BERITA mengenai seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan diperkosa oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan. Pelajar itu kemudiannya telah ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu. Bagaimanapun, pelajar itu pertama kali diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang menemuinya dalam keadaan terhujung-hayang sebelum menghantarnya ke hospital berdekatan. Ikuti seterusnya cerita suami isteri tersebut, seperti yang dicatat dari detiknews.com: