Sunday 12 February 2012

PERUNTUKAN RM57.5 JUTA UNTUK PERAK......

MUHYIDDIN Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman bergambar bersama rakyat ketika Perhimpunan Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Teluk Intan, semalam. Turut hadir, Zambry Abd Kadir dan isteri, Saripah Zulkifli. - BERNAMA


TELUK INTAN 11 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan sehari ke Perak hari ini mengumumkan beberapa peruntukan yang kesemuanya berjumlah RM57.5 juta demi faedah rakyat di negeri ini.

Pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di sini, Muhyiddin mengumumkan kelulusan sebanyak RM30.846 juta dengan sebahagian besarnya untuk pembangunan pendidikan dan infrastruktur.

Sebanyak RM27 juta diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia di sini manakala RM800,000 pula bagi membina Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pangkor.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk menaiktaraf Jalan Sungai Manik-Changkat Jong manakala RM400,000 lagi bagi membina jeti nelayan yang baru di sini.

Turut hadiri, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan cek RM12.17 juta untuk Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ketika menghadiri Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam bersama kira-kira 3,000 warga pendidik di Ipoh, dekat sini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM14.5 juta kepada Sekolah Agama Rakyat yang menjalankan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (SAR KAFA).

Sementara itu, dalam ucapannya di SK Kampung Bahagia, Muhyiddin meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang menyalahkan kerajaan di atas peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang.

Muhyiddin berkata, kerajaan mengambil banyak pendekatan termasuk melaksanakan skim kawalan harga yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan atau negara di dunia ini.

“Tidak ada negara di dunia ini yang laksanakan sistem skim kawalan harga. Kalau tidak percaya, tanya Perdana Menteri Singapura, sudah tentu beliau akan jawab mana boleh kawal harga sebab negara itu mengamalkan sistem pasaran terbuka.

BARAT MAHU ANWAR JADI PM KERANA.........................

