Friday 24 May 2013

APA KE JADAHNYA...!!! '3 STOOGES' PEMBANGKANG DIBEBASKAN, MAJISTRET TOLAK PERMOHONAN REMAN POLIS..!!!


KUALA LUMPUR, 24 Mei -- Tiga aktivis pembangkang yang ditahan Khamis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak majistret JUmaat.

Mereka yang dibebaskan adalah Naib Presiden PKR Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, aktivis pembangkang Haris Ibrahim dan anggota PAS Tamrin Ghafar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di Kuala Lumpur, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.  -  BERNAMA

AMK BERANG HADI AWANG CERCA CALON PKR




PETALING JAYA, 24 Mei - Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

PATHMANABHAN ANTARA PENJENAYAH PALING KEJAM DI MALAYSIA...???


Pathmanabhan di kategorikan sebagai antara penjenayah paling kejam di Malaysia. Bekas peguam berusia 43 tahun dan bergelar 'Datuk' itu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati (semalam) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana didapati bersalah membunuh 'Jutawan Kosmetik', Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas.

HARAKAH BERSALAH FITNAH PEGUAM, DIARAH BAYAR GANTIRUGI



Lidah rasmi PasHarakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz.

IDRIS JUSUH BAKAL SAMAN RAFIZI....???

alt

BESUT 24 Mei - Dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengatakan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi adalah tidak benar dan akan dikenakan tindakan saman.

TIDAK PERLU HEBOHKAN MASUK ISLAM - CALVIN THOO


PETALING JAYA : Pereka fesyen popular Calvin Thoo menyifatkan berita dia memeluk Islam tidak sepatutnya diperbesar-besarkan memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.