Sunday 24 June 2012

ISLAM BAKAL TERANCAM ANGKARA NEGARA BERKEBAJIKAN PAS




Dasar Berkebajikan PAS dibimbangi bakal ancam Islam kata Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman kerana PAS terpaksa menyesuaikan partinya dengan dua parti liberal dan sekular dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR.
“Mereka adalah parti-parti sekular, mereka membawa ideologi sosialis..bila PAS bersama di dalam pakatan ini, maka PAS perlu memberi justifikasi Islam kepada penglibatan tersebut.
“Sebab PAS bersetuju dengan Buku Jingga..akhirnya Buku Jingga lah akan menjadi manifesto kepada Pakatan Rakyat,”katanya.
Abdullah Zaik berkata demikian ketika menjadi panel program Dalam Radar Khas yang bertajuk ‘Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada’ anjuran Bernama Radio 24 di Wisma Bernama, 21 Jun.
Selain itu, dua orang lagi ahli panel juga turut serta, mereka adalah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr Fadlan Othman, Pengerusi Ulama Muda UMNO.

BANGSAT!! KURANG AJAR!! POTRET BOGEL PM BERNILAI $5,000..!!!


Duduk dalam keadaan santai , dikelilingi orang ramai , sambil dipelawa minum kopi oleh seorang wanita dan seekor anjing dibelakang kakinya . Itu lah gambar potret yang dilukis oleh seorang artist Margaret Sutherland . 

Potret yang dinamakan Emperor Haute Couture itu menjadikan Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper sebagai 'watak' utama.  Potret sepanjang lima kaki itu dipamerkan pada awal June semasa ulangtahun Kingston Arts Council . Potret itu dinilai dengan harga $5,000.




Ini lah yang berlaku kalau negara dah terlalu 'bebas' sehingga pemimpin sendiri pun di'malu' kan . Walaupun ada beberapa reaksi kecewa dilontarkan, namun tiada tindakan undang2 dikenakan kepada pelukis potret . Mungkin kerana inilah yang anggap sebagai 'kebebasan' bersuara. Adakah ini kebebasan sebegini yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan ? Bila mereka berkuasa nanti, mungkin ini kebebasan yang mereka mahu berikan dan janjikan pada rakyat? Bayangkan potret2 pemimpin Pakatan dilukis sebegini, siapa yang bakal jadi mangsa ? Nik Aziz, Lim Kit Siang atau Anwar sendiri ? BIDAMAN

KERANA DADAH, TIANG ELEKTRIK VOLTAN TINGGI DIKATA JAMBATAN.......

Tindakan yang dilakukan oleh seorang gadis  Republik Chez ini dikategorikan sebagai sangat nekad. Tindakannya itu  membuat warga, polis dan petugas elektrik setempat pusing tujuh keliling. Sebabnya, gadis berusia 21 ini memanjat sebuah tiang elektrik bervoltan tinggi dengan ketinggian 40 kaki tanpa sedikitpun alat keselamatan.

Death-defying: The drug-addled climber balances precariously on the wire, which she managed to mount in a pair of flimsy sandals
Death-defying: The drug-addled climber balances precariously on the wire, which she managed to mount in a pair of flimsy sandals

Gadis yang tidak diketahui namanya tersebut nekad melakukan tindakan yang sangat merbahaya ini kerana pengaruh dadah yang digunakannya sebelum dia beraksi. Gara-gara pengaruh ubat terlarang tersebut, sang gadis pun memanjat tiang elektrik tanpa rasa takut dan berada di atas selama lebih kurang 4 jam.

"Ini adalah mimpi buruk kerana dia di bawah pengaruh dadah sehingga berbuat hal yang tidak masuk akal," ujar jurucakap polis setempat, Jan Macalikova, sebagaimana yang dilaporkan oleh dailymail, Jumaat (22/6/2012).

Menurut polis tersebut, sang gadis berhalusinasi tinggi bahwa dirinya memanjat sebuah jambatan dan hendak menyeberangi sungai.

"Dia yakin bahawa tiang elektrik itu adalah jambatan yang melintasi sungai Morava," kata Macalikova.

Polis memerlukan waktu lebih dari 4 jam untuk memujuk gadis tersebut untuk turun. Kerana sang gadis tetap berkeras bahawa dirinya memang menaiki jembatan.

Setelah berjaya dipujuk, petugas terus melarikan gadis itu ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dari pengaruh dadahnya itu. Mujur gadis itu tidak mengalami kecederaan sedikitpun walaupun yang dipanjatnya adalah tiang elektrik bervoltan tinggi.