NAMA Dr. Chandra Muzaffar bukanlah satu nama asing dalam bidang akademik di negara ini. Pemikiran dan idea kritis beliau sering sahaja menimbulkan polemik yang pelbagai. Namun kini beliau menumpukan sepenuh tugasnya sebagai Presiden International Movement for a Just World (JUST) selain menjadi pengerusi Yayasan 1Malaysia.
Namun di sebalik semua usaha ini Chandra berkongsi bersama wartawan Mingguan Malaysia, Lukman Ismail dan Hafizahril Hamid tentang kesilapan paling besar pernah dilakukan sepanjang hidupnya, iaitu menyertai Parti Keadilan.
Beliau mengakui secara ‘terpaksa’ memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan pada awal penubuhannya dan kemudian Dr. Chandra juga antara orang pertama yang keluar parti setelah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pertemuan yang berlangsung di pejabatnya baru-baru ini, Dr. Chandra secara berterus terang bercakap tentang penglibatan dan kesilapannya itu dan pandangannya terhadap Anwar yang disifatkan beliau sebagai orang yang tidak layak memimpin negara ini. Berikut adalah sedutan wawancara tersebut.
MINGGUAN: Apa yang mendorong Dr. menyertai Parti Keadilan pada peringkat awal penubuhannya?
CHANDRA: Sebelum parti itu ditubuhkan pada 19 April 1999, sudah terdapat gerakan sebelumnya yang bernama Adil. Ia mendahului Keadilan sebagai satu gerakan sosial yang dipimpin oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan saya pula sebagai timbalan pengerusi. Matlamatnya untuk mempertingkatkan kesedaran rakyat tentang isu-isu yang mencabar masyarakat ketika itu, selepas Anwar dipecat. Adil berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat namun ia bukan parti politik. Saya dimaklumkan pada masa itu dan diulangi beberapa pihak, bila parti politik tertubuh maka orang lain akan memimpinnya. Bukan saya atau Wan Azizah kerana Adil bergerak sebagai sebuah NGO.
Tapi apabila parti politik ditubuhkan dikatakan 20 ahli Parlimen akan menyertai parti ini. Saya menganggap ini sebagai sesuatu yang akan berlaku maka saya tidak perlu terlibat dalam politik kepartian. Ini kerana saya memang tidak berminat dalam politik kepartian kerana saya bukan ahli politik dan ini bukan matlamat kami. Tetapi 20 ahli Parlimen yang dikatakan akan keluar tidak menjadi kenyataan dan ia hanya omong kosong. Oleh kerana tidak ada yang sanggup memikul bebanan ini maka saya terpaksa memegang jawatan timbalan presiden.
Boleh dikatakan Dr. terpaksa memikul tanggungjawab ini?
CHANDRA: Saya terpaksa memikul walaupun tidak berminat politik kepartian. Satu lagi faktor yang mendorong saya adalah dengan apa yang berlaku kepada Anwar bukan kerana beliau sahabat saya tetapi kerana peristiwa Anwar dibelasah di penjara. Perkara ini didedahkan pada 29 September 1998. Bagi saya, adalah sesuatu yang tidak adil apabila beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara. Saya sebenarnya tertipu kerana pada awalnya dikatakan terdapat ahli Parlimen yang akan melompat tetapi ia tidak berlaku.
Berapa lama Dr. di dalam parti dan apa yang mendorong Dr. keluar?
CHANDRA: Saya menyertai parti itu sejak April 1999 hingga awal Disember 2001. Saya tidak meninggalkan perjuangan tetapi menyertainya sebagai wadah. Saya berundur atas beberapa sebab, pertamanya selepas menyertai dan memegang jawatan timbalan presiden, saya telah terdedah kepada beberapa perkara dalam parti yang ahli-ahli biasa tidak mengetahui tentangnya. Saya nampak cara Anwar mengendalikan parti dari dalam penjara. Beliau berada di dalam penjara tetapi menguasai parti, membuat keputusan dan sebagainya.
Beliau yang pastikan arah tuju parti dan menguasai segalanya. Ini telah menjadi masalah kerana beliau cuba menentukan corak pengurusan dari belakang tembok penjara dan sudah tentu sukar untuk dilakukan. Seperti yang pernah dihujahkan oleh Allahyarham Maududi ketika dipenjarakan, beliau tidak mahu terlibat dalam pengurusan Jamaat Islami kerana merasakan ia adalah sesuatu yang mustahil. Tapi bagi Anwar walaupun ada struktur dan kepimpinan parti tetapi beliau masih mahu mengawal segalanya. Bagi saya ia mencerminkan satu sikap beliau yang suka mengawal dan menguasai. Beberapa masalah yang diketahui umum iaitu parti ini mempunyai banyak puak serta terdapat pelbagai kecenderungan dan sebagainya.
Keadaan ini bertambah teruk dengan cara pengurusan Anwar yang sering berjanji sesuatu kepada individu tertentu dan kemudian berjanji pula kepada orang lain. Mungkin ini adalah salah satu daripada gaya politik beliau. Apabila beliau menguasai parti terutama dalam keadaannya dipenjarakan, mungkin beliau menganggap cara tersebut sebagai paling berkesan. Anwar dengan sengaja menimbulkan perselisihan dan berpuak-puak dalam parti. Itu salah satu kelemahan yang saya lihat merugikan parti.
Perkara ketiga, Anwar ialah seorang pemimpin yang boleh disifatkan sebagai kurang ikhlas kerana ucapan, pidato dan retorik beliau sangat bertentangan dengan apa yang berlaku di dalam parti. Dalam Keadilan pada masa itu ada individu tertentu yang rapat dengan beliau dan terlibat dalam politik wang. Apabila saya mendapat tahu tentang perkara ini dan membawanya kepada Anwar, namun beliau tidak mahu bertindak kerana melindungi mereka. Begitu juga dalam perkara lain.
Beliau kononnya pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum tetapi dalam pilihan raya kecil Lunas misalnya jelas Anwar memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan. Ini sangat bertentangan dengan apa yang dilaungkan beliau. Ini seperti ungkapan cakap tidak serupa bikin.
Faktor lain adalah kerana hubungan Anwar dengan individu-individu tertentu di luar negara. Anwar mahu meneruskan dasar luar Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bertujuan menguasai kawasan-kawasan tertentu untuk mencapai matlamat mereka. Mungkin kita masih ingat tentang peristiwa 11 September 2001 lebih kurang tiga bulan sebelum saya keluar parti. Anwar pernah menulis dalam majalah Times yang seolah-olah menyebelahi AS dalam soal ini. Sudah tentu kita tidak setuju tentang keganasan, politik Osama Bin Laden dan sebagainya tetapi kita perlu mencari punca kenapa mereka menggunakan keganasan untuk mencapai matlamat mereka.
Namun penulisan Anwar dalam majalah itu terlalu berat sebelah dan beliau tidak cuba untuk memahami keadaan sebenar dan dilihat cuba merestui tindakan AS atas alasan penguasaan politik dan dominasi. Ini bukti kecenderungan beliau dalam hal ini kerana Anwar rapat dengan pihak-pihak tertantu. Sekarang ini sudah terbongkar tentang hubungan beliau dengan Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan beberapa individu lain yang cenderung terhadap Neo-Con. Mereka ini memang rapat dengan pihak Zionis.
Bagaimana dengan masalah peribadi Anwar. Apa pandangan Dr. terhadap isu ini?
CHANDRA: Saya pernah menimbulkan perkara ini dalam surat setebal 15 muka yang saya kemukakan kepada Anwar sebelum berundur dari parti. Ini bukan satu dokumen yang didedahkan untuk khalayak ramai. Namun dalam surat itu saya nyatakan juga tentang isu-isu moral yang turut dibangkitkan oleh rakan-rakan saya yang lain seperti dari Singapura yang tahu tentang aspek-aspek tertentu tingkah laku beliau.
Saya bangkitkan soal ini tetapi beliau hanya menyatakan ia adalah satu konspirasi, ada pihak mahu menjatuhkan beliau dan beberapa lagi. Namun apabila beberapa individu membangkit dan menjelaskan tentang isu ini kepada saya, saya mula meragui apa yang dikatakan beliau kepada saya.
Bagaimana pula pandangan Dr. tentang keadaan sekarang apabila banyak perkara semakin jelas tentang Anwar sama ada dalam hubungannya dengan pemimpin luar serta dalam soal peribadi?
CHANDRA: Mungkin kita masih ingat empat hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung, saya pernah ditanya pandangan jika Anwar menjadi perdana menteri dalam satu forum dianjurkan akhbar The Star, saya menjawab berterus terang bahawa beliau akan menjadi malapetaka kepada negara. Itu pandangan saya selepas tujuh tahun meninggalkan parti. Anwar telah menyaman saya sebanyak RM10 juta selepas saya menyatakan pandangan itu. Kes itu masih belum selesai dan ia masih di peringkat pengurusan kes. Namun saya akan tetap dengan pendirian saya tentang hal ini.
