Tuesday, 29 April 2014

CERAI TALAK SATU : ADAM HARAP DAPAT KEMBALI PADA FIZA.....


SHAH ALAM 28 April - Penyanyi kelahiran daripada program realiti, Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau kenali sebagai Adam AF memberitahu terdapat masih terdapat lagi masa untuk perbaiki kelemahan diri masing-masing selepas melafaz cerai talak satu terhadap pasangan beliau, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Adam juga masih mengharapkan akan kembali bersatu semula dengan ikatan perkahwinan bersama Fiza dengan keizinan Allah.

"Saya telah lafazkan talak satu sebentar tadi dan masih ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan masing-masing.

"Insyaallah kalau ada jodoh pada masa hadapan dengan keizinan Allah, kami akan bersama semula," katanya kepada pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Adam yang melafaz cerai talak satu di hadapan hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi pada jam 1.05 tengah hari.

Tambah beliau, terdapat sedikit kesan daripada pihak luar yang menggembar gemburkan cerita berkaitan dengan rumah tangga.

"Ia memang ada sedikit terkesan. Ia adalah lumrah sebagai seorang artis dan tidak boleh lari," katanya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan hanya mampu bertahan selama 7 bulan sahaja.

Sebelum ini Adam telah beberapa kali menafikan bahawa tiada sebarang keretakan didalam rumah tangga berhubung satu insiden yang berlaku di sebuah stesen minyak.


APA KATA FIZA.....


SHAH ALAM 29 April - Rumah tangga pasangan pelakon Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite bersama penyanyi, Mohd Aizam Mat Saman (Adam AF) menemui noktah apabila pasang ini sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Fiza, 33 berkata jodoh perkahwinan kami tidak panjang dan biarlah hanya kami berdua sahaja yang mengetahui apa punca serta masalah yang kami hadapi.

"Jodoh kami tidak panjang itu sahaja yang boleh saya katakan disini dan biarlah hanya saya dan Adam sahaja yang tahu apa masalah dalaman yang kami ada.

"Sebentar tadi juga pihak tuan hakim telah membuat keputusan dan inilah keputusannya," katanya kepada pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.

Dengan nada sebak, Fiza berkata tiada orang yang mahukan penceraian selepas membina rumah tangga dan mengharapkan orang ramai hormati dengan keputusan telah dibuat.

"Tidak semua orang mahukan penceraian tapi ini adalah jalan kami yang terakhir. Saya harap semua orang doakan yang terbaik untuk kami insyaallah jikalau jodoh kami panjang berkemungkinan adalah yang terbaik bagi kami.

"Itu semua Allah Taala punnya kuasa dan rahsia saya tidak tahu. Bagi saya perkara seperti ini melibatkan masa depan serta periuk nasi saya dan saya berharap semua pihak hormati keputusan saya dan mungkin jodoh saya dengan Adam sehingga kini saja," katanya.

Beliau turut menafikan bahawa kenyataan sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau dengan Adam bergaduh di stesen minyak adalah salah satu punca penyebab penceraian ini berlaku.

"Saya dengan Adam tidak pernah bergaduh di stesen minyak. Ia tidak berlaku. Saya tidak tahu dari mana datang cerita ini. Ia adalah satu keputusan yang berat kerana saya berada didalam tekanan dengan keadaan ayah saya tidak berapa sihat.

"Saya juga berdoa agar jodoh kami berkekalan tapi akhir kesudahanya adalah seperti ini," ujarnya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan hanya mampu bertahan selama 7 bulan.

Sebelum mengahwini Adam, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai 4 tahun kemudian.

Dariapda hasil perkhawinan yang terdahulu, Fiza telah dikurniakan 2 cahaya mata iaitu, Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5.

-  UtaraNews

No comments: