PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat ketua eksekutif sebuah firma dari China, Li Yang yang mendakwa pernah membayar kira-kira AS$100,000 (RM336,501.90) kepada ahli politik Barisan Nasional (BN).
JAKARTA 20 Nov. - Pihak berkuasa Indonesia menahan sebanyak 200 nelayan Malaysia yang didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara tersebut semalam.
Penahanan tersebut dibuat susulan amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang meminta pihak berkuasa negara itu bertindak tegas ke atas mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
Keputusan Pilihan Raya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyaksikan kumpulan GMUKM hanya menang dengan majoriti 1 kerusi menimbulkan kemarahan kumpulan tersebut.