Pada pendapat saya, perkembangan dalam dua tiga tahun ini memperkukuhkan pandangan saya tentang Anwar. Kini pandangan saya mengenai beliau semakin kukuh setelah Pilihan Raya 2008 antaranya peristiwa 16 September, ia adalah satu pembohongan besar. Kalau kita benar-benar serius memperjuangkan demokrasi, bagaimana kita boleh mencetuskan satu rancangan atau komplot yang sangat bertentangan dengan demokrasi.
Ini bermakna beliau mahu merampas kuasa melalui politik pintu belakang dan itu yang saya tentang. Malah saya pernah menulis satu artikel mengenai bagaimana beliau memujuk ahli Parlimen untuk berpaling tadah menjatuhkan parti yang dipilih secara sah dan demokrasi.
Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati demokrasi malah hanya mempergunakan demokrasi untuk kepentingan diri. Adakah tindakan beliau ini berlandaskan etika? Sudah tentu Anwar ada menawarkan janji-janji tertentu kepada beberapa pihak yang sudah tentu melibatkan wang, jawatan dan sebagainya. Kita tidak tahu tentang perkara sebenar tetapi jika benar sudah pasti ia berbentuk rasuah. Padahal jika Anwar berucap di luar mahupun dalam negara, beliau akan mengecam kerajaan sekarang sebagai rasuah dan sebagainya.
Bagi saya beliau mempunyai masalah kontradiksi dalam personaliti beliau. Tidak ada pemimpin politik yang lebih hebat mengecam rasuah, isu kronisme dan sebagainya selain beliau tetapi sebenarnya beliau pun sama juga.
Satu lagi bukti yang saya mahu kemukakan adalah mengenai cara beliau menangani pemilihan dalam parti. Anwar akan memastikan kroninya menang pada hal beliau begitu lantang menentang kronisme. Terdapat banyak masalah berkaitan dengan etika seperti cara pihaknya mengira undi yang tidak betul, terdapat nama yang tidak wujud dalam pendaftaran parti serta bermacam-macam lagi. Keadaan sangat kucar-kacir dan apakah kita mengharapkan orang seperti ini menjadi pemimpin negara?
Seperkara lagi kalau kita lihat dalam kerjaya politiknya, beliau pakar dalam dua bidang atau dalam bahasa Inggerisnya, two ‘D’ specialist, pertama, demegogery atau pandai berpidato berapi-api tetapi kosong dalam ideanya dan satu lagi adalah dalam demonstrasi.
Pencapaiannya sebagai menteri kalau kita kaji, terdapat menteri-menteri yang mencapai pencapaian tertentu namun bagi Anwar, apa pencapaian yang dilakukan sebagai Menteri Pertanian kemudian Menteri Pelajaran? Sebagai Menteri Kewangan pula beliau hanya merosakkan ekonomi kita. Perkara ini jelas berlaku dan rakyat sudah lupa tentang bagaimana Anwar terlalu mengikut telunjuk IMF seperti yang ditulis oleh pemenang Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi, Joseph Stiglitz dalam bukunya Globalization and its discontent. Beliau secara berterus terang menyatakan bahawa Anwar mengikut IMF tanpa campur tangan IMF secara langsung.
Kita boleh lihat dalam kes Malaysia, IMF tidak masuk campur seperti di Indonesia kerana Dr. Mahathir Mohamad sangat tegas dalam hal ini, tidak seperti Anwar dari segi dasar-dasar yang dilaksanakan, semua itu adalah dasar IMF. Inilah yang merosakkan ekonomi kita. Yang menyelamatkan ekonomi negara ialah Dr. Mahathir apabila beliau melakukan dua langkah iaitu pertama, memecat Anwar dan kemudian, beliau mengenakan kawalan mata wang. Anwar sepatutnya menonjolkan kemahiran dalam aspek-aspek seperti pentadbiran, ekonomi dan sebagainya. Malangnya Anwar tidak ada idea dan hanya tahu mengkritik. Apakah individu seperti ini boleh memimpin negara kita? Malangnya terdapat pihak yang masih yakin dengan beliau dan saya tidak faham kenapa ini berlaku.
Kenapa terdapat pihak-pihak yang mahu menyokong beliau dan cuba mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri?
CHANDRA: Ini semua kerana kuasa. Tidak ada sebab lain kerana matlamat mereka mahu menawan Putrajaya. Sebahagian daripada pemimpin Pas dan DAP, tidak ada lain yang diimpikan selain kuasa dan Putrajaya. Tidak ada matlamat lain. Bagi mereka Anwar sangat penting kerana pertama, hanya Anwar yang dapat menyatukan mereka kerana jelas Pas dan DAP tidak mungkin mampu bekerjasama tanpa beliau. Tidak ada pemimpin lain dalam kalangan mereka yang boleh memainkan peranan ini kerana mungkin beliau berpengalaman sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan sebagainya.
