Wednesday 15 February 2012

ANWAR, AZMIN... DIKRITIK BLOGGER SENDIRI....

Blogger steadyaku yang sebelum ini dikenali pro Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mula mengkritik kombinasi Ketua Umum PKR dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ‘bebanan’ dan bukan ‘penyelesai masalah’ untuk parti itu.
Blogger steadyaku atau nama sebenarnya Hussein Hamid mula mengkritik Anwar dan Azmin dalam artikelnya bertajuk “Anwar & Azmin is the problem not the solution for PKR!“.
“Dia mahu jadi ‘defecto leader‘ PKR. Dia mahu Azmin jadi timbalannya. Dia mahu jadi ketua pembangkang. Dan sekarang dia mahu jadi Perdana Menteri (PM) ?. Semuanya sentiasa berkaitan dengan Anwar Ibrahim dan bukan berkaitan dengan orang lain !”, kata Hussein, bekas pelajar MCKK yang kini menetap di Adelaide, Australia.
Meskipun Azmin sering menobatkan Anwar sebagai bakal PM, namun menurut Hussein, semua orang yang pernah mengenali Anwar tahu bahawa dia tidak sesuai menjawat jawatan pemimpin nombor satu negara itu.
Katanya, Anwar tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan menipu, kerana lambat laun, tembelangnya akan terbongkar jua.
“Kami tahu fakta-fakta kes liwat II”, katanya.

LAWAK DAN ANEH.....!!!!!

Keanehan lawak PAS (Parti Amukan Syaitan). PAS sudah lari daripada perjuangan asal hanya apabila disergah oleh Karpal Singh dan Bapak AnWAR Bin Ibrahim. Pemimpin PAS juga sudah mula melihat harta dunia yang semakin jelas di depan mata. Maka...

1. ANEHNYA

Pabila PAS mengatakan perjuangannya adalah jihad untuk menubuhkan negara Islam.

LAWAKNYA

Selepas 60 tahun, tiba-tiba Hadi kata Negara Islam tiada dalam Perlembagaan PAS dan tiada dalam Al-Quran. Bahkan PAS telah menukar halatuju asalnya ingin menegakkan negara Islam, kini berubah kepada konsep negara berkebajikan bagi mengambil hati rakan sekutu DAP.

2. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO jadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MCA dan MIC. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur," (Kuliah di Marang 1983).

LAWAKNYA

PAS berkomplot dan berpelukan dengan DAP serta calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. Bahkan pemimpin PAS tanpa segan silu turut menjulang panji-panji DAP.

3. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Haram bagi orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin."

LAWAKNYA
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Penang.

4. ANEHNYA
Pabila Pas berkata, "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi."

LAWAKNYA

Selepas Pakatan menang di Selangor, mereka tidak pula menutup kilang-kilang arak di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship, sedangkan dahulunya Pas begitu marah dengan kilang-kilang tersebut.

5. ANEHNYA

Sebelum ini PAS mengata Paklah ketika beliau TPM yang menguruskan virus JE, "Badawi di arab jaga unta tapi Badawi di Malaysia jaga babi."

LAWAKNYA
Kerajaan Selangor bersama Pas kini cuba mencanggih serta menambah luaskan ladang babi di negeri itu tanpa dituduh sebagai 'kerajaan hal ehwal babi'.

6. ANEHNYA
Pabila Pas berkata kerajaan membenarkan hiburan dan konsert hingga menyebabkan gejala sosial berlaku dikalangan anak muda.

LAWAKNYA

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menganjurkan konsert dan hiburan melampau ketika hampir bulan Ramadhan tetapi tidak pula ditegah atau ditentang oleh PAS habis-habisan.

7. ANEHNYA

Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan Liwat dan Zina, PAS kata, "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan mesti ada empat orang saksi." Perkara sama dituturkan Pas semasa kes Mat Sabu dituduh berkhalwat.

LAWAKNYA
Ramai penceramah PAS menuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan membunuh, rasuah, seks dan sebagainya tanpa sebarang bukti mahupun saksi dengan alasan kononnya Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

8. ANEHNYA
Pabila Pas berkata, "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir."

LAWAKNYA

Pas Kedah yang baru memerintah berkata, "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua perkara seperti menutup pusat judi, kerana di Kedah ramai orang bukan Islam berbanding Kelantan."

9. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang kepada dasar Islam adalah sesat dan kufur."

LAWAKNYA

PAS berjihad bersama DAP dan PKR. Bahkan DAP LAH yang memimpin PAS hari ini walaupun parti itu jelas menolak negara Islam sebagai dasar partinya.

10. ANEHNYA
Pabila Pas berkata, "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud bertentangan dengan Quran berdasarkan ayat, "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir."

