Sunday 1 May 2016

AHMAD RAZIF KEKAL MENTERI BESAR TERENGGANU

KUALA LUMPUR, 1 Mei –  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Ahmad Razif Abdul Rahman kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
Najib berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.