Monday, 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2013


TEMAN mewakili pihak pengurusan dan admin blog BICARA PERJUANGAN dengan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2013.

Lumrah kehidupan, salah dan silap pasti tidak dapat dielakkan, untuk itu dengan rendah hati, teman ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata dan terkasar bahasa sepanjang bicara setiap artikel yang dipaparkan. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan sepanjang tahun ini. Segala teguran dan kejian, teman ambil pengajaran dan jadikan inspirasi untuk meneruskan Perjuangan kehidupan.... 

Menghadapi PRU 13 tahun 2013 (kombinasi angka yg menarik ekk!), Ayuh kekalkan UMNO/BN sebagai tampok kepimpinan negara, DULU, KINI DAN SELAMANYA...... 
In sya Allah. 

SEMOGA 2013 TERUS MEMBERIKAN HARAPAN DAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.

Terima kasih........

BAYARAN BR1M 2.0 BERMULA FEBRUARI 2013



KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

TAHUKAH ANDA.....???









BANGLO WARGA ARAB DAN 2 AHLI PARLIMEN TERPAKSA DIROBOHKAN....???


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan Arab yang terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini Jumaat lalu, mula dirobohkan pihak pemaju hari ini.




DAP PERAK HINA ISLAM....???!!!

Teman rasa kalau DAP kata apa-apa pun, puak-puak PAS mesti tepuk tangan. Kalau DAP baca surah-surah Al-Quran masa ceramah pun, puak-puak PAS akan tepuk tangan dan akan takbir sekali. Kalau DAP minta Kalimah Allah digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, puak-puak PAS akan tepuk tangan jugak dan takbir. Punya baik la PAS ni, sampai begitu sekali. 

Nga Kor Ming baca surah Al-Quran masa ceramah deme pun siap takbir sekali. Bagus-bagus. Yang bagus sekali sampai boleh bagi ulasan tentang surah Al-Quran tersebut. Hebat seungguh Nga Kor Ming ni. Dah dapat balak dan tanah berekar-ekar dari Nik Aziz, boleh jadi Hafiz le pulak. Boleh jadi ulama dah! Puak-puak PAS suka sangat DAP hina Islam buta macam tu je..


Sumber : AB

TEST DRIVE LAMBORGHINI GALLARDO SPYDER YANG GEMPAK...!!!


HADI AWANG TIDAK BERJIWA BESAR....???

Ismail Mina                                           Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menjadi individu berjiwa besar dengan tampil membuat penjelasan berhubung amanatnya yang menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, amanat yang dicetuskan pada 1981 itu perlu dijelaskan bukan hanya mengikut kandungannya tetapi kesengsaraan yang menimpa kehidupan banyak pihak.

“Semua orang tertunggu-tunggu penjelasan Abdul Hadi terutamanya mereka yang menerima kesan secara langsung daripada amanatnya dan orang yang bimbang perpecahan umat Islam akan berterusan.

“Abdul Hadi perlu memberi penjelasan merangkumi apa yang telah berlaku sepanjang lebih 30 tahun ini, beliau mesti menjawab dari kaca mata ilmu dan syariat Islam, bukannya dari kaca mata politik kepartian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

MAYAT MASIH BERNAFAS KETIKA MAHU DIBEDAH SIASAT...!!!

HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.

TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.

Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat.

Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.

KENAPA NASKAH 'KELANTAN : SESEJUK WAJAH TUAN GURU' DIBAKAR..???

Meniti detik-detik waktu terakhir tahun 2012 sebelum melangkah ke Tahun Baru 2013 tepat 12.00 tengah malam ini, teman terbaca satu artikel dalam blog rakan seperjuangan yang menarik perhatian teman.  Teman sebenarnya tak pernah tahu pun mengenai buku tersebut....dan tak minat pun nak ambil tahu....sementelah jika memang pasti itu buku ciptaan penyokong-penyokong kahak hijau PAS..!!!


Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" adalah hasil tulisan C.N Al-Afghani, diterbit  dan diedar oleh Penerbitan Al-Jihadi, 1999. 

C.N Al-Afghani atau nama sebenar Zainon bin Ismail turut dikenali sebagai Cikgu Non.

LIKE JANGAN TAK LIKE.... HE HE HE....



Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post anda di FB  :

1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..( ramai yang camni )

2. Post tu mengandungi banyak info yang berguna terutamanya tentang pelajaran, hal rumahtangga dan hal agama.

3. Orang yang post tue lawa @ hensem 'n' dah lama dok stalk dia senyap2, secret admire la katakan..

4. Like secara rambang ja, kalau orang tu tulis benda-benda menarik like la, tak pilih kasih OK..

5. Tertarik dengan post tu tentang ayat-ayat puitis dan ayat-ayat cinta (ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham)

6. Suka like status kawan baik sendiri, motiff? so dia pon boleh la LIKE status dia sekali..(lepastu gaduh wall to wall dekat FB)

'BAPA BINATANG DURJANA' BUANG ANAK MACAM ANAK KUCING.....!!!

Hiasan

Ikuti beberapa peristiwa yang menunjukkan bahawa dalam dunia serba serbi canggih ini masih ada manusia yang seolah-olah hidup tiada tamadun..!!!

BAPA TINGGALKAN 3 ANAK KECIL DI TEPI JALAN SEBELUM MENGHILANGKAN DIRI

KUALA LUMPUR: “Tunggu sini sekejap, abah nak pergi beli rokok.” Itulah alasan diberikan seorang bapa kepada tiga anaknya yang baru berusia sembilan bulan, dua tahun dan lima tahun sebelum menghilangkan diri.

Tindakan tidak berhati perut itu dilakukan tidak sampai dua bulan selepas tiga beradik berkenaan kematian ibu mereka akibat barah, dua tahun lalu.

Lebih tragis, mereka ‘dibuang’ pada waktu malam di tepi jalan berhampiran kaki lima sebuah masjid tanpa dokumen dan wang belanja.

Kejadian yang berlaku terhadap Mira, Mila dan Amin (bukan nama sebenar) adalah contoh semakin ramai lelaki layak dilabel ‘bapa binatang’ kerana tergamak meninggalkan darah daging bagaikan ‘membuang’ kucing di tepi jalan.

“SAYA tak nak ikut kalau ayah datang nak ambil kami. Dia kejam! Kalau benar dia sayang saya dan adik, takkan dia tergamak buang kami di tepi jalan. Lagipun, dia tak pernah cari kami.

MAZLAN ALIMAN DAN PEGUAM GUNA DUIT PENEROKA UNTUK PERGI UMRAH...???

Nampak gayanya kegiatan Mazlan Aliman bersama ANAK membawa padah kepada PAS dengan kehilangan ahli dalam Felda Kemahang 3. Ikuti penjelasan oleh bekas ahli PAS yang sudah berang dengan 'penipuan' yang dilakukan oleh Mazlan Aliman bersama kumpulan peguam yang dilantik beliau dalam kes saman peneroka Felda Kemahang 3 keatas Felda - MinaqJinggo