Dalam soal karakter, sifat-sifat kepimpinan seperti apakah beliau seorang yang ikhlas dan amanah, mereka ketepikan soal itu kerana mahu mengejar kuasa dan menawan Putrajaya. Pada masa sama, Anwar memperalatkan mereka dan mereka juga melakukan perkara yang sama terhadap Anwar. Namun yang penting bagi Anwar, beliau tetap mahu menjadi perdana menteri tidak kira apa caranya. Beliau sanggup mengorbankan prinsip hanya untuk mencapai matlamatnya.
Pada pandangan Dr. apa kesannya jika Anwar yang pernah menjadi Pengerusi Foundation For The Future, menjadi Perdana Menteri memandangkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak-pihak tertentu di luar negara?
CHANDRA: Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab. Yayasan ini diilhamkan oleh Lyn Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Lyn Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian. Badan ini dilancarkan pada 2005 oleh bekas Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice. Ini menunjukkan pertubuhan ini sangat rapat dengan AS dan golongan tertentu yang rapat dengan Zionisme dan penguasaan dunia. Anwar menjadi pengerusi selama tiga tahun dan meletakkan jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
Yayasan ini jelas matlamatnya dalam memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat tetapi bertopengkan demokrasi seperti beberapa NGO lain antaranya National Endownment for Democracy dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros. Ini pastinya menimbulkan tandatanya kenapa Anwar dipilih sebagai pengerusi yayasan ini selain menunjukkan mereka begitu yakin terhadap beliau. Selepas Anwar menyertai demonstrasi mengenai flotila Palestin pada 2010, beliau mengecam Israel tentang hal ini namun kemudian bergegas berkunjung ke AS untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Anwar telah ditemuramah oleh CNN dan sebagainya untuk memulihkan imejnya. Dua pemimpin AS menulis rencana dalam Wall Street Journal yang kita ketahui dikuasai oleh Rupert Murdoch seorang Yahudi Zionis yang menguasai media.
Al Gore yang juga bekas Naib Presiden AS dan Paul Wolfowitz menulis rencana yang membela Anwar yang mereka sifatkan bahawa beliau seorang yang baik, kawan rapat dan sebagainya. Ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh membela Anwar. Malah kita boleh lihat sejak sekian lama, setiap kali Anwar berhadapan dengan krisis, cara mereka membela Anwar dan tekanan yang dilakukan mereka begitu bersungguh-sungguh. Ini menimbulkan persoalan kenapa mereka begitu sayang pada Anwar. Sudah tentu jika mereka bersungguh-sungguh membela Anwar pasti ada sesuatu yang mereka harapkan daripada beliau.
Saya tidak mahu membuat spekulasi apa yang mereka mahukan tetapi kita tahu dari segi dasar luar AS, ada dua pertimbangan utama, pertama adalah isu dan kedudukan Israel. Kita tahu AS mahu lebih ramai pihak yang menyokong atau mengiktiraf negara Israel dan keduanya dalam konteks Asia Tenggara dan isu China, mereka bukan mencari kawan tetapi sekutu yang boleh diharapkan untuk mencapai matlamat mereka. Sebagai contoh ucapan Barack Obama di Hawaii dalam mesyuarat APEC dan ucapan Hillary Clinton, mereka menamakan beberapa negara yang dianggap sebagai sekutu rapat iaitu Filipina, Thailand dan Singapura yang dilihat boleh bekerjasama mengimbangi kuasa China.
Namun nama Malaysia tidak disebut kerana walaupun negara ini berkawan dengan AS tetapi kita mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan kita sebagai sebuah negara dan tidak mahu menjadi budak suruhan AS atau Israel. Memang ini dasar yang digubal oleh Allahyarham Tun Razak sebagai negara yang bebas. Malah Malaysia merupakan negara bukan komunis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf China. Oleh itu kita boleh faham bahawa AS mahu mendapatkan sesuatu daripada Malaysia sebagai balasan –Mingguan Malaysia