LAWAKNYA

Pabila Pas melalui Menteri Besar Kedah menegaskan "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah."

11. ANEHNYA
Pabila Pas berkata UMNO mungkar kerana membenarkan pembinaan kuil yang banyak, terutamanya di Batu Caves.

LAWAKNYA

PAS Kelantan telah mengizinkan pembinaan tokong Budha tidur yang terbesar di Asia. Bahkan pemimpin Pas turut bersedekah wang yang banyak kepada tokong-tokong berbanding di masjid-masjid.

12. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, UMNO mungkar kerana membenarkan kumpulan liberal yang menghina Islam menulis dalam akbar seperti Astora Jabat, SIS etc.

LAWAKNYA
Harakah turut membenarkan Raja Petra menjadi penulis tamu mereka sedangkan Pas tahu RPK adalah individu yang sering mempertikaikan Islam.

13. ANEHNYA
Amanat Hadi menyatakan, "Menentang UMNO adalah jihad kerana UMNO tak pakai undang-undang Islam untuk memerintah, dan andai kita mati menentang mereka maka kita akan mati syahid."

LAWAKNYA

PAS memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun, Trengganu 4 tahun dan kini Kedah serta Selangor. Namun hari ini mereka mengatakan undang-undang hudud bukanlah menjadi keutamaan Pas. Adakah menentang PAS hari ini boleh disifatkan sebagai jihad dan syahid?

14. ANEHNYA

Pabila Pas berkata UMNO tidak amanah kerana kononnya membazirkan wang rakyat.

LAWAKNYA
PAS melesapkan berjuta duit koperasinya sendiri iaitu Ko-Hilal, wang kutipan tabung Memali, ladang rakyat, balak di Lojing, Bazar Tok Guru, derma aka rasuah tajaan Nik Aziz ke Mekah oleh syarikat yang dapat kontrak dengan kerajaan Kelantan, skandal menantu jadi CEO anak syarikat Kelantan etc.

15. ANEHNYA

Pabila Pas berkata tidak boleh berkerjasama dengan UMNO kerana UMNO tolak Islam.

LAWAKNYA
Pas kini bekerjasama erat dengan DAP yang berkata, "Kami menentang negara Islam." (Lim Kit Siang dan "Langkah mayat saya dulu jika nak tubuh negara Islam." (Karpal Singh). Bahkan pemimpin Pas Perak pernah berkata, "Bekerjasama dengan DAP, lebih mulia daripada berkerjasama dengan UMNO."

16. ANEHNYA
Pabila Pas berkata, "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah."

LAWAKNYA
Pas hanya mendiamkan diri dengan pelbagai pusat mungkar yang wujud di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Malah PAS terpaksa tunduk dengan berbagai tuntutan DAP.

17. ANEHNYA

Pabila Pas berkata, "Tidak boleh mewujudkan jemaah Islam lain selain Pas kerana Pas merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud selepas itu adalah penentang gerakan Islam," Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS.

LAWAKNYA
PAS meredhai kewujudan parti lain seperti Semangat 46 dan PKR. Bahkan Pas berkerjasama begitu erat dengan mereka. Kenapa ahli PKR tidak pula disuruh bubar dan masuk Pas?

18. ANEHNYA
Semasa berkerjasama dengan Semangat 46, Pas memuji kebijaksanaan Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Bahkan Pas pernah bertakbir dalam majlis mereka.

LAWAKNYA
Pabila Tengku Razaleigh dan Rais Yatim membubarkan Semangat 46, Pas telah mengutuk mereka dengan pelbagai kata nista. Adakah selepas ini Pas juga akan turut mengutuk PKR dan DAP sekiranya kerjasama antara mereka hari ini gagal?

19. ANEHNYA
Pabila Pas berkata tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam kerana ia boleh menyebabkan Islam seseorang itu terbatal.

LAWAKNYA

Pas telah berbaik dengan pemimpin Yahudi IFC serta Majlis Peguam yang jelas menentang Islam di negara ini.

20. ANEHNYA

Pabila Pas berkata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO disebabkan dasar mereka yang tidak Islam.

LAWAKNYA

PAS tidak pula marah apabila ada umat Islam yang menyertai PKR dan DAP. Bahkan PAS pula menyeru ahlinya untuk menolong PKR dan DAP demi kemenangan di PRU ke-12. Adakah DAP dan PKR cenderung kepada dasar Islam?



SLIP KEPUTUSAN SPM SALAH CETAK..???

