KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2014 :
Baru-baru ini Astro Gempak ada mengeluarkan artikel tentang Linda Rafar yang mengaku masih tidak mengetahui penyakit yang dihidapi anak keduanya, Rezaiman Keiflin yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu. Penyanyi itu yang dihubungi semalam menjelaskan anaknya itu yang kini berusia 12 tahun dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan masih menjalani rawatan lanjutan untuk mengelak ianya dari terus merebak.