
Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.
