Wednesday 26 September 2012

{ FOTO } PERKAHWINAN LIN DAN


Pemain badminton nombor satu China dan juga pemegang pingat emas Olimpik 2012, Lin Dan baru sahaja mengahwini pasangannya, Xie Xingfang yang juga pemain badminton pada satu majlis yang penuh gilang-gemilang.Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open.

JOM TENGOK LAGI GAMBAR
*
*
*

JET PERIBADI ANWAR DI PINJAM ATAU DISEWA...???


Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di lobi Parlimen menegaskan Jet Peribadi yang dinaikinya, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin ke Labuan, Sabah dan ke Sarawak adalah dipinjamkan ‘kawan’nya dari Sarawak.

BANJIR BUKAN MASALAH KAMI....!!!


Hujan lebat yang bermula seawal jam 1.00 pagi mengakibatkan beberapa kawasan dalam DUN Sitiawan dilanda banjir kilat. Salah satunya ialah di kawasan Taman Mawar yang terletak dalam peti undi Kg Cina.

KES KHALWAT PALING TINGGI DI PAHANG


Gambar hiasan
Hiasan

KUANTAN  : Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.
Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

NGA KOR MING BERLAGAK SAMSENG CABAR DR. ZAMBRY


Selepas melemparkan tuduhan palsu terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam sidang DUN semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming sekali lagi menguji kesabaran pemimpin nombor satu negeri itu.

{FOTO} HARTA MILIK IMELDA MARCOS YANG DI MAKAN ANAI-ANAI


Dia terkenal dengan senang mengumpulkan koleksi kasut berharga sama seperti kebanyakan wanita lainya.

Tapi bahagian dari simpanan kasut Imelda Marcos yang tertinggal setelah dia dan suaminya diusir dari Filipina, telah rosak toleh teruk di makan anai-anai dan banjir.


BOIKOT GOOGLE DAN ANUGERAH OSCAR 2013

Aktivis bantah filem hina Islam sasar Hollywood, dunia siber


 

Dubai  : Aktivis Arab memperhebat kempen membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memboikot enjin carian Google manakala Iran pula memulaukan anugerah Oscar 2013. Kempen itu dilancarkan menerusi Facebook dan menuduh Google masih membiarkan akses filem Innocence of Muslims di negara Arab dan antara tindakan dicadangkan aktivis mengubah gambar profil menunjukkan sokongan usaha berkenaan.
Pulau Youtube, Google

Gambar paling banyak di kalangan pengguna Facebook ialah memaparkan slogan dalam bahasa Arab bermaksud: “Saya memulaukan Youtube dan Google pada 24 dan 25 September. Ini sebagai menyokong Nabi Muhammad SAW.”

Video berkenaan dihasilkan di California dengan pembiaya persendirian dan muat naik ke laman YouTube. Ia mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang, termasuk Duta Amerika ke Libya, Chris Stevens, terbunuh.

Penganjur boikot percaya, Google akan rugi AS$210 juta (RM630 juta) dan harga sahamnya menurun jika pengguna internet di seluruh negara Arab memulaukan enjin carian berkenaan, lapor Jordan Times.
Guna enjin carian lain

Penaja menyarankan pengguna menggunakan enjin carian lain termasuk Bing, Yahoo dan Lycos.

Sementara itu, Tehran turut memulaukan Oscar pada tahun depan meskipun filem arahan Asghar Farhadi, A Separation, menang Oscar untuk kategori filem bahasa asing terbaik Februari lalu.

Menteri Kebudayaan dan Garis Panduan Islam, Mohammad Hosseini, berkata Iran memulaukan anugerah Academy tahun depan sebagai membantah filem menghina nabi. - Agensi

PELIK..! BUANG DOSA KE DALAM AIR...???

SEJUMLAH penduduk ortodoks Yahudi berdoa di depan 
kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin.

BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin.
Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air.
Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. - Agensi




RUMAH GOPINATH KENA SERANG.... TUTUP AKAUN FACEBOOK...!!!!!


Gua dapat makluman bahawa rumah budak keling yang hina Islam dalam Fesbuk tu dah diserang oleh 'pihak tertentu' semalam..

Kalau tengok gambar yang dikirimkan kepada gua, pintu pagar rumah mamat tu terkopak dan kereta yang ada didepan rumah tu pun teruk dirosakkan..

PBB LANTIK AISHWARYA RAI DUTA HIV/AIDS


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan sebagai duta muhibah bagi kesedaran bahaya HIV dan Aids.
Pelantikan Aishwarya, 38, telah diumumkan ketika Program Bersama PBB mengenai HIV/Aids, yang dikenali sebagai UNAids.
Bekas ratu dunia itu berkata, pelantikan tersebut adalah perubahan dalam hidupnya terutama ketika memberi kesedaran terhadap penyebaran virus terbabit.
“Penglibatan saya bukan setakat menjadi penghias poster tetapi saya perlu bertemu masyarakat dan pesakit serta berkongsi masalah dengan mereka,” katanya.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengelakkan penyebaran HIV kepada bayi dan menjaga golongan ibu yang dijangkiti di 22 negara.
-AP

TSUNAMI 2004 MUNCULKAN 27 PULAU BARU DI ACEH


      

 

BANDA ACEH : Sebanyak 27 pulau baru muncul di perairan laut Simeulue, Aceh, selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dan tsunami pada Disember 2004.

Selepas hampir lapan tahun, kini ada tanda wujud hidupan di pulau berkenaan.

Pegawai daerah Simeulue, Hasrul Edyar, mengesahkan penemuan itu.

Katanya, kemunculan pulau baru itu dikesan hasil kajian bersama tentera laut, jabatan perikanan serta beberapa agensi lain pada 2008.

“Sebelum ini jumlah pulau kecil di perairan itu cuma 41 tetapi kini meningkat kepada 68 pulau,” katanya. Antara kesan kehidupan ditemui di situ, kata Hasrul, ialah rumput dan pokok liar. “Sebahagian besar kawasan itu masih tandus,” katanya. - Republika

PUSAT PERJUDIAN DI BATAM TARIK RAMAI WARGA MALAYSIA, SINGAPURA


       

BATAM: Semakin ramai warga Malaysia dan Singapura menghabiskan masa hujung minggu di Batam sejak beberapa bulan lalu ekoran pembukaan pusat rekreasi berkaitan perjudian di pulau berkenaan.

Walaupun pihak berkuasa menafikan mereka membenarkan semula aktiviti perjudian di situ, rekod menunjukkan sebanyak 14 lesen “kemudahan rekreasi dan perjudian” diberi untuk merangsang sektor pelancongan di situ.

Ia juga dibuat bagi menyediakan kemudahan pusat hiburan kepada pelabur asing di Pulau Batam. Ketua Unit Pelancongan Batam, Yusfa Hendri, berkata jumlah pelancong asing meningkat ketara di situ, sekali gus merancakkan bisnes sektor perhotelan, restoran dan pengangkutan.

“Secara tidak langsung, ia menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di Batam,” katanya. Menurut Yusfa, pihaknya menerima 30 permohonan membuka pusat rekreasi dan perjudian dan tiada satu pun ditolak. Polis pernah menutup pusat perjudian di Batam pada November tahun lalu ekoran bantahan komuniti Islam setempat. - Kompas

PR-KAMPUS - ASPIRASI MAHASISWA CATAT KEMENANGAN BESAR


Barisan kepimpinan kumpulan proaspirasi yang memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan meraikan kemenangan mereka bersama Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustaffa Ishak (barisan belakang, tengah) di universiti tersebut di Sintok, Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa telah menang besar dalam pilihan raya kampus di tujuh daripada 15 buah universiti awam pada Selasa.

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).