BERHENTILAH MEROKOK..!!!


Kira-kira 20 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia didapati merokok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menyedari perkara tersebut, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperhebatkan lagi kempen berhenti merokok pada tahun ini.
“Kempen ini perlu diperhebatkan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara ini,” katanya pada majlis Perasmian Karnival Kesihatan di sini.
Mengulas lanjut. Tiong Lai berkata,  antara rancangan dalam kempen itu kelak adalah menyarankan setiap pesakit di klinik dan hospital kerajaan mengikuti program berhenti merokok.
Menurut beliau, program secara percuma yang akan diadakan bermula pada tahun ini tersebut diharap membantu perokok mengurangkan ketagihan mereka.
Jelas beliau, perokok yang berjaya mengurangkan tabiat merokok akan dapat merendahkan kebarangkalian mereka menghidap penyakit tidak berjangkit. – mynewshub.my

***Bau mulut perokok sama ada tegar tidak... memang sgt memualkan!!!!! Bikin aku keluar 'muntah hijau' !!!!!

JANJI YANG TIDAK TERTUNAI..... APA KATA RAKYAT.....

PERTAMA :



KEDUA :







Terkejut juga kami apabila Husam Musa boleh janji hendak bina Highway Kb-Kuala Krai dalam keadaan Hudud terbengkalai, negara Islam masuk ke laut. Jadi, apa kata kita tengok dulu reaksi rakyat Kelantan tentang janji baru PAS ini?!!





Rata-rata rakyat Kelantan masih lagi menuntut janji PAS untuk menyelesaikan dahulu masalah air di negeri tersebut sebelum membuka akaun janji-janji baru. Dan kalau dibaca dengan lebih teliti respon-respon di atas, jelas terpendam semacam satu perasaan tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PAS di Kelantan.

Inilah peluang yang baik buat BN. Sediakanlah manifesto dan janji pilihanraya untuk menyelesaikan isu yang dekat di hati rakyat. Insya Allah Kelantan akan kembali kepada kita.

Seperkara lagi, segelintir rakyat Kelantan masih lagi termakan dengan dakyah fuckatan bahawa negeri tersebut di anak tirikan oleh Kerajaan BN Pusat. UMNO dan BN perlu membuat usaha penerangan berkenaan jumlah bantuan tahunan kepada Kelantan yang jauh lebih besar berbanding negeri-negeri BN dan royalti minyak yang diminta-minta itu sendiri. Ramai yang masih tidak tahu kebenarannya.

*** Rakyat negeri lain yg sekarang di perintah oleh BN..... ambillah iktibar apa yg berlaku di negeri di bawah pentadbiran bukan kerajaan ni.... adakah anda mahu sebuah kerajaan yang hanya pandai 'tanam tebu d tepi bibir'.... atau pun kerajaan yang mengotakan janjinya..... TEPUK DADA TANYA IMAN.... 

KENAPA BUKAN DAP YG BUAT LAPORAN...???

SUMBER MAKLUMAT YANG PENULIS PALING GEMARI IAITU MY MASSA MEMAPARKAN INFO BERIKUT.....:



MARI KITA LIHAT SEBAHAGIAN KOMEN RAKYAT.... :


Yang menariknya, bukan sahaja mereka mempertikaikan mengapa tidak DAP sahaja yang membuat laporan polis jikalau Hasan Ali dikatakan menghasut, bahkan mereka sudah dapat mengaitkan peranan Pas sebagai pencacai setia DAP sekarang ini!

WHITNEY HOUSTON : HAYATNYA HANYA SAMPAI 48 TAHUN......