Hair-raising: Terrified locals spotted the woman and called in the emergency services
Hair-raising: Terrified locals spotted the woman and called in the emergency services


Plucked to safety: Rescue workers in a cherrypicker manage to grab her, putting an end to the two-hour stunt
Plucked to safety: Rescue workers in a cherrypicker manage to grab her, putting an end to the two-hour stunt

RAFIZI CEDERA PARAH!!! DIBELASAH GRADUAN MELAYU KELAS PERTAMA..!!!

Semua orang tahu yang pemimpin paling poyo membangkitkan isu PTPTN adalah Rafizi Ramli. Jom tengok si Rafizi ni graduan kelas berapa.

IKUTI PULA APA KATA GRADUAN KELAS PERTAMA MENGENAI PINJAMAN PTPTN.....

The Thing About PTPTN is…

Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi? 
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu.  Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!” Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!
http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/06/thing-about-ptptn-is.html

Untuk yang tak kenal dengan Hanis Zalika, beliau adalah seorang model, pelakon, blogger dan juga graduan kelas pertama.

Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM

SHAH ALAM - Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.

Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa.

"Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.

Hanis yang terkenal dengan laman blog http://inibelogsaya.blogspot.com juga bercadang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan selain membuka perniagaan produk kecantikan selepas tamat pengajian.
SUMBER

ANWAR...PULANGKAN..!!!!




NGO desak Anwar pulangkan RM3 bilion

KUALA LUMPUR 23 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdepan dengan segala dakwaan salah guna kuasa dan didesak memulangkan semula wang sebanyak RM3 bilion yang didakwa diperoleh hasil tindakannya mengawal 20 akaun induk semasa berkhidmat dengan kerajaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, sekiranya dakwaan itu benar, Anwar telah melakukan kesalahan yang amat serius kerana ia membabitkan jumlah wang rakyat yang sangat besar.

"Negara kita mempunyai undang-undang, sekiranya Anwar melakukan salah guna kuasa dalam mengumpul kekayaan peribadi, beliau bukan sahaja patut dihukum tetapi memulangkan semula semua wang yang diambilnya.

"Saya melihat akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebagai satu tuduhan yang sangat serius kerana dia bukan bercakap tanpa asas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 1999, Abdul Murad membuat akuan bersumpah dengan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang bernilai lebih RM3 bilion.

Selain itu, bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris dilaporkan membuat pendedahan beliau telah membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaan Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Sementara itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, Anwar perlu tegas dalam membersihkan namanya dan mengambil tindakan menyaman Abdul Murad serta Abdul Razak atas tuduhan yang dilemparkan.

"Bagaimanapun, sekiranya dakwaan itu benar, RM3 bilion bukan jumlah yang sedikit, wang sebanyak itu boleh disalurkan kepada banyak projek pembangunan termasuk di kawasan luar bandar," katanya.

Menurutnya, kepentingan awam perlu diutamakan dan tidak kira selama mana kes tersebut berlaku mana-mana wang rakyat yang telah 'digelapkan' perlu dipulangkan semula.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hubungan Luar, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, kesahihan tuduhan tersebut perlu ditentukan melalui proses undang-undang.

"Kita perlu bersikap adil dan biar proses undang-undang berjalan sebelum ditentukan bersalah atau tidak dalam sesuatu tuduhan itu.

"Tetapi kalau didapati bersalah, sudah tentu wang berkenaan perlu dipulangkan semula," katanya.

Beliau menambah, dari segi persepsi umum, Anwar tidak dapat dilihat benar-benar bersih kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah didapati bersalah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

NIK AZIZ MELATAH... TERASA HATI DISINDIR...!!!



Kenapa terasa disindir..? Sedangkan ilmuan tersebut tak sebut pun perkataaan 'PAS'....
Peserta yang bertanya pun tidak sebut 'PAS'....
SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS LA KAN....

Ingat lagi, dulu masa ulama dalam negara tegur PAS, wah!! bukan main marah lagi pengikut-pengikut PAS, siap cakap ulama lain tak setaraf dengan TOK GURU NIK AZIZ...

Ye lah... macam mana ulama lain nak setaraf dengan nik aziz.... ulama lain sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuk umat Islam lainnya..... sedangkan nik aziz doa pecah perut untuk saudara seagamanya..... tinggilah taraf ulamanya tu kan..????

Oh! Ya.... ulama mana lah yang mampu setaraf dengan nik aziz sebab nik aziz kata lebih baik berkawan dengan syaitan daripada saudara seagama yang hanya berlainan fahaman politik....

Sekarang bila ulama dunia Islam sendiri tegur PAS, Nik azis pulak nak mengamuk... marah.... 
Biasalah kan.... dah kawan dengan syaitan, memang la cepat marah.... kerana syaitan tu memang suka sangat pada orang yang sedang marah, bermakna syaitan berjaya 'menguasai' orang tersebut....

Syabas nik aziz.... teruskan marah tu...ahaks!