Thursday, 7 June 2012

DUTA YEMEN IKTIRAF MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM CONTOH, TAPI PAS BERKEMPEN NAK UBAH KEPADA NEGARA KEBAJIKAN...!!!







KUALA LUMPUR - Yemen amat mengagumi pembangunan ekonomi di Malaysia dan mahu mencontohinya, kata Dutanya di sini Abdulla Mohamed Al-Montser.
  
Untuk itu, Perdana Menteri Yemen Mohamed Salem Basundwa telah mengundang khas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, yang beliau sifatkan sebagai “arkitek dan pemikir di sebalik keajaiban ekonomi di Malaysia" ke Saana untuk perbincangan, katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif di sini hari ini.
  
Mahathir dijadual melawat Yemen hari ini.
  
Selain mengadakan pertemuan dengan Mohamed Salem dan menteri-menteri kerajaan yang lain, Dr Mahathir juga dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin sektor awam dan swasta.
  
Abdulla berkata Yemen mengagumi kejayaan Malaysia dalam semua bidang dan percaya semua negara Timur Tengah yang lain juga mempunyai pendapat serupa.

"Kami semua menyifatkan Malaysia sebagai Negara Islam Progresif Contoh dan amat menghormati Mahathir atas sumbangan beliau dalam meletakkan Malaysia pada kedudukannya pada hari ini," katanya.
  
Beliau berharap lawatan itu akan dapat meningkatkan lagi hubungan perdagangan, kebudayaan dan ekonomi antara Malaysia dan Yemen.
  
Bagi tahun 2009/10, Malaysia mengeksport barangan bernilai kira-kira US$500 hingga US$700 juta, terutamanya minyak sawit, kayu balak, produk kimia, produk elektrik dan elektronik ke Yemen dan mengimport minyak mentah, makanan proses, ikan dan produk pertanian bernilai antara US$200-US$250 juta bagi tempoh yang sama.
  
Selain itu, kapal MISC menjadi pengangkutan utama bagi Gas Cecair Asli (LNG) Yemen manakala kereta nasional Proton juga telah memasuki pasaran Yemen dua tahun lepas dan mencatatkan pertumbuhan baik.
  
Terdapat kira-kira 600  pelajar Malaysia di Yemen manakala lebih 5,000 pelajar Yemen melanjutkan pengajian di 32 buah universiti awam dan swasta di Malaysia.

Abdulla berkata kini terdapat banyak potensi bagi perniagaan Malaysia untuk menerokai pasaran Yemen berikutan negara itu sedang melaksanakan pelbagai program pembangunan infrastruktur seperti menaik taraf lapangan-lapangan terbang, pelabuhan-pelabuhan, beberapa lebuh raya, stesen-stesen kuasa, loji-loji sanitasi air, institut-institut teknikal, kolej-kolej komuniti dan pelbagai  projek pembangunan luar bandar.
  
Katanya mesyuarat peringkat menteri "Friends of Yemen" termasuk Malaysia telah mengadakan mesyuarat pertama di Arab Saudi bulan lepas untuk menilai situasi politik dan membincangkan bantuan segera kepada negara itu.
  
Mesyuarat kedua kumpulan itu, yang turut termasuk negara-negara di Eropah dan Timur Tengah akan diadakan akhir bulan ini, dengan negara-negara berkenaan dijangka mengikrarkan dana bagi pelbagai projek pembangunan, kata Abdulla.
  
Arab Saudi telah mengorak langkah pertama dengan mengikrarkan lebih US$3.25 bilion.
  
Sejak berlakunya rusuhan di Yemen pada 2011, keadaan di negara itu kini semakin aman selepas persetujuan dicapai untuk menamatkan rusuhan, hasil usaha negara-negara Majlis Kerjasama Teluk yang diketuai Arab Saudi dan disokong masyarakat antarabangsa.
  
Fasa pertama persetujuan itu dilaksanakan dengan penubuhan kerajaan perpaduan nasional dan pilihan raya presiden pada 21 Feb tahun lepas.
  
