Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018. Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara,sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini. Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%. Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN,memohon rebat cukai.