Lim Xiang Yin ditemani oleh ibunya, Lim Sow Lean (kiri) menunjukkan salinan keputusan peperiksaan SPM yang didakwa terdapat kesilapan percetakan sambil diperhatikan oleh Lim Thoon Leong (dua dari kanan) di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 14 Feb. - Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) didakwa membuat kesilapan dalam mencetak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 hingga menyebabkan tujuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George di sini mendapat keputusan berlainan dalam slip dan sijil asal mereka.

Kesilapan LPM itu didakwa turut menyebabkan impian seorang daripada tujuh pelajar itu, Lim Xiang Yin, 19, untuk menjadi seorang doktor tidak tercapai.

Xiang Yin yang mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kursus farmasi di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) berkata, dia mendapat slip keputusan SPM yang tertera 8A+ dan 2A pada Mac 2011.

Katanya, dia menyedari keputusan itu sepatutnya 9A+ dan 1A apabila memperoleh sijil asal SPM pada awal Februari tahun ini.

"Saya mengambil tindakan segera dengan meminta guru memanjangkan perkara ini yang melibatkan keputusan mata pelajaran Pendidikan Muzik dan LPM mengesahkan terdapat kesilapan dalam percetakan dan kini ia sedang disiasat.

"Saya kecewa dengan kesilapan percetakan ini kerana ia membawa kesan besar kepada masa depan saya. Kemungkinan besar saya boleh mendapat biasiswa JPA untuk mencapai impian saya itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA negeri, Jalan Pahang, di sini, hari ini.

NGA KOR MING BOHONG...!!!

Alasan Ngah terbaru surat palsu, tapi tak buat laporan polis



Ekoran ugutan Ngah Kor Ming untuk saman Sekupang Dua diterima dengan hati terbuka, dia tidak berapa takut sangat. Kalau bukti ditunjuk dan saman ditolak, SPRM akan masuk dengan kes tersedia.

Dia lebih takut Jawatankuasa Disiplin DAP kerana kesalahan ditangkap memberi kontrak pada diri sendiri. Ngah mengatakan surat Ipoh City Council adalah surat palsu.

Secara jujur, tiada apa akan berlaku dari kes ini. Kalau DAP serius nak benteras rasuah dalam DAP, kenapa tak heret Lim Guan Eng yang kini berdepan dengan tiga skandal besar - projek sPice, projek parking dan projek Bayan Mutiara.

Kenyataan terbaru Ngah itu jelas hanya alasan seperti juga kononnya dia terima peluru sebagai usaha nak alih pandang dari isu.

Exco Perak Dato’ Dr Mah Hang Soon berkata Ngah boleh buat laporan polis terhadap Ipoh City Council jika surat itu palsu.

Dia melihat ini hanya helah Ngah enggan mengaku bahawa syarikat isterinya, Ethan and Elton diberi kontrak menjahit 24 lounge suit untuk Ipoh City Council pada harga R650 walaupun ada bida pada harga RM450~580.
SUMBER

DS ROSMAH DISERANG LAGI...!!!


Aku tak faham sungguh le dengan Malaysiakini dan Pakatan haram yang bebal nak mampos ni, ada ke patut mereka boleh bising dan jadikan isu bila DS Rosmah diberi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia.

Wei! Come on la wei, takkan benda ni pun nak dijadikan isu? Hari tu Malaysiakini dan Pakatan kata Rosmah berbelanja berjuta untuk shopping, akhirnya terbukti ianya adalah penipuan, lepas tu bila dah termalu, hal dapat anugerah pun nak dijadikan isu ke?

Nampak sangat Pakatan Harami ni dah takde isu lain nak main dah! Yalah, asyik main cerita lembu sampai badan mereka pun dah berbau lembu, bila dah tak laku isu lembu, mereka serang DS Rosmah pulak! Aduh..

Korang kena faham, sekarang ni, Pakatan cukup risau dengan kemelut BESAR yang sedang berlaku dalam parti mereka, contoh macam isu ANWAR SOKONG ISRAEL! PAS BUAT WAYANG SOUND ANWAR! SKANDAL PASIR DI SELANGOR SAMPAI MEMBUNUH la! Jadi untuk cover isu ni, mereka divert la dengan isu yang remeh macam ni..

Kalau aku tempat DS Rosmah pun aku naik angin, bukan apa, gelaran yang diberi Universiti pun mereka nak pertikai? Ayoyo Kadawaley! Memalukan sungguh psywar Pakatan Harami ni la! Euuuwww, geli aku! 

Takkan la ini ijazah DS Rosmah dapat pun sebab dia beli guna duit rakyat? Takkan la korang tak boleh nampak sumbangan DS Rosmah dalam Permata? Janganlah buat-buat buta walau nampak terang depan mata! Come on guys be reasonable ok!

Apa lagi mereka nak kenakan Rosmah lepas ni agaknya ek?