APAPUN..... Teman tetap nak ucap tahniah kepada Datuk LCW yang cuma berjaya membawa pulang pingat perak Olimpik London 2012 bagi acara badminton. Sebenarnya di WEMBLEY Arena itu, beliau telah cuba sedaya upaya dan berhempas pulas untuk menebus kekalahan di acara yang sama 4 tahun lalu di Beijing.... Mungkin di Olimpik Beijing 2008, musuh tradisi beliau, Lin Dan punya kelebihan selaku tuan rumah....tetapi semalam ternyata Lin Dan memang sukar ditandingi oleh beliau.... Beliau akur bahawa beliau adalah kedua terbaik selepas Lin Dan.
Selepas tewas di Kejohanan Dunia tahun lalu di gelanggang sama, kekalahan 21-15, 10-21, 19-21 di final perseorangan lelaki Olimpik itu bagaikan ulangan skrip buat Chong Wei apabila tewas buat kali kedua berturut-turut selepas Beijing empat tahun lalu.
Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei tidak berpeluang menebusnya kerana dia dan Lin Dan menjadikan London sebagai Olimpik terakhir mereka.
Lebih malang, turut sama terkubur adalah impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan sejarah tercipta.
“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mereka emas. Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal.
“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.
BIARPUN TEWAS..... TEMAN TETAP GEMBIRA DENGAN PINGAT PERAK YANG TERKALUNG DI LEHERNYA....MALAHAN TEMAN JUGA TURUT GEMBIRA BILA BELIAU SUDAH PUN BERTEMU DENGAN GADIS IDAMAN HATINYA....
Tahniah teman ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan kahwin dengan Wong Mew Choo pada tahun 2013 depan. Kalau anda semua nak tahu, pasangan atau bakal isteri Chong Wei juga adalah ahli sukan negara. Dalam diam-diam, beliau dah merancang untuk mendirikan rumah tangga tak lama lagi.
Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkara itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti.
“Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu,” katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).