Monday 25 February 2013

HATI BUSUK PEMIMPIN PAS !!! SELEPAS PENERIMA BR1M DILEMBUKAN OLEH NIK AZIZ, PEMBERI BR1M PULAK DIFIRAUNKAN OLEH HADI AWANG.....

PAS kian tercabar dengan Barisan Nasional yang sentiasa menunaikan janji-janjinya kepada rakyat.... PAS hanya gah memalu gendang sebagai intro janji-janji manisnya....namun selepas itu terus senyap tidak ada sebarang pelaksanaan.  Sebenarnya mereka tidak sedar yang rakyat semakin meluat dengan parti yang hanya bersandarkan nama dan mengharapkan nama untuk ke syurga.



Jika sebelum ini, Nik Aziz mengatakan bahawa penerima BR1M diumpamakan seperti haiwan ternakan seperti 'ayam dan lembu'.....lihat di sini......... hari ini Hadi Awang pula meneruskan kesinambungan mulut celupar 'boss'nya...

Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi

15 DALIL NIK AZIZ TIDAK LAYAK JADI DIGELAR MUSYIDUL AM PAS.....


1. Arwarh Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.

Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.

BALASUNDRAM BAWA BALIK HANTU ALTANTUYA...!!!


Kemunculan semula P.Balasubramaniam, individu yang mendakwa PM Najib Razak terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya dan kemudian menarik semula tuduhan beliau.

Menghilangkan diri seketika ke luar Negara .. Tiba2 muncul kembali petang semalam di KLIA disambut pimpinan PKR.

Kepulangan Bala turut disusuli dengan sumpah laknat menjunjung Kitab Agama Hindu Bhagavad Gita 'kembali' menuduh Najib terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya.

BALAK DI KEDAH DAN KELANTAN DIGONDOL SECARA RAKUS


Kuala Lumpur : Nasib hutan di Kedah dan Kelantan yang gondol akibat pembalakan dan penerokaan tidak terkawal sudah beberapa kali didedahkan namun ancaman itu masih juga berterusan, kesannya kepada alam dan manusia mula dirasakan.

Di Negeri Jelapang Padi, selepas kira-kira dua bulan lalu BH mendedahkan tindakan rakus penebangan balak di hutan simpan Bukit Perangin, Mukim Hosba di Changlun, kawasan itu dikhuatiri bertambah nazak apabila satu lagi kompartmen baru membabitkan kawasan lebih luas dipercayai sudah diluluskan untuk digondolkan dalam masa terdekat.

DUNIA KATOLIK BERGONCANG APABILA PAUS BENEDICT XVI PERTAHANKAN NABI MUHAMMAD SAW



Teka teki Paus Benedict XVI yang akan berundur dari jawatannya pada 28 Feb ini merupakan sejarah dalam peradaban Katolik Rom setelah 6 abad yang lalu. Seorang penyelidik dan saintis dari Arab Saudi mengatakan keputusan yang dibuat oleh Paus Benedict itu telah menggoncangkan masyarakat Katolik di seluruh dunia, di mana beliau adalah satu-satunya Paus yang berbuat demikian.

Persoalan pengunduran Paus yang ke-16 ini akhirnya terungkap apabila beliau melalui akaun Twitternya mengakui bahawa kekacauan yang di timbulkan oleh Gereja Vatikan terhadap Injil lama yang mana didalamnya terdapat nama Rasulullah Muhammad SAW yang sehingga kini masih berada di Kota Vatikan.

JAMBATAN GANTUNG KG TAMBULIAN, UZUR DAN TIDAK SELAMAT


KADAMAIAN : Penduduk di Kg. Tambulian Laut (Luminodip) Kota Belud merasa dukacita diatas keadaan jambatan gantung yang tidak selamat digunakan lagi.

Jambatan ini merupakan satu-satunya kemudahan asas laluan bagi penduduk mahupun budak sekolah untuk aktiviti harian masing-masing.

Namun, ianya menyukarkan budak-budak sekolah rendah yang pergi ke sekolah melalui jambatan tersebut ke SK Tambulian, yang terletak di seberang sungai Tambulian.

BICARA KALIMAH ALLAH OLEH YB ZUL...


TINDAKAN Lim Guan Eng membuat desakan pada 25 Disember 2012 sempena sambutan Krismas supaya Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran rasmi kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam hal berkaitan agama Kristian adalah jelas satu penghinaan terhadap Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan dan melanggar peruntukan undang-undang negara!

AWAS !!! PENJUAL KARIPAP SUKA MENGURUT WANITA HAMIL....!!!


Foto
AH Moi menunjukkan laporan polis berhubung kejadian.
Segamat : Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.

MISTERI ANAK KEMBAR BUAYA......


Kompas melaporkan..... Sinjai : Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.
Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.
Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.
Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.
Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.
Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur........ Wallahu'alam.