Seorang lelaki dibunuh kejam apabila kepalanya hampir hancur ditetak manakala perutnya terburai, dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Akob, Bukit Kapar, semalam.
Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemui terbaring seorang pemilik ladang, kirakira jam 8.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis dari Balai Polis Kapar dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat daripada pemilik ladang berkenaan.