Tuesday 15 April 2014

( VIDEO ) : PELIK !!! WANITA 'MENGANJINGKAN' LELAKI !!!


Apa kejadah punya lelaki sanggup 'dianjingkan' oleh perempuan sedemikian rupa. Dah hilang akal ke hapa !!! Kejadian dikatakan berlaku di Farringdon, London. Seorang wanita berjalan bersama seorang lelaki tetapi aneh apabila lelaki tersebut bukanlah berjalan seiringan dengan wanita itu sebaliknya merangkak seperti anjing dan lehernya diikat dengan tali. Lebih pelik tak ada siapa yang menegur mereka dan tidak diketahui juga apakah hubungan antara mereka berdua. Jika dilihat dari cara dan pakaian mereka yang 'sedondon', hubungan antara mereka nampaknya erat!!

PAS SELANGOR TIDAK AKAN LAKSANAKAN HUDUD !!!


Di saat rakan seperjuangannya di Kelantan berjuang sekian lama mahu melaksanakan hudud di kerajaan naungan mereka, nampaknya Pas Selangor tidak berhasrat untuk mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu meskipun mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

PESAWAT AIRBUS BERLANGGAR SESAMA SENDIRI DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA YANGON


KUALA LUMPUR : 

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International hari ini.

(VIDEO) : PENCULIKAN DI SEMPORNA BERMOTIFKAN WANG


Lokasi : Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Acara : Putrajaya Forum, sesi 1 - 'Transnational Organised Crime in Asia'

Tarikh : 14/4/2014

Demi menjaga keselamatan mangsa yang diculik, PDRM dan pihak berkuasa Malaysia telah bersetuju dengan kerajaan Cina dan Fillipina untuk merahsiakan perincian 'negotiation' dengan penculik dan langkah-langkah tektikal yang akan diambil seterusnya. Yang pasti penculikan dilakukan bermotifkan wang. Penculik telah menuntut wang tebusan sebanyak 500 juta pesos atau RM36.4 juta untuk seorang warga Cina yang menjadi tebusan.

KEJAM !!! IBU BUNUH ANAK SENDIRI, POLIS TEMUI 7 MAYAT BAYI DALAM KOTAK DI DALAM RUMAH


WASHINGTON 14 April 2014 : 

Polis telah menemui tujuh mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun di dalam rumah ibu mereka di Utah, Amerika Syarikat, semalam.