
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenar pulang selepas dua hari mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Terdahulu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan Anwar dimasukkan ke IJN namun tidak menjalani rawatan yang serius.