Sementara itu, bagi fasa kedua selama dua tahun yang sedang dilaksanakan sekarang menyaksikan penstrukturan semula tentera, mengadakan dialog nasional, mendraf perlembagaan baharu, referendum mengenai perlembagaan dan pilihan raya Parlimen, kata Abdulla. - Bernama

***Di Yemen tidak ada parti PAS.... so, bagaimanakah rakyatnya nak masuk syurga...???? Hahaha..... PAS yang sesat lagi menyesatkan...!!!

TATOO YANG MERAPU DAN GILA..!!!

ADMIN sekadar ingin memaparkan beberapa tatoo yang menjadi kegilaan sebahagian manusia di mukabumi ini yang seolah-olah tidak menghargai kulit mulus yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta....

Jangan lupa akhiran pada paparan ini..... ada ilmu untuk menambahkan pengetahuan.....

TETAPI, TERLEBIH DAHULU.....

Jom lihat tatoo2 pelik utk orang2 yang berimaginasi pelik....!!




2 gambar di atas mungkin boleh dikategorikan sebagai.... 'mendukung biawak hidup'...hehehe

Adakah umat islam dibenarkan bertatoo?
Mungkin segelintir daripada kita akan mengatakan haram...bagus...anda faham tntg agama..tapi bagaimana pula dengan sebilangan yang lain?


'Aku buktikan bahawa Tarantula tidak beracun'....!!


'Putus sambung kembali"....


'Gigi yang putih berseri'...


Mungkin pemilik tatoo ni tidak berpuashati dengan ketiaknya yang gelap..... hahaha!!


Tokeh syabu ke ni....???


'Kepala hotak kau..!!!'


Dah ilang kedut.....



Tidak kira tatoo itu betulis ayat quran sekalipun, apa yang haram maka tetap haram melainkan dalam keadaan darurat. Persoalannya, kedaruratan apakah yang memaksa seseorang muslim itu bertatoo? Tepuk dada tanyalah diri sendiri!!!
Mari sama-sama kita ikuti hukum bertatoo menurut Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
____________________________________________________
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

Keterangan/Hujah:

1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :

Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)

3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.

5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.

6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Sumber: E-Fatwa

SAHAM FELDA BAKAL JADI PENYAKIT PADA PRU13???



Aku mungkin antara segolongan insan bukan peneroka ataupun anak peneroka yang dapat menyaksikan bagaimana sokongan warga Felda sebelum ini terhadap usaha kerajaan untuk penyenaraian FGVH. Walaupun dipasak dengan pelbagai khabar dan andaian oleh ANAK, namun dalam beberapa siri jelajah OPS Warisan dan Program Sepetang Bersama Pemimpin yang antara lain bertujuan menerangkan tentang penyenaraian FGVH, aku yang kerap mengikuti pihak Seranta (JPM), dapat menyaksikan majoriti sokongan warga Felda terhadap usaha kerajaan itu memang tidak berbelah bahagi.

Keghairahan warga Felda seolah-olah terbantut apabila mereka menandatangani borang biru. Masing-masing seolah-olah tidak percaya dengan jumlah 800 unit saham yang mereka perolehi! Di warung, di masjid, di gelanggang futsal malah di mana-mana sahaja, mereka memperkatakan tentang hal ini. Apa yang jelas, puak Pakatan seolah-olah membiarkan sahaja isu ini. Meraka hanya mengulasnya untuk hari pertama dan kedua sahaja, seolah-olah isu ini akan disimpan untuk dijaja pada kempen PRU nanti.

Persoalan yang timbul dibenak mereka ialah benarkah penyenaraian ini memberi keutamaan kepada warga peneroka yang merupakan penyumbang utama bahan mentah untuk industri-industri di bawah FGVH? Apa yang dipersoalkan mereka ialah wajarkah golongan peneroka hanya menerima sejumlah 90,108,000 unit saham untuk mewakili 112,635 keluarga? ...iaitu yang membawa kepada 800 unit saham bagi setiap peneroka?

Manakala terbitan saham selebihnya (keseluruhan 182,408,000 unit) yang diperuntukkan untuk  warga Felda iaitu 92,300,000 diagih-agihkan kepada bukan peneroka. Walhal mereka yang bukan peneroka, yang layak terhadap saham tersebut berjumlah hanya  kurang dari 30,000 orang sahaja.

