Saturday 14 September 2013

DUTA LIBERTY FOR ALL, SUMBER KEKAYAAN AHMAD DHANI.....

Holland Taylor, CEO LibForAll (kiri), bersama Once vokalis Dewa (tengah) dan Ahmad Dhani (kanan), sedang menyusun lirik ke dalam bahasa Inggeris untuk lagu Laskar Cinta (“Warriors of Love”). Once adalah seorang Kristen manakala Ahmad Dhani adalah Muslim pro-Israel. Menurut Holand Taylor, lagu Laskar Cinta membawa mesej penting untuk menuetralkan kumpulan teroris Islam Indonesia. Kajian yang dibuat sebelum ini mendapati di Indonesia, kaedah yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat Muslim adalah muzik, tetapi kaedah itu tidak sesuai di Malaysia. Kaedah yang paling berkesan di Malaysia adalah melalui pendekatan ilmu dengan menggunakan tokoh-tokoh orientalis
AIDCNews  – Anak lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU 'ROH' UNTUK PERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai sesuatu yang sangat jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh," kata Presiden Umno itu pada pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada pagi tadi.

Menjiwai pentingnya perjuangan Bumiputera, Najib memetik Tujuh Wasiat tersebut yang memperkenan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. Ucap beliau dengan lantang.....
"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain," 

Najib berkata Wasiat itu telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui penyertaan Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk 50 tahun lepas.

Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan lima strategi utama bagi memperkasa Ekonomi Bumiputera, meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, ahli perniagaan Bumiputera, ahli akademik, dan ribuan penuntut di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM, di sini.

Katanya Bumiputera yang mewakili 67.9 peratus warganegara Malaysia seramai 27.4 juta orang, perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

"Sesungguhnya, sebarang prakarsa (inisiatif) bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama," katanya.

Sejak Merdeka, kata Perdana Menteri, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.

Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu. "Mereka dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui "Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b," kata Najib. BERNAMA

Teks Ucapan penuh Perdana Menteri pada majlis tersebut...... Klik Di Sini

34 Touch Points Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan PM.... KLIK DI SINI

RAJA AZMI BERI CUCU 8 BULAN HISAP ROKOK..???!!!

raja azmi

Tu dia.. admin pun terkejut juga...tak ubah macam rokok sebenar..!!!

Memang kecoh dibuatnya apabila sekeping gambar Raja Azmi bersama seorang bayi dengan sesuatu yang kelihatan seperti rokok tersebar di Internet semalam. Banyak pihak yang mengecam dan melemparkan kata-kata kesat terhadap Raja Azmi atas tindakannya itu. Sekali pandang, memang nampak seperti rokok namun menurut Raja Azmi itu hanya gula-gula.

Kata Raja Azmi kepada ABNXcess:-
Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok

LAMBORGHINI PLATINUM BERSALUT EMAS, KERETA TERMAHAL DI DUNIA


goldaventador
London : Kereta paling mahal dan berharga di dunia, Lamborghini Aventador yang dibuat daripada 500 kilogram emas dan platinum, selain bertatahkan permata dipamerkan buat kali pertama di luar Eropah oleh Lamborghini Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dibina di Jerman oleh pengeluar yang menghasilkan model kereta mewah daripada logam padu berharga sejak 12 tahun lalu, kualiti pertukangan, ketepatan, gaya tersendiri dan nilainya menjadi identiti kenderaan itu yang kini dipamerkan di UAE. Ia mampu menjadi milik anda dengan harga serendah mulai 5.5 juta Euro (RM23.9 juta). Pameran itu adalah untuk melelong kenderaan tempahan khas itu, tetapi jika pembeli mahu memintas proses bidaan dan membelinya sekarang, pengeluar menawarkan Dh26.75 juta (RM23.8 juta) atau tawaran yang hampir.

GUAN ENG TERIMA UGUTAN BUNUH DARI AHLI DAP.....CARI POLIS JUGA...!!!



Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming mendakwa ugutan bunuh terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng semalam didalangi oleh “orang dalam” parti itu yang dipercayai mempunyai motif dendam dan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara sejak PRU13.

Enggan menamakan pihak terbabit, Kian Ming mendakwa terdapat segelintir “orang kecewa” dalam parti yang tidak dicalonkan pada PRU13 lalu dan tidak diberikan jawatan dalam parti, dipercayai terbabit mendalangi pelbagai usaha mensabotaj parti dan pucuk pimpinan sejak akhir-akhir ini.

GANTUNG SAMPAI MATI UNTUK PEROGOL DAN PEMBUNUH

image

NEW DELHI :  Sembilan bulan selepas seorang wanita pelajar perubatan dirogol dan dibunuh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di Delhi, empat lelaki dijatuhkan hukuman mati.