Muslihat Anwar guna himpunan gagal - Anuar Shaari
Muslihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan himpunan pembangkang bagi mendapatkan pengiktirafan menjadi Perdana Menteri daripada para penyokong pakatan itu telah gagal.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kegagalan tersebut jelas kerana kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan daripada para penyokong pembangkang.
Jumlah kehadiran 40,000 orang semalam adalah terlalu kecil. Hanya empat peratus daripada sasaran awal mereka iaitu satu juta orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang di Stadium Merdeka itu sekadar menyaksikan kehadiran kira-kira 45,000 peserta dan dilaporkan ramai yang pulang sejurus Anwar memulakan ucapannya.