI GAWAI : BOT EKSPRESS LEBIH MUATAN KARAM, 181 SELAMAT, MASIH RAMAI BELUM DITEMUI....

bot-karam-belaga-2
Imej di atas adalah gambar bot malang yang karam (lihat penumpang yang mengambil risiko di atas bot) , telah diambil oleh penumpang yang tidak dapat menaiki bot tersebut. Gambar milik Borneo Post.

BOIKOT BARANGAN PENYOKONG DEMO JALANAN....MAKIN RAMAI BOIKOT LAGI BAGUS!!!!!


KUALA LUMPUR 28 Mei - Lebih 85 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menggerakkan usaha memboikot barangan produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi haram jalanan.

MAMPUKAH SETIAP UMNO BAHAGIAN MANTAPKAN CYBERTROOPER MASING-MASING...???


Setiap bahagian Umno perlu mempertingkat keberkesanan penggunaaan media sosial bagi menolak tohmahan yang dilempar pihak lawan meskipun bahang pilihan raya umum ke-13 sudah berakhir. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana perkembangan media sosial mempunyai pengaruh besar serta berupaya mengubah minda dan persepsi rakyat.

PASANGAN LESBIAN MUSLIM PAKISTAN DIUGUT BUNUH KERANA BERKAHWIN

LESBIAN

Kalau dah mengaku diri tu Islam..... apa ke jadahnya berkahwin sesama jantina!!! Dalam Al-Quran dan hadis ada ke dihalalkan perkahwinan sejenis macam tu? Nak kata bangang...memang bangang pun!!!

Sepasang wanita lesbian yang berasal dari Pakistan, Rehana Kausar, 34, dan Sobia Komar, 29, yang berkahwin di United Kingdom (UK), Mac lalu telah meminta suaka politik dari kerajaan UK selepas tindakan mereka itu menerima kecaman serta ugutan bunuh daripada segelintir pihak.

SIAPA 24 AHLI PARLIMEN BN AKAN LOMPAT IKUT ANWAR KE PUTRAJAYA...???

Anwar Ibrahim melihat 24 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri terutama dari Sabah, bahkan sudah pun menyediakan wang dan yuran pembelian sehingga dikatakan mencecah RM1 bilion, bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.

ANWAR HANYA BERANI REPORT POLIS PASAL DAKWAT KEKAL SAHAJA....!!!


Setelah beberapa perhimpunan haram dan ceramah yang sarat dengan keraguan dan kononnya penipuan semasa PRU13, Anwar hanya mampu membuat laporan polis tentang dakwat kekal! 
“Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi. 

TAKTIK ANWAR IBRAHIM MELALUI 'WINNING PSYCHOLOGY' BERJAYA ...???


forbidden psychological tactics

Melalui “winning psychology” inilah Anwar mewujudkan sentimen, kononnya berlaku penyelewengan SPR yang menyebabkan mereka kalah pada PRU13. Rata-rata itulah ucapan oleh wakil-wakil PR di setiap perhimpunan haram 505; kepercayaan bahawa rakyat telah memilih PR, tetapi telah dinafikan oleh SPR, UMNO dan BN.

“Winning psychology” yang telah dibuat sejak 2 tahun kebelakangan ini berjaya mengaburi mata penyokong mereka, dibuai dengan hasutan dan angan-angan kononnya mereka sudah menang, waima sebelum tempoh berkempen lagi.  Lihat sahaja lagak Anwar, dengan menggunakan jet peribadi serta helikopter pada lawatannya menggambarkan seolah-olah “he is no. 1 in Malaysia”. Dari perspektif antarabangsa pula, Anwar tanpa segan silu sering menwar-warkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Seterusnya.... klik di sini

DI ARAB SAUDI PUN ADA UPACARA PUJA SETAN...!!!

Hiasan

Riyadh : Polis agama Arab Saudi, menahan 30 orang termasuk warga asing dan tempatan selepas mereka ditangkap kerana mengadakan satu majlis bersuka-ria, bercampur lelaki dan perempuan, menghisap dadah, berbogel, minum arak dan mengadakan upacara memuja syaitan lapor sebuah akhbar, semalam. 

PUTERI SARAH BIKIN 2 LELAKI GANTENG BERTUMBUK...???

puteri sarah liyana

Umum mengetahui Ammar Alfian sebelum ini menuduh Syamsul Yusof mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana. Namun begitu, Syamsul Yusof menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan di Facebooknya. Pertemuan di Publika ini telah dirancang oleh Syamsul untuk menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang wujud di antara mereka berdua kerana Puteri Sarah.

( VIDEO ) : KAYVEAS DEDAH AGENDA JAHAT PR