Tuesday, 13 May 2014

ADUN BUKIT BESI TARIK BALIK SURAT KELUAR UMNO... KEMBALI JADI ADUN BN.....

roslee-daud

KUALA TERENGGANU  : 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). 

KASIH IBU LAHIRKAN BAYI SATU BADAN 2 WAJAH

Foto
Faith dan Hope di hospital.

Sydney : Kasih sayang seorang ibu bukan saja mampu membawa ke syurga, malah turut membolehkan seseorang menghirup udara sementara diberi nyawa.
Ketika doktor memberitahu Renee Young dan Simon Howie mengenai keganjilan anak mereka, nasihat yang diberikan ialah supaya janin berkenaan digugurkan. Ketika itu kandungan Renee berusia 19 minggu.

AHMAD SAID KELUAR UMNO TETAPI TETAP SOKONG KERAJAAN SEDIA ADA


Terkini yang admin baca di blog 1 MALAYSIA..... Bekas menteri besar terengganu dan juga YB Kijal Dato Seri Ahmad Said mengeluarkan kenyataan rasmi pendirian beliau dan rakan-rakan dari parti bebas yang keluar Umno, tetap akan menyokong kerajaan Terengganu (Umno) sedia ada sekarang.

KRISIS POLITIK TERENGGANU - WARKAH SEDIH KETUA UMNO BAHAGIAN MARANG......


Assalamualaikum Sahabat-sahabat kepimpinan UMNO dan warga UMNO Bhg. Marang. 
Di sini saya  nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli UMNO dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA.

KRISIS POLITIK TERENGGANU - JALAN PENYELESAIAN MASIH TERBUKA ???


Assalamualaikum w.b.t
Krisis politik Terengganu yang terbaru dilihat bakal memusnahkan terus kepimpinan Kerajaan pimpinan UMNO di Terengganu. Sebagai 'orang dalam' yang memiliki pelbagai maklumat, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak walaupun berhak berbuat demikian.


Saya melihat kepada jalan penyelesaian yang masih terbuka dan boleh mengekal Kerajaan Pimpinan UMNO yang sedia ada tanpa perlu diadakan Pilihanraya Negeri / Kecil. Sebenarnya Menteri Besar yang baru (UMNO) yang dilantik semalam akan kekal menjadi Menteri Besar sehingga adanya usul undi tidak percaya di Sidang DUN atau ada mana-mana ADUN yang boleh menyatakan beliau mendapat 17 sokongan kepada DYMM Sultan Terengganu.

Dalam tempoh itu, kepimpinan UMNO pusat masih mempunyai ruang untuk mencari jalan penyelesaian. Keadaan ini juga kerana ketiga-tiga ADUN UMNO yang mengistiharkan menjadi ADUN Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS dan jika kena caranya ketiga-tiga mereka juga boleh mengistiharkan mereka 'ADUN Bebas yang menyokong UMNO' sekaligus masih boleh menyelamatkan kepimpinan kerajaan UMNO di Terengganu.

Seperkara lagi, dari segi dokumentasi atau prosedurnya, surat asal peletakan jawatan politik dari ketiga-tiga ADUN UMNO masih belum diterima Setiausaha / Presiden parti dan tiada apa-apa penerimaan atau persetujuan parti atas peletakan jawatan tersebut. Maka, ini membuka ruang untuk segala perbincangan dan mencari jalan penyelesaian serta menuntut kebijaksanaan Presiden parti menyelesaikannya.

Dengan pelbagai ruang yang masih ada, saya memohon kepada semua ahli UMNO di Terengganu dan di Kemaman untuk bertenang dan berdoa kehadrat Ilahi supaya Kerajaan pimpinan UMNO terus menerajui negeri kesayangan kita ini. Saya sangat yakin, jika ditangani dengan penuh berhemah perkara ini dapat diselesaikan sebelum terjadinya "kemusnahan dasyat" kepada kita semua.

Oleh yang demikan, sama-samalah kita berdoa supaya semua ujian Allah ini memberi kita satu jalan keluar yang membuatkan parti kesayangan kita ini menjadi lebih kuat dan terus mampu membela rakyat Malaysia. In Shaa Allah..

Kami sangat sayangkan UMNO !!!

(MOHD FAUZI MAT ADAM)
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman /
AJK UMNO Bahagian Kemaman.

3 ADUN BN TERENGGANU NAFI KELUAR PARTI, MASIH KEKAL BERSAMA UMNO, SPEAKER NAFI DUN TERENGGANU BUBAR !!!


Tiga wakil rakyat BN Terengganu hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar UMNO. Adun tersebut adalah Adun Kemasik, Ir Rosli Othman,Adun Permaisuri iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie dan Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad.  

Kedudukan terkini DUN Terengganu :

  • BN                    14
  • PKR/PAS        15
  • Bebas                 3
      JUMLAH            32  kerusi

Sementara itu, YDP Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong menafikan kenyataan pembubaran DUN Terengganu seperti yang tersebar di laman media sosial.




ADUN KEMASIK IKUT JEJAK AHMAD SAID TIDAK BENAR !!!


KEMASIK : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Rosli Othman berkata, beliau tetap dengan keputusan untuk kekal bersama UMNO.

(FOTO) - PERLANTIKAN MB TERENGGANU DATUK AHMAD RAZIF.... MUNGKINKAH MB PALING SINGKAT DALAM SEJARAH POLITIK NEGARA ???


LUPAKAN sebentar kemelut dan krisis politik yang sedang melanda Terengganu sekarang ini. Saksikan seketika, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said setelah diperkenan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Datuk Ahmad Razif telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 di Istana Syarqiyyah.

KECEWA PERMINTAAN TIDAK DIENDAHKAN PUNCA AHMAD SAID KELUAR UMNO


KUALA LUMPUR : 

Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO dibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.

TERKINI !!! DUN TERENGGANU BUBAR, PILIHANRAYA DALAM MASA TERDEKAT ???


Maklumat terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno telah menjadi YB bebas di Terengganu melibatkn Dun berikut :-

TERKINI !!! 6 ADUN UMNO TERENGGANU KELUAR PARTI ???!!!


Krisis politik di Terengganu nampaknya telah pun sampai ke kemuncaknya!

Selepas penyingkiran ADUN Kijal yang juga Menteri Besar (bekas - sehingga malam semalam), YB Datuk Seri Ahmad Said, Perdana Menteri mengumumkan perlantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.