Apa yang dipersoalkan sekarang ialah bukannya jumlah yang mereka terima, tetapi wajarkah orang lain yang dah dapat tumpang mencari rezeki dengan adanya peneroka Felda dapat lebih dari apa yang mereka dapat? Difahamkan kakitangan sokongan Felda dan kilang mendapat sehingga 3000 unit saham dan kakitangan pengurusan mendapat sehingga 6000 unit. Perkara ini perlu dijelaskan oleh pihak Felda kepada warga peneroka sebelum terlambat.

Apa yang menyedihkan di sini ialah, dalam setiap program untuk menerangkan isu penyenaran FGVH ini (boleh lihat dalam beberapa post sebelum ini) keterlibatan kakitangan sokongan dan pengurusan Felda ini sangat-sangat mengecewakan, malah ada sesetengah tempat, hanya pengurus sahaja yang datang. Nasib baiklah adanya pihak Seranta (JPM) yang kerap mengadakan program dan bertemu dengan golongan peneroka.

Sebelum terlambat elok benarlah pihak pengurusan Felda menggembeleng tenaga bersama-sama dengan pihak JKKK, Seranta, DUN mahupun Parlimen agar terus memberikan penerangan kepada warga peneroka tentang keistimewaan-keistimewaan yang telah dan bakal mereka terima susulan dari penyenaraian FGVH ini, terutamanya tentang tabungan 20% yang telah diumumkan oleh DS Najib.

SERONOKNYA BERBASIKAL SETINGGI RUMAH....


HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini.
Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.
Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.
"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.
"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.
Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.
Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.
Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. - Agensi
sumber : kosmo online

SUAMI CELAKA ~ PENGGAL DAN CINCANG ISTERI....!!!


GAMBAR HIASAN

Seorang lelaki mengaku memenggal isterinya sebelum mencampakkan kepala mangsa dari bumbung apartmen mereka ketika keenam-enam anaknya berada di rumah.

Orhan Sircasi ditahan kerana membunuh isterinya, dan memotong mayat mangsa dengan pisau.

Lelaki berusia 32 tahun itu cuba mengelak daripada ditangkap dengan menyerang anggota polis dengan pisau berkenaan.

Dia akhirnya berjaya ditangkap di balkoni kompleks apartmennya tetapi hanya selepas dia mencampakkan kepala isterinya dari bumbung apartmen itu.


Polis diberitahu mengenai kejadian berkenaan sejurus selepas jam 1 pagi setelah saksi membuat laporan mengenai pertengkaran sepasang suami isteri dari balkoni masing-masing dan melihat bagaimana Orhan menikam dada mangsa sebelum memenggalnya.


Ekoran penangkapannya, Orhan dikatakan memberitahu pegawai, dia tidak kesal dengan perbuatannya.

Dia dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Polis mengesahkan, enam anak pasangan itu, empat lelaki dan dua perempuan yang berusia antara satu hingga 13 tahun, berada di rumah tetapi tidak menyaksikan pembunuhan itu.

Bagaimanapun seorang jiran berkata sebaliknya.

“Mereka dalam ketakutan. Si bapa membiarkan mereka melihat ketika dia memotong mayat ibu mereka,” kata jiran itu.

Kanak-kanak itu kini diberi rawatan psikologi dan akan diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa.

Jiran membuat laporan kepada polis pada awal pagi selepas terdengar jeritan dari kediaman pasangan itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak diketahui.

Seorang jiran memberitahu akhbar Bild: “Saya terdengar jeritan dari rumah atas dan kakak saya berkata, ada sesuatu yang terjadi. Kami mendekati tingkap dan mendengar bagaimana lelaki itu menjerit dan memukul isterinya.

“Akhirnya, saya melihat dia memegang kepala wanita itu. Saya mendengar dia campakkan kepala itu ke bawah.”

Seorang jiran lain berkata: “Saya melihat kepala itu dan saya fikir tidak ada apa-apa. Ia mungkin patung atau sesuatu yang lain.

“Tetapi apabila polis menyuluhnya saya berkata: ‘Oh Tuhan. Itu jiran kami.”
Menurut laporan media, Orhan sering bertindak ganas terhadap isterinya, memukul dan menendangnya jika dia berang, lebih-lebih lagi selepas minum arak.

Orhan dipercayai mempunyai rekod polis kerana beberapa kesalahan, termasuk kerana cuai, kesalahan trafik dan dadah