Thursday 17 January 2013

APA JADI DENGAN BTN...???


BERBAGAI-BAGAI pendedahan di buat di media maya terutama dan semuanya bermula di sini,disusuli oleh blogini dan ini tentang penyelewengan dan salah laku pimpinan tertinggi Biro Tata Negara (BTN) membabitkan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun penafian bagi menjawab segala pembongkaran tersebut.

Kepimpinan BTN terus diserang.Maruah BTN terus dicarik-carik dan seorang facebooker yang menggelarkan dirinya Apa Sengeh Sengeh setiap hari tanpa henti dan tanpa rasa jemu membongkar satu persatu bukan sekadar yang didakwa beliau penyelewengan tetapi berserta dengan gambar-gambarnya sekali dan terlihatlah kelibat Ketua Pengarahnya Raja Arif masuk wall cuba mempertahankan dakwaan yang dibuat oleh facebooker tersebut dan juga ada kalangan pegawai-pegawai BTN ataupun mungkin Raja Arif sendiri memberikan komen dibeberapa buah blog yang mengutip pendedahan facebooker itu untuk mencari pencerahan daripada pihak BTN.

Raja Arif

PATRICK TEOH SEPATUTNYA DITANGKAP DAN DIBUNUH..???

Patrick Teoh bernasib baik tidak dibunuh

Kuala Lumpur : Pelakon Patrick Teoh yang didakwa menghina ibadah sembahyang, hukum aurat wanita dan kitab suci penganut agama Islam menerusi laman sosial Facebook miliknya dikatakan “bernasib baik” kerana hidup bersama komuniti Islam di negara ini, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini. 

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, jika pelakon itu berada di sesetengah negara Islam selain Malaysia, sudah pasti Patrick Teoh akan diburu, malah turut dibunuh kerana menghina Islam secara terang-terangan. Sedang filem Innocence Of Muslims lepas, turut membawa kepada pembunuhan ekoran kemarahan umat yang tak dapat dikawal.” “Jika Patrick Teoh berada di sesetengah negara Islam lain, beliau tak sempat minta maaf lagi, sudah diburu dan dibunuh kerana terang-terangan memaki dan menghina Islam ,” kata Syed Hassan. “Tapi harus ingat pejuang Islam yang tidak patuh pada undang-undang mungkin ada dalam negara ini … 

GEMPAR !!! FATHUL BARI KAWIN GADIS FILIPINA DI THAILAND....???!!!

Adakah ianya FITNAH....???
Adakah hanya sekadar khabar angin..???
Adakah berita ini benar...???

Suratan atau kebetulan...???
Atau hasad dengki untuk memalukan.....???
Harap ada yang sudi memberikan penjelasan......


 


PANASZZ!!! INILAH DIA DO DAP YANG DI DAKWA CABUL BINI ORANG..!!!


BUKIT MERTAJAM : Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lalu. Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara jam 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.

Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

( FOTO ) ADA MACAM-MACAM HARI.... ADA JUGA HARI TANPA SELUAR....!!!

Apakah halnya..?
 Improv Everywhere ialah merupakan salah satu organisasi world wide yang terkenal dengan aktiviti Flash Mob yang di adakan di pusat tumpuan orang ramai seperti di airport atau pun shopping complex. 

Ada kalanya aku suka dengan cara mereka tarik crowd dengan persembahan yang pelik dan secara spontan. Tapi bukan dengan event terbaru mereka iaitu "No Pants Subway Ride" yang di adakan di Jerman baru-baru ini. 


Peserta flash mob ini tidak akan mengenakan seluar dan hanya berseluar dalam atau boxer. Mereka ini akan melakukan rutin harian dengan keadaan begini serentak di beberapa buah bandar tumpuan dunia seperti Sofia (Bulgaria), dan Stockholm (Sweden). 


Jom tengok gambar-gambar mereka yang tidak memakai seluar meskipun berbaju kemeja dan bertali leher.....



hari tanpa seluar di Jerman

( FOTO ) KERJAYA TERBARU SPIDERMAN.... TUKANG LAP TINGKAP...!!!

1

Siapa yang tidak kenal Spider-Man? Superhero labah-labah ini tentunya sudah menjadi idola bagi sebahagian besar kanak-kanak di seluruh dunia. Dan kali ini, dia menjadi hero di sebuah hospital kanak-kanak ..... tetapi cuma sebagai tukang lap kaca tingkap!

Pesakit kanak-kanak di Hospital All ChildrenFlorida, hari Khamis lalu telah mendapat kejutan besar! Pembersih kaca yang biasanya bekerja membersihkan tingkap kaca hospital itu, pada hari tersebut berubah menjadi Spider-Man! Jangan ditanya, menurut kordinator hospital, semua kanak-kanak yang melihatnya merasa sangat senang!

PERBELANJAAN MELEBIHI PENDAPATAN...??? JUAL AIR KETUM....!!!!



POLIS MARIN BONGKAR KEGIATAN JUAL AIR KETUM : Rahsia kemewahan hidup yang dikecapi seorang nelayan dengan pendapatan mencecah RM 1,500 sehari terbongkar apabila dia sebenarnya terbabit dalam kegiatan menjual air ketum. Kegiatan lelaki berusia 24 tahun dikesan apabila sepasukan anggota Polis Marin menyerbu pondok tempat dia memproses air ketum di perkampungan nelayan Sungai Batu, Teluk Kumbar, Georgetown, kelmarin.

Hasil serbuan, pihak polis berjaya merampas 300 peket plastik berisi cecair daun ketum berjumlah 500 ml isipadu setiap sepeket dan 13 bungkus plastik hilam berisi daun ketum kering bersama peralatan memproses.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara empat tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya..

Sumber: Harian Metro

SIAPA RAKYAT MALAYSIA YANG DIJADIKAN TEBUSAN MILITAN DI PARIS...???


Hiasan

PARIS - Rakyat Malaysia dipercayai antara 41 orang dijadikan tebusan di tapak pengeluaran gas di Algeria.

Turut dijadikan tebusan ialah rakyat Perancis, Britain, Amerika Syarikat dan Jepun.

Tapak itu dilapor menjadi sasaran militan semalam.

Dalam serangan itu dua orang termasuk seorang rakyat Perancis terbunuh.

*** Anda ada info selanjutnya.....???

MATIKAN ISU KALIMAH ALLAH DENGAN 3 SYARAT....

a

Saya ingin membuat ulasan sedikit mengenai kenyataan daripada Dato Seri Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Agong PAS Dato Mustafa Ali yang meminta supaya isu kalimah Allah dimatikan sahaja.
Pada prinsipnya saya bersetuju dengan gesaan tersebut. Walaubagaimanapun persetujuan saya tertakluk kepada perkara-perkara berikut :

HINA ISLAM.... PATRICK TEOH BAKAL JADI YB....???


Video bertajuk ‘Hannah Yeoh: In Selangor, BN are hopeless as government, they are hopeless as opposition too’
0:40 — Kata Hannah Yeoh kepada Patrick Teoh:
“We are very honoured to be in your presence today and I think you will make a brilliant politician. I’ve said many times to you on Twitter, I think you should consider running for a seat in the coming election.”

BACA SETERUSNYA.....