Sunday 8 January 2012

BUKTI PKR SETUJU SYARAT POLIS...!!!

Gambar Shamsul Iskandar AMK Tandatangan Dokumen

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya esok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin,” katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam.



Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyai salinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar,” katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan, PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan),” katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi. -Bernama




SUMBER : DI SINI


PAS BERTINDAK BETUL APABILA PECAT HASSAN ALI..!!!



SEDIAKAN KAIN KAFAN YANG MENCUKUPI .... PAS AKAN BERKUBUR DI PRU 13..!!!




HAMPIR 10,000 AHLI PAS DI SHAH ALAM & KLANG JUGA UMUMKAN KELUAR DARI PAS SEBENTAR TADI ... KERANA TIDAK SETUJU HASSAN ALI DIPECAT ...


JIKA MAKLUMAT YG BARU DITERIMA INI BENAR...... MAKA.... BERSEDIALAH PAS UTK BERKUBUR DI PRU 13.... SAYONARA.....




****MAKLUMAT LENGKAP BERKAITAN, AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA


HASSAN ALI KENA PECAT SERTA MERTA...!!!

AKHIRNYA..... PAS PECAT HASSAN ALI BERKUAT-KUASA SERTA MERTA....!!!


BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA DARI HASSAN ALI SEBAIK SAHAJA MENGETAHUI BELIAU TELAH DI PECAT :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini. 

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali 
ADUN Gombak Setia 
8 Januari 2012 

MENGAPA MEREKA BENCI SANGAT DENGAN DS NAJIB..???

Azhar- jawab 11 soalan ini?

Masjid tempat bersatu,bukannya berpecah

SEMUA kerajaan laksanakan tidak betul,melanggar syariat,tidak Islamik dan pernah juga kerajaan ini dianggap kerajaan taghut malah sehingga ke hari ini kerajaan dan pimpinan UMNO diserang dengan berbagai-bagai fitnah.dimaki dan digelarkan dengan macam-macam gelaran.

Begitu bencinya Pak lebai,Pak Imam,ustaz ataupun  yang mengaku ulamak baik yang mengaji tinggi ataupun setaraf mangkuk ayun terhadap UMNO,terhadap PM Najib dan kepada semua pemimpin yang sebelum dan hari ini berkerja keras untuk memakmurkan negara dan rakyatnya.

Bongkak,angkuh orang yang melemparkan fitnah dan maki hamun ini.Mereka ini berserban,berkopiah dan mulutnya sentiasa kumat kami mencari helah baru dan merancang segala fitnah untuk mengelirukan rakyat.Mereka gunakan masjid dan surau sebagai tempat untuk mereka melampiaskan nafsu amarah mereka untuk kepentingan diri ataupun kepentingan idealogi pertubuhan ataupun persatuan yang mereka wakili.

Ada yang mengaku mereka tidak pernah berguru sedangkan Nabi Saw pun ada gurunya.Ada yang mengaku mereka bersekolah agama baik di pondok ataupun pasentren tapi di sekolah pondok pun hari ini begitu banyak masalah moral termasuklah mencabul anak murid sendiri hingga ada yang melahirkan anak luar nikah.

Hari ini ada yang menjaja ataupun melacurkan ilmu agama yang tidak seberapa untuk mencari makan.Ada yang mengenakan bayaran cukup tinggi bagi kelas tazkirah,forum ilmuan agama malah ada yang meminta layanan bertaraf VIP sekiranya mahu khidmat mereka.

Saat beginilah mereka ini mengambil peluang mencerca,mengadu domba dan memecahbelahkanm masyarakat malah semakin dekat pilihanraya,telatah dan lidah mereka cukup menjadi-jadi. Kalau sebelum ini saya pernah menulis tentang betapa `hebat’nya Azhar Idrus hingga tulisan saya diserang dengan segala caci maki.

Ramai yang mengatakan Azhar ini hebat.Dakwahnya mudah difahami.Dia cukup disenangi oleh golongan muda.Kita tidak tahu golongan muda yang bagaimana?Adakah golongan muda yang memilih jalan pintas untuk bertaubat dan mengenal Tuhan serta Rasul tanpa mahu mengambil kira latar belakang guru mereka?Ataua adakah golongan yang telah sekian lama sesat dan akhirnya bertemu jalan senang untuk menghapuskan dosa silam mereka?

Bukan Ustaz internet tapi Ustaz PAS!
Kalau benarlah Azhar Idrus ini berdakwah untuk menegakkan syiar Islam di Negara ini,dia perlu menjawab beberapa soalan kerana dalam beberapa ceramahnya beliau begitu tega memfitnah dan menyerang kepimpinan PM Najib.

Saya tanya 11 soalan dulu untuk Azhar Idrus jawab dan kalau beliau tidak mampu untuk berkata benar dan menjawab soalan ini, kita desak Majlis Agama yang memberikannya tauliah untuk mengajar agama menarik balik tauliah tersebut .

1.   Apa hukumnya sesorang itu mengerjakan Haji dengan wang sponsor oleh orang yang ada kepentingan terhadap kuasa seseorang?

2.  Apa hukumnya jika seseorang pemimpin yang berjanji sekiranya menang pilihanraya mereka akan melaksanakan hukum hudud tetapi setelah menang mereka tidak laksanakan?

3.  Apa hukumnya jika pemimpin yang berkuasa ke atas undang-undang syariah apabila diberitahu ada pemimpin lain di bawahnya terlibat dengan zina tetapi tidak mengendahkannya sedangkan ada saksi yang sanggup tampil ke depan.

4. Apa hukumnya sebuah kerajaan yang banyak mendirikan berhala pada zaman pemerintahannya melebih daripada mendirikan masjid malah hamper tiada lansgung masjid didirikan?

5.  Apa hukumnya jika seorang pemimpin yang berkuasa melantik anak menantunya menjadi Pengarah Syarikat dalam negeri yang diperintanya tanpa persetujuan syumul dan ahli lain?

6.  Apa hukumnya jika sebuah kerajaan gagal untuk menyediakan kemudahan asas seperti air bersih kepada rakyat sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk melaksanakannya?

7.  Apa hukumnya jika seorang pemimpin mengarahkan arak yang dirampas dihantar balik kepada penjual seperti yang berlaku di Selangor?

8.  Apa hukumnya pemimpin yang menghalang Jabatan Agama membenteras gerakan Kristian memurtadkan orang-orang Islam malah mereka ini menyalahkan Jabatan Agama?
 
9. Apakah hukumnya jika pemimpin Islam menolak untuk bersatu dan perpaduan sesama Islam yang lain malah menolak ataupun meningkirkan pemimpin-pemimpin Islam lain yang mahu bersatu?

10.  Apakah hukumnya memfitnah pemimpin atau orang lain membunuh seseorang sedangkan tiada sebarang saksi ataupun bukti walau sekeping gamabr mauopun seminit video?

11. Apakah hukumnya jika seseorang itu tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan di atas segala nikmat yang mereka terima ?



Selama ini Azhar Idrus ini cuma nampak dan bersungguh memeprtahankan pemimpin islam dalam PAS pada setiap ceramahnya walaupun tidak menamakan khusus pemimpin mana dan kali ini kita minta beliau jawab 11 persoalan itu kerana beliau dilihat bukan sekadar berdakwah tetapi sudah berani mengeluarkan hukum.Dan kalau tidak mampu jawab,seperti yang saya katakana tadi,Majlis Agama perlu menarik balik tauliah mengajarnya kerana jelas dakwahnya bermotifkan politik dan bukannya mahu menegakan syiar !slam.