Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village arahan Wong Kew-Lit merupakan kontroversi berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat.
Filem yang bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara, khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara.
