Tuesday 24 January 2012

TOKYO DIRAMAL ALAMI GEMPA BUMI KUAT...???


TOKYO - Jepun yang dilanda malapetaka berganda awal Mac lalu dijangka akan berhadapan dengan gempa bumi besar, di ibu negaranya Tokyo, dalam empat tahun lagi.

Laporan BBC memetik penyelidik-penyelidik dari Universiti Tokyo berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada kebarangkalian 75 peratus gempa bumi pada skala tujuh akan melanda rantau itu.

Kerajaan Jepun berkata kemungkinan kejadian itu adalah 70 peratus dalam 30 tahun akan datang.

Amaran ini dikeluarkan tidak sampai setahun selepas wilayah timur laut Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami, dan disusuli dengan krisis nuklear.

Kali terakhir Tokyo dilanda gempa bumi besar adalah pada 1923, pada skala 7.9 menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kebakaran.

Penyelidik-penyelidik di institut kajian gempa bumi di Universiti Tokyo itu membuat ramalan ini berdasarkan peningkatan kejadian gegaran di Tokyo susulan malapetaka berganda pada 11 Mac lalu.

Menurut mereka, berbanding dengan tahun-tahun yang normal, peningkatan gegaran yang dikesan di kawasan metropolitan Tokyo adalah lebih kali ganda - sinarharian

AKIBAT KEMARUK SYABU....!!!

6 JAM YANG SANGAT MENCEMASKAN ..!!!
tebusankgbaru

Orang ramai yang menyaksikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan dijadikan tebusan di rumah sendiri di Kampung Baru pada Isnin, bertepuk tangan dan bersorak riang sebaik pihak polis berjaya menyelamatkan mangsa.
Kejadian mencemaskan yang berlaku di Jalan Raja Muda Musa itu cukup mendebarkan, selama enam jam, berbagai usaha dibuat oleh polis bagi memujuk penculik bersenjatakan pisau itu. Kejadian bermula jam 10 pagi itu, menyaksikan polis mengambil pelbagai langkah bagi memujuk suspek termasuk menggunakan khidmat pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain memanggil teman wanitanya.
Dalam usaha memujuk itu, polis turut menawarkan KFC dan McDonalds selain minuman kepada suspek tetapi gagal.
Selepas enam jam, polis akhirnya terpaksa melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki bagi membebaskan kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang hanya dikenali sebagai 'Fifi' itu dari terus menjadi tebusan suspek.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.
"Tembakan tersebut terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung," katanya kepada pemberita.
Zulkarnain berkata, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.
"Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.
"Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam," katanya.
fifiZulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.
Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah jenis syabu.
Polis bagaimanapun enggan memenuhi permintaan dadah tersebut kerana menyalahi undang-undang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sabah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun di daerah Dang Wangi.
"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun," kata beliau.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, Safruddin Marlis, 47, dia berada dalam bilik semasa suspek menceroboh ke ruang tamu rumahnya.
“Saya panik apabila melihat suspek dalam keadaan separuh bogel itu bertindak mengugut akan membunuh anak saya sekiranya saya bertindak melakukan sesuatu.
“Memandangkan keadaan saya yang kurang upaya, saya tidak dapat berbuat apa-apa semasa dia mengheret anak perempuan saya ke bilik belakang,” katanya yang menggunakan kaki palsu kerana kudung.
Safruddin memberitahu, kesemua ahli keluarganya di rumah itu termasuk isteri, seorang anak dan dua anak saudaranya dapat melarikan diri semasa suspek menceroboh masuk kecuali dia yang hanya keluar dari rumah itu selepas ketibaan polis.
Katanya, dia telah tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lalu dan tidak menyangka kejadian tersebut boleh menimpa keluarganya. 
BEBERAPA PAPARAN GAMBAR KEJADIAN TERSEBUT..... EHSAN DARI BLOG AAKJ :
lelaki bogel culik kanak-kanak perempuan
Suspek di percayai penagih dadah jenis syabu..... dalam keadaan SEPARUH BOGEL ketika melakukan penculikan itu.

hostage

child hostage

hostage

child hostage

child hostage