Ratu muzik pop, Whitney Houston yang terbabit dalam penggunaan dadah meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 48 tahun.
Polis Beverly Hills, Leftenan Mark Rosen, berkata Whitney disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.
Mayatnya kini masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematian.
Pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui. – AP
Diva Whitney Houston Meninggal Dunia
Penyanyi diva terkenal, Whitney Houston dilaporkan meninggal dunia seorang diri ketika ditemui salah seorang rakan terdekatnya di tingkat empat kamar hotel, Beverly Hilton, pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.
Menurut sumber, rakan Whitney kemudiannya menghubungi paramedik 911 yang bergegas datang ke hotel berkenaan dan berusaha memulihkan beliau melalui kaedah CPR namun cubaan tersebut gagal.
Paramedik 911 kemudiannya mengesahkan kematian penyanyi yang bersuara emas tersebut.
Pegawai koroner, Ed Winter, yang menyiasat kematian Whitney memberitahu bahawa terlalu awal untuk mengenal pasti punca-punca kematian penyanyi wanita berkulit hitam itu.
“Belum pasti, masih diperingkat awal penyiasatan dan terlalu awal untuk memberitahu punca kematiannya,” katanya yang dipetik dari TMZ.com.
Dalam kejadian sebelum itu, Whitney dikatakan telah menyertai rakan-rakannya di satu parti santai di hotel tempat beliau menginap pada malam itu dan dikatakan dalam keadaan sihat sahaja.
Rakan-rakannya, Dionne Warwick dan Cissy Houston yang turut berada di parti itu mengesahkan perkara tersebut.
Sementara itu, bekas suami Whitney, Bobby dilaporkan agak bingung dan sedih atas kematian penyanyi itu serta dilihat keluar masuk di hotel tersebut sambil menangis teresak-esak.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mendapatkan waran untuk menggeledah di bilik hotel Whitney ditemui meninggal dunia dan para penyiasat dijangka mencari dadah yang dikatakan menjadi punca utama kematian mengejutkan penyanyi tersebut.
Sebelum ini, mendiang dikatakan berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah ketagihan dadah yang agak kronik.
Whitney dikatakan telah keluar berseronok bersama teman-temannya di Hollywood pada malam Khamis lalu dan sempat mencapai mikrofon untuk mendendangkan sebuah lagu yang merupakan persembahan terakhir di dalam hidup beliau.
Untuk rekod, penyanyi di kelas yang tersendiri ini pernah menggondol dua Anugerah Emmy, enam Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik America ketika berada di kemuncak kariernya.
Selain itu, beliau juga merupakan penyanyi wanita pertama yang berjaya mengungguli Carta Billboard Amerika di kedudukan no.1 dan sebanyak 200 juta albumnya terjual di seluruh dunia.
Whitney meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina, hasil perkahwinannya dengan penyanyi R&B terkenal, Bobby Brown, pada tahun 1992 sebelum berpisah pada tahun 2007.
Berikut adalah persembahan terakhir Whitney yang sempat dirakam pada Khamis lalu;
*** Pengambilan dadah berlebihan..???

ANWAR CUMA UBAH UNDANG2 DI MALAYSIA...???


Opposition Chief Datuk Seri Anwar Ibrahim wants to change the laws in Malaysia with Western laws, purportedly to fight for human fundamental rights, said Tun Dr Mahathir Mohamad.
The former prime minister said that Anwar had stated in an interview with the British Broadcasting Corporation (BBC) in Mumbai recently that the Malaysian laws were obsolete, outdated. “Certainly Anwar knows about obsolete and outdated, for the Westerners it means it is not like what is found in the West now.
“Since the French revolution, the slogan ”Liberte”, ”Egalite”, ”Fraternite”, which is liberty, equality and fraternity haunts the minds of the westerners to an extent that anything which does not meet this slogan has to be changed or wiped-out,” he said in his latest posting on his blog, www.chedet.cc today with the title ”Lapok”.
He said Anwar”s allegation that Malaysian laws were outdated would obviously relate to extra-marital sex, unlike in the West.
“Among them are upholding the concept of supremacy of freedom and equality and sexual freedom. If a man, before or after marriage can have sex with any woman, why can”t the same apply to women.
“In the name of this freedom and equality, society gives this right to them. Hence, anyone, man or woman, can sleep with anyone and at anytime. With this, the marriage institution between a man and a woman is regarded no longer important,” said Dr Mahathir.
Other concepts of human fundamental rights, include changing the concept of marriage and family institution by defining a cohabiting couple as a family, can change partners without a divorce and who becomes the father is not important, he said.
In fact, he said, in the West, marriage between man and man or woman and a woman could be held, adding that anything that was prohibited by religion, customs or laws should be eliminated.
Dr Mahathir said as usual, anything created by the West would be regarded as good for all human beings and as such, efforts were made by the West to expand their concept of sexual freedom and equality.
“We found that the West, with the collaboration of certain Muslims, has succeeded in attempting to change the laws in Malaysia, because in Malaysia, there are Muslims who view any form of control on any form of sex as depriving them of their fundamental rights, as something cruel, especially to political leaders,” he added.
Although the West accepted adultery and sodomy as something normal, they could not accept anyone to be forced to commit adultery or sodomy. That was why when a woman lodged a report that she was raped by Managing Director of the International Monetary Fund (IMF), Dominque Strauss-Kahn, the latter was arrested and stripped of his post, he said.
“In Malaysia, too, when a report is received from a victim that he has been sodomised, naturally the accused has to face the law. This id definitely not outmoded because the West also practises this,” he said.
– BERNAMA